Professional Documents
Culture Documents
Kerana pornografi berkait dengan perniagaan, maka kesannya bagi masyarakat sangat
luas, baik dari segi psikologi, sosial, etika ataupun teologi. Secara psikologi, pornografi
membawa beberapa kesan antaranya antisosial. Selain itu kaum lelaki menjadi lebih
agresif terhadap kaum perempuan. Yang lebih parah lagi bahawa manusia pada umumnya
menjadi kurang responsif terhadap penderitaan, kekerasan dan tindakan-tindakan
perkosa. Akhirnya, pornografi akan menimbulkan kecenderungan yang lebih tinggi
kepada kekerasan sebagai tindakan daripada seks. Kesan psikologi ini boleh menghantui
semua orang, dan dapat berjangkit menjadi penyakit psikologi yang parah dan menjadi
ancaman yang membawa bencana dalam konteks kemanusiaan.
Dapat dikatakan bahawa pornografi akan merosakkan nilai dan martabat manusia sebagai
khalifah kepada Allah yang telah menciptakan manusia dengan keluhuran seksualiti
sebagai tempat untuk meneruskan generasi manusia dari masa ke semasa dengan
sempurna dan terhormat.
Dalam pandangan Islam, pornografi adalah produk grafik samada dalam bentuk tulisan,
gambar, filem dalam bentuk majalah, tabloid, VCD, filem-filem atau acara-acara dalam
TV, situasi porno di internet, ataupun bahan bacaan porno yang lain yang
mengghairahkan sekaligus menjual aurat, ertinya aurat itu menjadi titik pusat perhatian
yang pembaca. Pornoaksi pula adalah sebuah perbuatan mempamerkan aurat yang
ditonton secara langsung; dari mula aksi yang "biasa-biasa" saja seperti aksi artis di
panggung-panggung hiburan hingga kepada aksi yang luar biasa dan lebih aktif seperti
tarian bogel atau separuh bogel di tempat-tempat hiburan khusus.
”Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Isra’ 17
Dapat disimpulkan bahawa istilah “menuju kepada hubungan seks” adalah dalam
ungkapan lain bermaksud “mendekati zina.” adalah ditegah dalam hukum Islam.
Rasulullah s.a.w. melarang kaum lelaki memperlekeh kaum perempuan dengan
mengeluarkan kata-kata yang bersifat seksual yang boleh melukai hati kaum perempuan.
“Jika aku perintahkan kepadamu suatu hal, kerjakanlah semampunya; dan jika aku
melarang kamu (melakukan) sesuatu, jauhilah.”
Hadis Nabi riwayat Ibnu Majah dari ‘Ubadah bin Shamit, riwayat Ahmad dari Ibnu
‘Abbas, dan Malik dari Yahya :
“Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan tidak boleh pula membahayakan orang
lain”
Katekismus Gereja Katolik memberikan tiga alasan mengapa pornografi adalah salah dan
dosa. Pertama, pornografi melanggar keutamaan kemurnian. Setiap umat Kristian
dipanggil untuk hidup murni, sebab itu ia wajib menghormati kehendak seksualiti
kemanusiaannya sendiri, yang meliputi integrasi jasmani dan rohani. Ia juga wajib
menghormati kesucian perkahwinan. Dalam menanggani pertanyaan kaum Farisi
mengenai perceraian, Tuhan kita mengajarkan, “Tidakkah kamu baca, bahawa Ia yang
menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan? Dan
firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan
isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi
dua, melainkan satu” (Mat 19:4-6). Sebab itu, cinta kasih suami isteri yang
mencerminkan ikatan kasih sayang antara mereka, dan pengucapan janji perkahwinan
juga suci. Ungkapan cinta kasih suami isteri haruslah mencerminkan cinta kasih yang
setia, tulus, eksklusif, saling memberi diri dan saling menghormati antara suami dan
isteri.
Namun demikian, hormat terhadap perkahwinan dan cinta kasih suami isteri tidak
hanya terbatas pada ungkapan secara jasmani. Rasa hormat itu juga meliputi dimensi
rohani. Yesus mengajarkan, “Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah. Tetapi
Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta
menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.” (Mat 5:27-28). Sebab
itu patutlah, “kemurnian menjamin sekaligus keutuhan peribadi dan kesempurnaan
penyerahan diri” (Katekismus Gereja Katolik, No 2337). Sebaliknya, pornografi
merupakan tindakan perzinaan batin yang mengdorong kepada ketidakutuhan rohani
orang dan dapat mendorong pada perzinaan fizik atau tindakan seksual yang tidak sah.
