Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENDAHALUAN
1.1 PENGENALAN
Dalam menghuraikan definisi tatabahasa kita tidak dapat lari daripada menyentuh
pendapat-pendapat ahli-ahli bahasa, khususnya ahli falsafah barat. Kajian yang dibuat
oleh pengkaji barat inilah yang dijadikan panduan dan asas yang dipegang oleh pengkaji
–pengkaji bahasa tempatan seperti Za’ba, Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar, Abdullah
Hassan dan ramai lagi.
Menurut Noam Chomsky, seorang ahli bahasa, tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu
kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan ia
menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin
kemantapan bahasa sesuatu bahasa. Menurut Chomsky lagi, tatabahasa berfungsi dalam
memisahkan bentuk-bentuk bahasa yang gramatis, daripada yang tidak gramatis.
Tatabahasa berperanan untuk menghuraikan pemilihan pengguna bahasa itu untuk
membina ayat-ayat yang baik. Oleh itu, dapatlah dinyatakan bahawa ia merupakan dasar
yang menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul atau salah sesuatu bentuk
bahasa pertuturan atau penulisan yang dihasilkan.
Menurut Robin (1971:172) pula menyatakan bahawa tatabahasa merupakan suatu yang
menitik beratkan struktur uturan pertuturan atau penulisan dan dengan penggolongan
serta pengkelasan unsur-unsur pertuturan yang berulang-ulang berdasarkan rumus-
rumusnya.
Bagi A.Koutsaudas (1969:1) tatabahasa ditakrifkan sebagai suatu alat yang
menggunakan untuk menghasilkan ayat-ayat yang betul ayng tidak terbatas jumlahnya
dalam sesuatu bahasa dan tidak ada satupun yang salah.
Menurut Tatabahasa Dewan, aspek tatabahasa menyentuh kepada dua sudut, iaitu
melibatkan cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan cara perkataan
disusun menjadi ayat. Huraian di peringkat perkataan disebut morfologi, manakala
huraian di peringkat ayat disebut sintaksis.
Dapat dirumuskan bahawa tatabahasa merupakan suatu teori bahasa yang harus disusun
dengan tepat, lengkap, dan mudah difahami. Ianya dapat dihuraikan dengan jelas tentang
kebolehan bahasa disusun dan digunakan oleh penutur natif sesuatu bahasa. Tatabahasa
sesuatu bahasa itu mengandungi tiga bidang utama, iaitu sintaksis, semantik dan fonologi.
Tatabahasa menjadi suatu dasar dalam menyusun sesuatu ayat dengan betul.
Tatabahasa juga boleh dilihat sebagai teori tentang peraturan yang menghuraikan ayat-
ayat dalam sesuatu bahasa dengan kaedah yang paling mudah, tepat, dan lengkap. Dalam
membingcangkan tentang frasa nama, lebih mudah jika dikaji dari sudut sudut aliran-
aliran yang terdapat dalam tatabahasa. Antara aliran tersebut adalah, aliran tatabahasa
tradisional, tatabahasa struktural, tatabahasa tranformasi genaratif dan akhir sekali
tatabahasa fungsional. Setiap aliran tatabahasa ini memberi takfsiran yang berbeza
mengenai frasa nama.
1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengkaji frasa nama
1.4 BATASAN
Kajian ini dikhususkan kepada frasa nama sahaja.
FRASA NAMA
Inti Penerang Kata Adjektif
Sendi Nama Nama
kehidupan
kiriman
lawatan
pada
daripada
ke masa ini
abang
Muzium Negara
(e) Inti + penerang bilangan ordinal
Ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan.
FRASA NAMA
Inti Penerang Bilangan Ordinal
tempat
tingkat
anak pertama
kesepuluh
kedua
FRASA NAMA
Inti Inti
tubuh
rakan
hutan badan
taulan
rimba
4.4 Penerang
Inti mungkin juga mempunyai penerang lebih daripada satu. Peraturan kedudukan
penerang-penerang ini adalah seperti berikut:
(i) Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang
(ii) Inti + Penerang.
? Ada juga di dalamnya terdapat dua unsur penerang atau lebih, yang terdiri daripada
frasa-frasa. Dalam kewujudan begini, frasa penerang yang menerangkan sifat hadir
selepas inti, sementara yang menerangkan millik, hasil, jenis, dan sebagainya wujud
selepasnya.
Dua frasa nama boleh juga wujud serentak, iaitu unsur yang ke dua dan unsur yang kedua
dan unsur yang pertama merujuk benda yang serupa.
5.0 KESIMPULAN
Dengan ini dapatlah dibuat kesimpualan bahawa frasa nama dalam bahasa Melayu
mempunyai binaan yang kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut
kedudukan unsur-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti di bawah:
Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent
Walau bagaimanapun, tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang
disenaraikan di atas.