Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
11Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia: Gerakan Desa

Pembangunan Luar Bandar Di Malaysia: Gerakan Desa

Ratings: (0)|Views: 1,245 |Likes:
Published by fiezza4986

More info:

Published by: fiezza4986 on Jan 16, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2012

pdf

text

original

 
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA: GERAKAN DESA WAWASAN31
 Jurnal Teknologi 
, 42(E) Jun. 2005: 31–48© Universiti Teknologi Malaysia 
*Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia.
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA: GERAKANDESA WAWASAN (GDW) SEBAGAI MEKANISMEPEMBANGUNAN MASYARAKAT LUAR BANDAR.
MOHD KOHARUDDIN BIN MOHD BALWI*
Abstrak.
 
Kertas kerja ini membincangkan usaha pembangunan masyarakat luar bandarsebagaimana digariskan dalam falsafah baru pembangunan luar bandar atau dikenali juga sebagai Transformasi Kedua Luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan (GDW) antara lain adalah untukmenimbulkan kesedaran bagi melakukan perubahan paradigma, sikap, amalan dan aspirasi dikalangan masyarakat di desa yang juga selari dengan matlamat transformasi kedua pembangunanluar bandar dan Wawasan 2020. Masyarakat desa yang akan muncul ialah yang berdaya tahan,berinisiatif, berdikari, berilmu dan berdisiplin dan mampu menggunakan teknologi komunikasidan maklumat (ICT). Menyedari betapa pentingnya GDW ini dalam membina rakyat Malaysia  yang proaktif dan berdaya tahan dalam dunia yang serba mencabar hari ini menyebabkan kerajaantelah bersetuju menukar nama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan bagimempertegaskan kepada usaha anjakan paradigma di kalangan masyarakat luar bandar.
 Kata kunci:
Pembangunan, masyarakat luar bandar, transformasi sosial
Abstract.
 This paper focuses on the effort of developing rural society in line with a newphilosophy of rural development or also known as the Second Transformation of Rural Development.Gerakan Desa Wawasan (GDW) or the Vision Village Movement concept was mooted to make a paradigm shift in attitude, practice, and inspiration among rural community in line with the objectiveof the Second Transformation of Rural Development and Vision 2020. The transformed ruralsociety should be tough, self-reliant, innovative, knowledgeable, disciplined, confident, courageous,and able to use ICT. Realizing the importance of GDW in developing proactive and courageousMalaysians to face the challenging world today, the government decided to change the name of Gerakan Desa Wawasan to Gerakan Daya Wawasan to emphasize the move of a paradigm shift among rural community.
 Keywords:
Development, rural society, social transformation
1.0PENDAHULUAN
Strategi pembangunan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sesuaidengan perkembangan masa dan zaman. Pembangunan di Malaysia lebih bersifat pembangunan berancang. Dari itu istilah yang digunakan ialah RancanganPembangunan Negara. Rancangan Pembangunan Negara telah dimulakan sejaktahun 1957. Pembangunan berancang ini merupakan satu usaha menentukan
Untitled-147 02/17/2007, 01:1931
 