Ketiga, mereka yang terlibat dalam pornografi memjerumuskan diri dalam suatu
dunia hina, dunia khayalan, jauh dari dunia nyata. Cinta kasih sejati sentiasa memberikan
diri demi kebaikan yang lain, sedangkan pornografi menarik orang untuk masuk ke dalam
suatu dunia hina yang menyesatkan dan egois, yang kemudian dapat dilakukan dalam
dunia nyata hingga menrosakkan diri sendiri dan orang lain. Masalah pornografi telah
meningkat drastis sejak internet menyajikan hubungan seksual “virtual reality”.
Dosa pornografi tidak sekadar kepada “suatu tindakan pada suatu saat”, ianya
juga dapat menjadi barah atau penyakit rohani yang merosakkan manusia.
Jelas dan nyata, pornografi menimbulkan impak yang buruk dalam merosak
generasi masyarakat, terutamanya perempuan dan anak-anak kecil. Pornografi
mengambarkan bahawa perempuan menikmati seks secara “dipaksa” dan menikmati
aktivitas seksual yang ganas, pornografi mengalakkan pelacuran, menggalakkan orang
mempersendakan aurat, menggalakkan perlakuan di mana orang mendapatkan
kenikmatan dengan melihat secara tersembunyi orang lain menanggalkan pakaian atau
melakukan hubungan seksual, dan menganggap semua itu sebagai perlakuan yang wajar.
Pornografi menganggap perempuan sebagai simbol seks untuk kenikmatan diri.
Sebahagian lelaki, secara rutin menonton tayangan pornografi mereka menganggap
normal dalam hal seksual serta dalam interaksi lain. Pornografi meningkatkan toleransi
atas serangan terhadap perempuan dalam budaya yang lebih luas (Surrette, 1992).
Dalam masalah pornogografi, kita dapat membincangkan isu ini daripada perspektif
psikologi. Ini kerana psikologi memainkan peranan penting kepada seseorang dalam
kehidupan seharian. Sumber primer yang telah kami perolehi hasil daripada perbincangan
dengan seorang pensyarah psikologi (Supphiah Nachiappan) menerusi pandangan
Sigmund Freud, pornografi dapat dibincangkan dalam Teori Psikoanalitik. Teori ini
terbahagi kepada Tiga Alam Kesedaran iaitu Alam Sedar, Alam Prasedar dan Alam
Tidak Sedar. Pornografi ini tergolong dalam kumpulam Alam Tidak sedar (Supphiah
Nachiappan). Alam Tidak Sedar ini bermaksud satu bahagian yang terbesar pada fikiran
manusia. Ia merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Ia merangkumi
kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan
menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh masyarakat. Kita dipengaruhi oleh
dua jenis konflik yang tidak disedari iaitu Konflik Agresif dan Konflik Seksual.
Selain itu juga, rakan sebaya boleh memainkan peranan penting iaitu dengan
menegur rakan yang ingin melakukan perkara berbaur lucah sama ada menonton,
membaca atau berbual. Selain itu juga, ibu bapa perlu memantau perilaku anak- anak
mereka. Di zaman serba moden ini, kebanyakan anak-anak mempunyai telefon bimbit
yang boleh menyimpan gambar dan juga filem. Di sini ibu bapa perlu memeriksa telefon
binbit anak-anak untuk mencegah daripada penyimpanan gambar-ganbar pornografi.
Dalam Psikologi, pada usia remaja merupakan zaman seseorang mencari identiti
sendiri. Oleh itu konsep kendiri para remaja perlu dimantapkan agar para pewaris
pemimpin ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelajaran dan juga tinggi nilai
moralnya. Contohnya kita dapat lihat sekarang bagaimana sebuah negara maju seperti
Amerika Syarikat pemimpinnya dapat memimpin negara dengan baik tetapi terhimpit
dengan kontroversi seksual. Secara tidak langsung orang akan dapat membuat andaian
tersendiri tentang sikap dan perilaku seseorang itu pada sudut negatif sahaja. Isu
pornografi ini perlu ditangani daripada awal untuk kita melahirkan sebuah Negara yang
maju dengan masyarakatnya mempunyai peradaban yang tinggi dan boleh dijadikan
contoh kepada negara lain.
