You are on page 1of 20

Aliran Tenaga dan Kitar

Nutrien dalam Ekosistem.


Aliran Tenaga
Matahari merupakan punca tenaga dalam rantaian
makanan dan siratan makanan.
Tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai pengeluar itu
mendapat berkalan makanan secara langsung dari
matahari untuk memulakan proses fotosintesis.
Aliran tenaga merujuk kepada proses perpindaan dari
satu aras trofik ke satu aras trofik yang lain apabila
berlakunya situasi “makan dan dimakan” dalam sesebuah
ekosistem itu.
Tenaga yang disimpan dan mengalir dalam sesebuah
ekosistem biasanya dalam bentuk tenaga kimia atau tenaga
haba.
Tenaga kimia akan disimpan manakala tenaga haba akan
dibebaskan.
Tidak semua tenaga di dalam pengeluar dipindahkan ke
badan pengguna primer, badan pengguna primer ke badan
pengguna sekunder, dan badan pengguna sekunder ke badan
pengguna tertier.
Sebahagian telah hilang tenaga dalam bentuk tenaga haba
semasa proses respirasi, pergerakan, dan pembiakan.
Kitar Nutrien
Kitar nutrien merupakan aliran unsur-unsur seperti
karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, serta lain-lain
unsur daripada komponen abiotik kepada biotik.
Keseimbangan yang berlaku dalam kitar tenaga
sesebuah ekosistem juga berlaku dalam kitar nutrien ini
juga mesti mencapai tahap keseimbangan, jika tidak
ekosistem itu menjadi tidak stabil.
Terdapat beberapa jenis kitar nutrien iaitu:
Kitar nitrogen
 Kitar oksigen dan karbon dioksida
Kitar kalsium
Kitar Nitrogen
Merujuk kepada proses pengambilan dan
pengembalian nitrogen dari sumbernya iaitu atmosfera
dan tanah untuk mengekalkan keseimbangannya.

Secara semula jadi, kandungan nitrogen di ruang


atmosfera ialah 78% daripada udara.
Pengambilan nitrogen dari tanah
Tumbuh-tumbuhan mengambil nitrogen melalui
sistem akarnya.
Nitrogen akan diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan
dalam bentuk amonia iaitu ion nitrit dan ion nitrat di
dalam tanah.
Nitrogen juga ditambat oleh beberapa bakteria yang
terdapat pada akar tumbuh-tumbuhan melalui proses
simbiosis.
Bakteria tersebut akan menukarkan gas nitrogen dari
atmosfera kepada nitrat dan membekalkan nutrien
nitrat kepada tumbuh-tumbuhan.
Pengambilan nitrogen melalui proses larut
resap di dalam tanah
Nitrat di dalam tanah akan mengalami
proses larut resap oleh air dan dibawa
ke tempat lain.
Proses ini paling berkesan di kawasan
tropika yang mengalami hujan lebat
dan jumlah air hujan yang banyak.
Pengembalian nitrogen ke dalam tanah dan
Atmosfera.
Nitrogen boleh dikembalikan melalui
Aktiviti pertanian

Penguraian mikroorganisma

Proses pereputan

Tindakan kilat dan hujan


Melalui aktiviti pertanian
Penggunaan baja yang mengandungi sebatian nitrogen
akan mengembalikan nitrogen yang hilang ke tanah
semula.

Melalui penguraian mikroorganisma


Bakteria pendeniritan akan mengurai nitrat dalam tanah
dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang
dibebaskan semula ke ruang atmosfera.
 pereputan komponen biotik
Proses pereputan akan menghasilkan sebatian amonia
secara semula jadi ke dalam tanah yang akan diurai kepada
sebatian nitrit dan nitrat di dalam tanah.

Tindakan kilat dan air hujan


Semasa kejadian kilat, nitrogen di udara akan bergabung
dengan oksigen dan menghasilkan gas oksigen nitrus dan
nitrik.
Tindakan air hujan akan nelarutkan gas tersebut dan
membentuk asid nitrit dan asid nitrus yang seterusnya
menghasilkan nitrit serta dalam tanah.
Kitar Oksigen dan Kitar Karbon Dioksida
Kitar oksigen berlaku menerusi proses pernafasan
atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses
fotosintesis oleh tumbuhan.
Oksigen dibekalkan terus dari atmosfera untuk
pernafasan haiwan dan manusia.
Proses pernafasan/respirasi haiwan dan manusia akan
membebaskan karbon dioksida ke atmosfera.
Karbon diksida yang dibebaskan oleh haiwan akan
digunakan pula oleh tumbuhan hijau untuk melakukan
proses fotosintesis.
Menerusi fotosintesis tumbuhan pula akan
membebaskan kembali oksigen ke atmosfera yang kelak
digunakan pula oleh haiwan dan manusia.
Proses ini berterusan dan berkitaran.
Dalam keadaan semula jadi, kitar ini berlaku dengan
seimbang.
Oksigen juga digunakan dalam pembakaran bahan api
fosil seperti penggunaan petroleum dalam kenderaan
lalu membebaskan karbon dioksida.
Kitar Kalsium
Kitar kalsium bermula di dalam tanah.
Kalsium dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan dan
disimpan di dalam akar, batang, dahan, dan daun.
Apabila tumbuh-tumbuhan tadi terkena hujan maka air
hujan akan melarutkan sedikit kalsium yang ada untuk
mengembalikannya ke tanah.
Seterusnya, kitar kalsium akan terus berlangsung
apabila sistem akar tumbuhan menggunakan semula
kalsium yang ada di dalam tanah.
Haiwan seperti serangga memperolehi kalsium apabila
memakan tumbuh-tumbuhan manakala burung pula
akan memperolehi kalsium apabila memakan serangga
berkenaan.

Seterusnya kalsium yang dimakan oleh burung tadi akan


disimpan di dalam cengkerang telur.

Apabila telur menetas, cengkerangnya akan jatuh ke


tanah dan kalsium akan kembali semula ke tanah.
Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang lain.

Kalsium dalam badan haiwan tersebut akan disimpan


di dalam tulang atau gigi mereka.

Apabila haiwan ini mati dan reput maka kalsium akan


kembali semula ke tanah yang akan digunakan oleh
tumbuhan sebagai sumber makanan.

You might also like