Belia Hari Ini Cermin Masa Depan Negara
Nor Hartini Bt. SaariPegawai Penyelidik30/05/2008 | Artikel Bahasa Malaysia
"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanyapada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yangberakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuahnegara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untukberhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." Itulah kata kata yang lahirdaripada Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.Kita boleh katakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh beliau ini sebagai generasi mudayang merujuk kepada golongan belia kerana merekalah yang bakal mewarnai corakperadaban bangsa pada masa hadapan.Nilai kepentingan belia kepada pembangunan negara dapat juga diperhatikan melaluicogankata-cogankata yang sering dikaitkan dengan golongan mereka seperti ‘Belia TonggakNegara', ‘Belia Harapan Bangsa', ‘Belia Cemerlang dan Negara Gemilang', ‘Belia Hari IniPemimpin Hari Esok' dan sebagainya.Mengikut Dasar Pembangunan Belia dan Akta Pertubuhan Belia serta Pembangunan BeliaMalaysia, belia ditakrifkan dalam akta ini sebagai seseorang yang berumur tidak kuranglima belas tahun dan tidak melebihi empat puluh tahun. Sehingga tahun 2005 jumlah beliadianggarkan 11.1 juta atau 42.5% daripada keseluruhan penduduk negara. Memandangkan jumlah golongan belia yang agak besar, maka sumbangan dan tanggungjawab belia jugadilihat begitu besar.Sesungguhnya, tanggungjawab besar belia pada hari ini adalah untuk menjanapembangunan bangsa, negara dan agama. Pada usia muda ini jugalah dianggap sebagaitempoh waktu yang penting bagi tujuan pembentukan generasi pelapis kerana pada usia iniberlakunya pertumbuhan jasmani, pemikiran, akhlak serta bakat seseorang itu berada padatahap yang sangat sesuai untuk menyerap sebarang pendekatan, pemikiran serta ilmupengetahuan.Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan pada peringkat ini, golongan belia beradadalam tahap paling baik untuk melakukan perancangan dan tindakan yang boleh membantukemajuan dirinya dan juga ummah.Namun begitu, apa yang dapat kita lihat dalam suasana semasa, dalam arus kemodenandan kemajuan ini, golongan belia menghadapi cabaran sangat hebat. Golongan ini bukansahaja terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat seperti budaya Hedonisme iaituyang suka berfoya-foya, dan berhibur dengan keterlaluan dan melalaikan, bahkan merekaseringkali dikaitkan dengan kegiatan penagihan dadah, rempit dan jenayah, ragut, lumbaharam dan sebagainya.Perangkaan yang ditunjukkan sejak tahun 2001 sehingga Mei 2006 mencatatkan 3,182penunggang motosikal ditahan dan 2,970 daripada mereka yang berusia 16 tahun. Ini tidaktermasuk mereka yang meninggal dunia akibat lumba haram. (Berita Harian, 8 September2006). Berdasarkan kepada maklumat yang dikeluarkan oleh Persatuan Mecegah DadahMalaysia (Pemadam) pada tahun 2005 sahaja, bilangan penagih dadah di kalangangolongan belia yang berusia antara 16-39 tahun berjumlah 23, 699 orang atau 72.23%.