Bab 5 Pemikiran Pornografi
Hasil temu bual dengan (Supphiah Nachiappan) pensyarah psikologi, beliau menyatakan
bahawa kesan pornografi kepada golongan ini mempunyai kebaikan dan keburukan juga.
Contohnya kepada golongan dewasa. Pornografi digunakan sebagai ilmu untuk
memenuhi kemahiran dan kepuasan seksual dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
Ini dapat dilihat bagaimana orang yang sudah berkahwin tetapi masih lagi mengunjungi
rumah-rumah pelacuran ataupun menyimpan perempuan simpanan semata-mata ingin
memenuhi tuntutan nafsu mereka. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya
ilmu tentang kemahiran seksual sama ada terhadap suami mahupun isteri. Selain itu juga,
golongan dewasa ini mungkin menganggap menonton bahan pornografi sebagai satu
sumber untuk menghilangkan tekanan bekerja, tekanan rumah tangga dan juga kepuasan
seks. Secara tidak langsung golongan ini dapat berfantasi seketika untuk lari daripada
masalah yang sedang melanda dalam diri mereka. Selain berfantasi, mereka secara tidak
langsung belajar sesuatu yang baru dalam menjalani kehidupan seksual. Tetapi, jika
bahan ini sentiasa ditonton, terjadi pula ganguan seksual di tempat kerja seperti meraba
kaum wanita. Ini mungkin disebabkan rangsangan yang tidak dapat dikawal akibat bahan
pornografi menyebabkan seseorang itu memuncak keinginan seksualnya. Selain itu,
golongan dewasa juga menganggap dirinya sudah dewasa dan boleh membuat apa jua
keputusan dengan tepat.
Golongan dewasa yang sudah berumah tangga menganggap bahan pornografi ini
sebagai sama dengan bahan bacaan, tontonan dan perbualan. Sebab ini terjadinya
pornografi tanpa seseorang itu sedari. Selain itu juga penjualan bahan pornografi yang
berleluasa yang tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa menyebabkan gejala tidak sihat
ini terus menular dalam golongan dewasa. Di dunia global dan maju sekarang, bahan-
bahan pornografi ini mudah didapati di dalam internet. Oleh itu sesiapa sahaja boleh
menontonnya. Selain itu, kehadiran telefon bimbit yang boleh menyimpan gambar dan
video menyebabkan bahan pornografi ini sentiasa ada. Pengaruh rakan di tempat kerja
juga menyumbang kepada berlakunya pornografi iaitu melalui perbualan dan video di
dalam telefon bimbit. Media elektronik sebenarnya perlu menapis tontonan umum filem
di dalam telivisyen. Ini kerana terdapat cerita luar yang mempunyai aksi yang
menghairahkan yang boleh merangsang seseorang mengulangi tontonan itu. Justeru
pornografi terhadap golongan dewasa mempunyai kebaikan dan juga keburukannya.
Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja
adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang.
Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar
membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan
pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun buku ini hanya
membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja.
Bab 15 Salah Laku Seksual di kalangan remaja bukan lagi isu baru di Malaysia
malah semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Ciri-ciri Remaja Devian Mengikut
kajian Halcomb (1991), personaliti remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti
berikut iaitu mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan orang lain dan selalu
terlebih yakin dengan keupayaan mereka. Kedua kehidupan harian tidak teratur dan tidak
peka pada peraturan. Ketiga lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka ataupun
berunsur suspens. Mempunyai potensi mempengaruhi orang lain. Keempat bercakap
kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar dengan kelemahan ataupun kekurangan
orang lain. Kelima berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang kasih sayang
dan mempunyai tahap konflik yang tinggi. Keenam mempunyai kepercayaan diri yang
rendah dalam keupayaan mencapai kepuasan akademik yang baik. Ketujuh mengalami
ketidakselarasan antara dirinya yang ideal dan dirinya yang sebenar di mana mereka
kadang-kadang bermasalah mencapai identiti yang diinginkan. Kelapan kurang
kepercayaan bagi mengawal kehendak-kehendak impulsif. Punca Salah Laku Seksual
Remaja Teori fungsionalisme, teori ini menganggap devian sebagai tidak mempunyai
peranan kepada struktur sosial. Teori Konflik mengatakan, devian adalah tindakan
golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang menindas. Teori Subbudaya dan deprivasi
status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza
daripada budaya masyarakat. Deprivasi selalu berpunca daripada kemerosotan ekonomi
dan kelemahan sosio-emosi. Remaja terutama daripada kelas sosial rendah yang tidak
berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta bertindak melakukan
devian. Teori interaksionisme Teori interaksionisme melihat devian sebagai perkara
subjektif dan proses sosial. Remaja sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan
dan sesuai dengan cara interpretasi mereka. Kajian Tattum (1986) mendapati, remaja
sengaja melakukan devian sebagai teknik naturalisasi dalam interaksi mereka. Kategori
Perlakuan Devian. Inovasinya ialah untuk memenuhi matlamat dengan cara yang salah.
