You are on page 1of 23

Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Ibu…
Bukan
Sembarangan Insan
(Sempena Hari Ibu : 13 Mei 2007)
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Pengenalan
Pada hari Ahad Minggu Kedua Bulan Mei
setiap tahun , Hari Ibu disambut oleh
masyarakat seluruh dunia. Tidak terkecuali
di negara bertuah ini.

Persoalannya, di manakah anda menyambut


Hari Ibu? Apakah hadiah teristimewa buat
ibu yang melahirkan dan membesarkan
anda? Apakah hadiah paling romantis telah
anda sediakan buat isteri yang melahirkan
anak-anak anda?
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Patah Pujangga
“Syurga di bawah tapak kaki ibu”

“Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar


IBU dunia”
Ibu
“An angel could not ask for a higher mission; for
MAMA
in doing this work she is doing service for God"
UMMI
BONDA "A mother is God's deputy on earth.“
??? “The distinctive duties of woman are more
sacred, more holy, than those of man"
Pepatah Spanish "An ounce of mother is worth a
pound of clergy"
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Kisahnya
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Masa
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Kecil..
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu  
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Aku selalu teringatkan ..Ibu


Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Remaja.
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Aku ada pasangan hidup sendiri


Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
KINI..
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
 
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Hingga saat ini…

Ibu tak pernah merungut padaku


Ibu tak pernah mintak padaku

Ibu….
Kaulah Ratu Hatiku…..
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Renungkan
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah
kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima
puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata
aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku
mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku
tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit..
lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya
yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Ingatan

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW


dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang
paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak
tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-
saudara terdekatmu."
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Kirakan
Kos upah membantu Ibu Kos upah menjaga anak
Tolong pergi kedai RM4.00 Upah mengandungkan 9 Percuma
bulan
Tolong jaga adik RM4.00
Upah melahirkanmu Percuma
Tolong buang sampah RM1.00
Upah berjaga malam Percuma
Tolong kemas bilik RM2.00
kerana menjagamu
Tolong siram bunga: RM3.00
Upah air mata yang Percuma
Tolong sapu sampah RM3.00 menitis keranamu
JUMLAH RM17.00 Upah kerunsingan kerana Percuma
bimbangkanmu
Upah menyediakan Percuma
BIL HUTANG makan minum, pakaian
ANAK DAN IBU dan keperluanmu
JUMLAH PERCUMA
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

SEORANG BUDAK
Teladan DENGAN SEPOHON
EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang


amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat
pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya, dan
adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal
tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
tersebut.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan


menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada
pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar


bermain denganmu" jawab budak remaja itu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk


membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada
yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah


epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk
mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua


epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali
lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal
itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja


untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah
sebagai tempat perlindungan buat keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau


boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan
cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong


kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan
gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui


pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang
pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah
matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal


itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang


suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak
mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki
itu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau.


Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang


pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan
gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang


semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu.
Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar
pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak


diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku
untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul
dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu
dengan nada pilu.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi


untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku
sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang
pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal


itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu
dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Pengajaran
Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu-bapa kita.

• Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan


mereka.
• Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka
untuk meneruskan hidup.
• Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta
pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.
• Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan
melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira
dalam hidup.
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sambutan
Bagaimana Hari Ibu boleh dirayakan?
Mungkin ramai daripada kita yang telah melakukannya,
namun berikut beberapa cara untuk merayakannya?

• Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah


pusaranya...

• Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan


impiannya, hanya ingatan jadi taruhan

• Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak
yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!

• Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana


esok belum tentu
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Walau siapa pun ibu anda, walau bagaimanapun


dia, apapun pandangan anda terhadap ibu anda,
dialah satu-satunya, tiada dua atau tiga.

Walaupun kita diberi peluang memberikan


segala-galanya untuk ibu, kita pasti masih
tidak dapat membalas jasanya.

Untuk itu, sambutlah Hari Ibu


bersama ibu anda. sekerap
mungkin.. selagi ada
hayatnya…..
Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jaringan Minda Insan Sejahtera
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

SELAMAT MEMBACA
DAN
JUMPA LAGI!!!!
Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,
Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..
Buat Semua Ibu…”SELAMAT HARI IBU”

You might also like