MOHD KOHARUDDIN BIN MOHD BALWI32
bagaimana kedudukan manusia yang diarah dan diatur dengan sengaja bertujuanmempastikan pencapaian matlamat perubahan yang dikenal pasti dan yang tanpa adanya campur tangan belum tentu akan berlaku (R. Abdul Aziz, 2000). Mengikut Rahimah (2000), pembangunan terancang ini dapat dibahagi kepada empat fasa berdasarkan kronologi dan kaitan dengan keutamaan perancangan pembangunan yang terdapat dalam sesuatu masa itu. Fasa-fasa ini juga boleh dikaitkan denganempat Perdana Menteri Malaysia yang telah memegang tampuk pemerintahansemenjak 1957 dan rancangan-rancangan pembangunan lima tahun. Fasa-fasa iniialah fasa 
laissez-faire
(selepas merdeka hingga 1970); fasa campur tangan negara (1971-1980), fasa liberalisasi, persyarikatan Malaysia dan penswastaan (1981-1996)dan fasa kegawatan (bermula 1997 dan selepasnya).Dalam keempat-empat fasa itu negara terus menerus memainkan perananpenting dalam program pembangunan rakyatnya tidak kira pembangunan sosialatau ekonomi. Campurtangan negara ini amat meluas meliputi pelbagaiperancangan dan strategi, dasar, usaha-usaha 
regulatory
, tarif, sektor kewangan dansebagainya. Dalam fasa pertama iaitu
laissez faire
, negara memainkan peranan yang kecil dalam konteks menyediakan infrastruktur yang perlu dan seumpamanya. Dalamfasa kedua pembangunannya pula (1971-1980), negara memainkan peranan yang lebih luas, aktif, positif dan agresif terutama dalam bidang ekonomiberbanding tahun-tahun sebelumnya dan juga dalam pembangunan keseluruhannya.Ketika ini muncullah istilah negara pembangunan (development state). Programpembangunan yang aktif ini kemudiannnya diteruskan dalam fasa berikutnya tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Terutama selepas dunia mengalamikemelesetan iaitu antara 1985-1986. Pada fasa ketiga ini sektor swasta diberikanperanan yang lebih besar bagi menyediakan rancangan untuk pertumbuhan,sementara pemerintah pula mengurangkan penglibatannya. Dalam fasa ini liberalismeekonomi diperkenalkan dan digiatkan. Hasilnya Malaysia mengalami pertumbuhanpurata 8% setahun selama 10 tahun. Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomipada tahun 1997 telah merencatkan pencapaian yang tinggi ini dan menyebabkankerajaan sekali lagi terpaksa campur tangan dengan agresif untuk mengatasi masalahkegawatan itu.Bagi pembangunan luar bandar, fasa pembangunan dikenali sebagai TransformasiPembangunan Luar Bandar sebagai fasa campurtangan negara yang dikenali juga sebagai fasa pembangunan era Dasar Ekonomi Baru (DEB). Proses pembangunanmasyarakat luar bandar telah bermula sejak negara memperoleh kemerdekaan pada 1957. Pada masa itu taraf ekonomi dan pencapaian masyarakat luar bandar amat rendah berbanding masyarakat bandar. Lantaran itu pihak kerajaan telahmelancarkan pelbagai bentuk program pembangunan khusus untuk penduduk luarbandar. Strategi pembangunan masyarakat desa atau luar bandar ini dinamakan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama. Ia telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Matlamat utama transformasi
Untitled-147 02/17/2007, 01:1932
 
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DI MALAYSIA: GERAKAN DESA WAWASAN33
pertama itu lebih kepada pembangunan prasarana fizikal dan membekalkan secara meluas kemudahan asas kepada rakyat.Pada masa sekarang, Malaysia telah melangkah kepada Transformasi Kedua LuarBandar. Transformasi kedua ini pula sebaliknya bukan hanya memperkukuh segala faktor fizikal, tetapi mengemblengkan faktor manusianya terutama pembangunanmanusia atau insan dengan paradigma baru yang positif kepada penduduk luarbandar. Kementerian penting yang diberi tanggungjawab untuk membangunkanmasyarakat luar bandar ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Salah satuprogram pembangunan atau transformasi kedua yang telah dilaksanakan ialahprogram Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang dilancarkan pada tahun 1996 olehPerdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
2.0PEMBANGUNAN DI MALAYSIA
Secara mudahnya pembangunan ialah proses perubahan daripada peringkat kurang maju kepada peringkat yang lebih maju sama ada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal atau persekitaran. Konsep pembangunan meliputi empat komponen atau matlamat penting yang saling melengkapi dan perlu dicapai iaitukecekapan (untuk memastikan pencapaian pertumbuhan ekonomi yang pesat),pembahagian kekayaan yang adil (meliputi pembasmian kemiskinan danpengurangan jurang perbezaan pendapatan); mapan (menjamin pembangunan kinitidak mengancam kehidupan generasi akan datang); dan pengupayaan rakyat,terutama golongan mudah terancam seperti golongan miskin (Ishak Shari, 2000).Dengan kata lain pembangunan tidak lain ialah satu usaha pengurangan ataupenghapusan kemiskinan, ketidaksamaan, dan pengangguran dalam konteks ekonomi yang berkembang.Dalam sejarah pembangunan di dunia, masyarakat telah mengalami beberapa proses pembangunan yang mendadak. Perubahan mendadak secara menyeluruhitu dikenali juga sebagai perubahan paradigma. Bagi menunjukkan perubahan yang berlaku secara drastik itu Toffler (1991) menggunakan perkataan ‘
waves
’ yang mengikutnya dunia telah mengharungi tiga gelombang perubahan:(i)Gelombang 1-revolusi pertanian(ii)Gelombang 2-revolusi industri(iii)Gelombang 3-revolusi maklumat/informasiMengikut Naisbitt (1997), gelombang perubahan ini mempunyai ‘
megatrends
’ iaitu8
megatrends
yang sedang mengubah semula ekonomi, pemerintah dan budaya  Asia, membentuk negara komanwel yang akan menjadi saingan kepada kuasa danpengaruh barat. Lapan
megatrends
itu ialah:
Untitled-147 02/17/2007, 01:1933

Activity (11)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
hamizack liked this
Sue Lyza liked this
Nur Azimah Rosli liked this
Daud Rosee liked this
haffyzs liked this
Afiq8 liked this
Mdm Ayu liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->