Ritual pula ialah tindakan mengulang perbuatan. Undur pula ialah orang yang tidak lagi
berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.
Menentang ialah proses menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan
matlamat lain.
Punca Salah Laku Seksual Ketidakstabilan mental Menurut Steinberg (1987),
perkembangan remaja melibatkan beberapa siri transisi daripada keadaan belum matang
ke arah kematangan ataupun ‘sempadan remaja’. Oleh itu, remaja dianggap sebagai masa
‘storm and stress’ iaitu masa bergelora, penuh pancaroba dan perubahan perasaan atau
mood (G. Stanley Hall, 1844-1924). Mereka mudah dipengaruhi terutamanya pada tahap
perkembangan kognitif sehingga mereka sanggup melakukan perkara-perkara melanggar
undang-undang. Dalam teori organismik yang dipopularkan oleh Sigmund Freud (1938),
Erik Erikson (1968) dan Jean Piaget, perubahan hormon semasa baligh menggugat
keseimbangan psikik yang dicapai pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman
(latency). Semasa remaja, dorongan seks dan aggression atau kelangsangan tertimbul
semula selepas menyepi ketika peringkat kanak-kanak. Ini menyebabkan remaja
berdepan dengan konflik hebat antara keinginan dan peraturan masyarakat. Remaja yang
dilanda kekecewaan tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas dendam dan
gangguan jiwa. Ini adalah punca utama umtuk para remaja menghilangkan tekanan
dengan menonton bahan berbentuk pornografi.. Remaja yang mempunyai masalah
kejiwaan ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, pesakit jiwa waras (jiwa tertekan,
murung, bimbang, penagih dadah, perokok, minum minuman keras, kelencongan seksual
dan transeksual). Kedua adalah penyakit jiwa yang serius seperti tidak siuman atau hilang
kewarasan akal. Jiwa remaja lembut ibarat rebung dan tidak stabil. Remaja juga adalah
masa mencari identiti ataupun jati diri. Justeru, apabila zaman remaja dipenuhi perkara-
perkara yang tidak wajar, masa depan dan perjalanan hidup remaja juga akan rosak.
Kesesakan persekitaran yang dialami juga menyebabkan jiwa mereka semakin tertekan.
Cara terbaik bagi mereda dan mengalihkan perasaan kecewa adalah melakukan perilaku-
perilaku negatif.
Teori Freud menyatakan, tekanan hidup serius yang dihadapi oleh manusia
menyebabkan tekanan itu diekspresikan melalui perlakuan mengejut dan luar biasa.
Contohnya membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Dalam bidang psikologi,
pendorong seksual ini dikenali sebagai masochis ataupun sadis. Jiwa mereka tidak stabil
dan suka melakukan perkara negatif. Latar belakang kehidupan menurut pakar-pakar
psikologi, petunjuk yang boleh digunakan adalah sejarah hidup atau latar belakang
kehidupan individu itu. Individu-individu yang menonton bahan pornografi ni pula
menjadikannya sebagai cara melepaskan dendam yang terpendam dalam jiwa dan fikiran
bawah sedar mereka. Malangnya, petunjuk-petunjuk ‘psikologi’ ini tidak semestinya
dapat dikesan pada penampilan fizikal, perawakan ataupun perwatakan individu itu,
sehingga tiada siapa menyangka orang yang kelihatan lembut dan berdisiplin tergamak
melakukan tindakan-tindakan negatif itu. Sikap ingin tahu yang keterlaluan atau lebih
ironis lagi apabila pakar psikologi berpendapat, dorongan menonton bahan pornografi
mungkin berasal daripada sikap ingin tahu yang keterlaluan. Apabila desakan bagi
mengetahui sesuatu, khususnya berkaitan seks tidak dapat dipenuhi melalui saluran yang
terkawal, mereka akan mendapatkan maklumat-maklumat yang diingini daripada sumber-
sumber lain. Sebaik sahaja mengetahuinya, mereka mahukan lebih banyak sehingga ke
peringkat mereka mula berfantasi melakukannya. Akibat kerap berfantasi, keinginan
mencuba akan meningkat. Ada kalanya mereka berfantasi bukan kerana dorongan ingin
tahu yang keterlaluan, tetapi disebabkan ‘ketidakpuasan seks’ yang dialami ataupun
keinginan mencuba perkara yang luar biasa. Walaupun apa yang dinyatakan oleh pakar-
pakar psikologi ini tidak berdasarkan kebenaran empiris dan petunjuk-petunjuk yang
tidak dapat dikesan secara langsung melalui pemerhatian orang awam, namun ia dapat
dijadikan sumber bagi mengesan unsur-unsur yang mendorong perlakuan pornografi
terhadap remaja. Unsur-unsur yang dimaksudkan ini termasuklah ketidakstabilan mental,
ketidaksejahteraan keluarga dan latar belakang kehidupan yang mundur, perasaan rendah
diri yang keterlaluan dan tidak terkawal, keghairahan berfantasi, ketidakpuasan seks,
keinginan mencuba perkara luar biasa, peningkatan rangsangan-rangsangan negatif
daripada luar dan sebagainya. Kebanjiran bahan-bahan erotik terhadap remaja sebenarnya
belum cukup matang dalam mempertimbangkan kebenaran yang ditemui. Kebanjiran
bahan-bahan erotik dan seks seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada
internet, cakera padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks
terutamanya remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi. Tanpa
unsur-unsur negatif ini, mereka merasakan seperti tidak ada ‘umph’ dalam media cetak
dan media elektronik yang dibaca, dilihat ataupun didengar. Ia mudah merangsang
golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun
fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh. Selain itu, harga bahan-bahan lucah yang
murah ini dianggap sebagai ‘bonus’ kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.
Pornografi adalah paparan dalam media atau alat komunikasi yang dibuat untuk
menyampaikan sesuatu maklumat seperti aksi yang mengairahkan dari orang dewasa,
melakukan aktiviti yang mengarah pada hubungan seks dan aktiviti seseorang
dalam berhubungan seks.Selain itu, daya tarikan bahagian tubuh tertentu yang
merangsangkan seksual dari orang dewasa iaitu alat kelamin, paha, pinggul, pusar dan
payudara perempuan baik terlihat sebagian mahupun seluruhnya, tubuh atau .bahagian-
bahagian tubuh orang yang menari erotis atau bergoyang erotis dan aktiviti orang yang
melakukan masturbasi atau beronani. Aktiviti yang mengarah melakukan
hubungan seks seperti berciuman bibir, melakukan aktiviti yang mengarah pada
hubungan seks dengan pasangan berlawanan jenis, melakukan aktiviti yang
mengarah pada hubungan seks dengan pasangan sejenis, melakukan aktiviti
yang mengarah pada hubungan seks dengan orang yang telah meninggal dunia,
melakukan aktiviti yang mengarah pada hubungan seks dengan haiwan dan
akhir sekali aktiviti yang mengarah pada hubungan seks dengan anak-anak.
Banyak negara sekular telah menerapkan UU APP ini sejak lama seperti
Amerika, Kanada, Italia, dan Irlandia. Sampai tahun 1997, beberapa negara lain seperti
Denmark, Inggris, dan Israel pernah berusaha menghapuskan UU PP itu, tetapi sering
saja menghadapi masalah kemerosotan moral masyarakat. Disebabkan tidak boleh
menghalang UU PP, maka peraturan secara ketat dan penegakan hukum secara tegas
adalah diteruskan. Komitmen yang kuat bagi penegakan peraturan tentang pornografi di
seluruh negara menunjukkan bahwa pornografi sudah menjadi common enemy (musuh
bersama) dan terdapatnya common sense (pemahaman bersama) universal bahawa
pornografi dan pornoaksi berperanan terhadap kemerosotan moral masyarakat, selain
kemerosotan moral itu disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti penyelewengan
kekuasaan, perjudian, uabt-ubat terlarang dan lain-lain. Fakta yang sudah menjadi
konklusi masyarakat bahawa di Indonesia, kebebasan dalam bentuk media porno dan
tayangan-tayangan cabul dalam televisyen termasuk adegan-adegan yang menyiarkan
unsur-unsur seksual sangat liberal melebihi negara-negara maju. Liberaltisme ini berlaku
kerana tiada undang-undang yang khusus dalam menyekat masalah porno seperti adegan
dewasa (SG) seks ganas di televisyen dipertontonkan dalam prime time yang ditonton
anak-anak, barang cetakan cabul dan porno boleh dibeli di mana saja dan oleh sesiapa
sahaja, goyang pinggul yang menaikan nafsu seperti dalam bentuk penarian dan
kebebasan perempuan mempertontonkan adegan yang mengairahkan. Impotensi hukum
ini, menyebabkan masyarakat menjadi permisif iaitu menjadi masyarakat yang seolah-
olah tanpa kawalan, kendali dan etika. Akhirnya terbentuklah masayarakat di selubungi
hak asasi sekular dan mengimpikan kebebasan.
Indonesia perlu segera menerapkan UU PP ini kerana kita telah ketinggalan jauh. Kesan
yang nyata diperolehi dari porno ini seperti pemasaran iaitu penggunaan ubat terlarang,
lemahnya dalam mendapat keadilan, angka kemiskinan yang meningkat, peningkatan
dalam pengangguran, kesesakan lalu lintas, perkosaan, jumlah kematian penghidap
AIDS/HIV dan lain-lain. Seperti di Amerika, peraturan dan undang-undang yang ketat
melalui UU Anti Pornografi dan Pornoaksi adalah satu langkah positif dalam usaha
menangani kemerosotan moral bangsa.
Selain itu, pornografi juga memberi kesan yang buruk pada wanita kerana dipaksa
dan menikmati aktiviti seksual yang brutal secara tidak langsung pornografi akan
mengakibatkan berlakunya pelacuran, Penayangan tubuh badan secara umum, voyeurism
(kelakuan di mana orang mendapat kenikmatan dengan melihat secara tersembunyi orang
lain melakukan hubungan seksual) dan menganggap semua itu sebagai kelakuan yang
patut (Surrette, 1992).
Pornografi dan pornoaksi juga dapat meruntuhkan akhlak dan moral sesorang
individu tersebut. Dengan melakukan aksi penyangan tubuh untuk dipertontonkan kepada
orang ramai adalah perbuatan yang meruntuhkan akhalak. Setiap diri yang tidak peduli
terhadap moralitasi atau sudah kehilangan moralitasi, maka sesungguhnya telah
kehilangan hak asasi kemanusiaan, sebab dia telah jatuh ke darjat lebih rendah dari
binatang. Allah swt mengingatkan manusia dalam QS (95: 4-6) yang maknanya
“Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dengan kejadian yang sebaik-baiknya.
Kemudian Kami kembalikan ke darjat yang paling rendah, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh’. (Muh. Yunus al-Busmany, 1998)
Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja
adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang.
Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar
membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan
pelbagai masalah.
Salah laku jenayah seksual dalam kalangan remaja bukan lagi isu baru di
Malaysia malah semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Sepuluh tahun dahulu kita
mungkin rasa terkejut dan takut apabila remaja berusia 12 tahun sudah berani membunuh
orang, tetapi tidak lagi pada hari ini. Ia seolah-olah ’trend’ yang terpaksa kita hadapi.
Jenayah seksual remaja dapat didefinisikan sebagai perbuatan seksual secara paksaan
yang meliputi perbuatan meliwat, merogol, melakukan kelucahan melampau, membunuh
dan menyeksa mangsa menggunakan kekerasan di mana perbuatan-perbuatan itu salah di
sisi undang-undang. Personaliti remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti
mempunyai hubungan sentimental tetapi kasar dengan orang lain dan selalu terlebih
yakin dengan keupayaan mereka merupakan satu ancaman kepada negara kita pada hari
ini. Remaja pada zaman sekarang memang berbeza dengan remaja pada zaman dahulu
kerana pada zaman ini, kehidupan harian mereka tidak teratur dan tidak peka pada
peraturan dan lebih menggemari situasi yang tidak dapat dijangka ataupun berunsur
suspens. Oleh yang demikian, kelakuan mereka sukar diramal.
Selain itu, mereka juga mempunyai potensi mempengaruhi orang lain. Bagi
remaja yang inginkan kebebasan, mereka mudah terpengaruh dengan pujukan rayu
sekaligus menjadi remaja yang bercakap kasar, tidak bertimbang rasa dan tidak sabar
dengan kelemahan ataupun kekurangan orang lain. Deprivasi selalu berpunca daripada
kemerosotan ekonomi dan kelemahan sosio-emosi. Selalunya, masalah salah laku seksual
jenayah berpunca daripada remaja daripada kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam
akademik dan mengalami tekanan serta bertindak melakukan devian. Remaja pada zaman
sekarang dianggap sebagai masa ‘storm and stress’ iaitu masa bergelora, penuh
pancaroba dan perubahan perasaan atau mood (G. Stanley Hall, 1844-1924). Mereka
mudah dipengaruhi terutamanya pada tahap perkembangan kognitif sehingga mereka
sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Dalam teori
organismik yang dipopularkan oleh Sigmund Freud (1938), Erik Erikson (1968) dan Jean
Piaget, perubahan hormon semasa baligh menggugat keseimbangan psikik yang dicapai
pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman (latency).
Walaupun apa yang dinyatakan oleh pakar-pakar psikologi ini tidak berdasarkan
kebenaran empiris dan petunjuk-petunjuk yang tidak dapat dikesan secara langsung
melalui pemerhatian orang awam, namun ia dapat dijadikan sumber bagi mengesan
unsur-unsur yang mendorong perlakuan jenayah seks dan tindakan kejam yang tidak
berperikemanusiaan khususnya dalam kalangan golongan muda dan remaja. Unsur-unsur
yang dimaksudkan ini termasuklah ketidakstabilan mental, ketidaksejahteraan keluarga
dan latar belakang kehidupan yang mundur, perasaan rendah diri yang keterlaluan dan
tidak terkawal, keghairahan berfantasi, ketidakpuasan seks, keinginan mencuba perkara
luar biasa, peningkatan rangsangan-rangsangan negatif daripada luar dan sebagainya.
Penjenayah-penjenayah remaja sebenarnya belum cukup matang dalam
mempertimbangkan kebenaran yang ditemui. Kebanjiran bahan-bahan erotik dan
keganasan seperti foto, buku, komik dan majalah, khususnya daripada internet, cakera
padat dan cakera video digital (DVD) dapat merangsang keinginan seks terutamanya
remaja lelaki yang memiliki nafsu dan fantasi seks yang tinggi. Ia mudah merangsang
golongan remaja kerana mereka memiliki pemikiran yang belum matang walaupun
fizikal mereka sudah mencapai tahap baligh.
Selain itu, harga bahan-bahan lucah yang murah ini dianggap sebagai ‘bonus’
kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Kajian Karsmini (1987) menunjukkan,
faktor-faktor yang menyebabkan remaja menjadi ganas adalah bentuk komunikasi yang
sedia ada dalam keluarga. Selain itu, kajian James, Foe & Breed (1988) menunjukkan,
secara purata remaja menghabiskan 24 jam seminggu bagi menonton televisyen. Oleh itu,
maklumat yang diterima oleh deria mereka akan masuk ke minda dan tindakan mereka
juga tidak lari daripada apa yang terkandung di dalam otak. Remaja akan terpengaruh
apabila mereka kerap didedahkan dengan bahan-bahan yang kurang sihat itu. Menerusi
pembacaan yang tidak terkawal, mereka akan berimaginasi sendiri dan membangkitkan
rasa ingin mencuba. Dalam kes ini, remaja yang sering menonton bahan-bahan lucah dan
erotik akan belajar daripada keadaan itu dan mencubanya bagi mencapai kepuasan. Di
samping itu, ia juga dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial di mana tingkah laku
dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan serta melibatkan role model terutamanya di
dalam VCD lucah ataupun artis-artis popular. Remaja mencontohi apa sahaja yang
menarik minatnya (Bandura, 1977).
Selain itu, pengaruh dadah, pil khayal dan arak juga mengakibatkan remaja
bertindak ganas dan melakukan jenayah seksual. Kegiatan devian dan keruntuhan moral
di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industrialisasi. Ini
kerana, kedua-dua proses ini mengendurkan kawalan sosial (Gottfredson, D.C., McNeil,
R.J. dan Gottfredson, G.D. 1991) yang wujud dalam masyarakat tradisional. Akibatnya,
anggota masyarakat bebas melakukan sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan
antara anggota masyarakat begitu erat. Secara tidak langsung, hubungan erat ini
membentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku ahli masyarakat.
Perbuatan yang melanggar norma dan nilai masyarakat kampung itu cuba dielakkan
kerana bukan sekadar nama diri sahaja tercemar, malah nama baik keluarga juga turut
terpalit. Antara nilai yang dapat dilihat dalam persekitaran proses urbanisasi dan
industrialisasi adalah nilai individualistik dan materialistik. Sikap ini menyebabkan setiap
anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tidak ada masa mengambil tahu
hal orang lain. Sikap individualistik ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama
lain dalam kawasan kediaman dan sekiranya ada sekali pun, hanya pada tahap paling
minimum.
Bagaimanakah cara terbaik mengatasi pornografi? Cara terbaik memang belum ada dan
selama seks masih sama esensialnya seperti kita makan dan minum, menghirup udara,
dan sebagainya, pornografi akan tetap subur berkembang, apalagi sampai mampu
menghasilkan nilai ekonomis yang tinggi, pornografi akan tetap mengakar dalam budaya
masyarakat kita. Menindas pornografi sama halnya seperti menampar air di permukaan,
atau sama sulitnya seperti menumpas pedagang kaki lima.
Cara terbaik mengatur pornografi untuk saat ini adalah membatasi penyebaran
alat-alat, media, mahupun produk-produk pornografi itu, termasuklah filem, majalah, ’sex
material’, dan sebagainya. Pembatasan ini dilakukan agar orang-orang yang menjual dan
mengedarkan produk-produk pornografi tersebut tidak sehebat penjual kacang goreng
atau rokok. Amerika atau negara-negara di Eropah boleh dijadikan contoh terdekat.
Mereka membatasi penjualan dan produk pornografi untuk kalangan tertentu saja,
misalnya untuk golongan dewasa.
Cara kedua bagi mengatasi pornografi adalah dengan mengenakan hukuman berat
kepada penjenayah seksual terutamanya kepada pengedar. Dengan tindakan mengenakan
hukuman berat ke atas mereka juga mungkin dapat membendung masalah salah laku
seksual yang masih berleluasa di negara kita pada hari ini. Ini kerana, mereka yang
terlibat dengan kegiatan ini akan disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah
seksual. Penguatkuasaan hukuman akan menimbulkan kemarahan golongan muda kepada
sistem undang-undang dan kepada masyarakat. Keadaan ini tidak membantu
menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, hukuman adalah faktor pencegahan yang
tidak dapat dikesampingkan begitu sahaja. Sekurang-kurangnya hukuman berat boleh
berfungsi sebagai amaran supaya mereka yang ingin melakukan jenayah seks itu ‘berfikir
dua kali’. Walau bagaimanapun, perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang serta
hukuman perlu diiringi dengan langkah-langkah pencegahan ke atas golongan wanita,
gadis, pelajar sekolah dan kanak-kanak perempuan yang semakin terdedah dengan
jenayah seksual. Aspek keselamatan di sekolah, tempat kerja, premis persendirian dan
kawasan awam perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian, persekitaran yang sihat perlu
diwujudkan. Sekiranya tidak, masalah jenayah seksual ini akan terus berlaku dan
mungkin dalam bentuk yang lebih dahsyat serta menakutkan. Gadis remaja perlu diberi
pengetahuan mengenai bentuk salah laku seksual, cara menghadapi dan sedia berkongsi
dengan orang dewasa apabila ia berlaku pada dirinya.
Cara ketiga bagi remaja yang terlibat dengan masalah jenayah seksual adalah
dengan mendapat khidmat pembimbing rakan sebaya. Tidak semua remaja dapat
menerima khidmat kaunselor kerana mereka lebih mempercayai rakan sebaya. Biasanya,
remaja akan merujuk kepada pembimbing rakan sebaya bagi mengatasi masalah mereka.
Pembimbing rakan sebaya (PRS) bertindak sebagai penghubung atau perantara remaja
dengan kaunselor. Oleh yang demikian, kaunselor, pengajar dan pendidik perlu sentiasa
memberi bimbingan kepada PRS supaya mereka berupaya membimbing rakan remaja
mereka. Satu lagi kelompok yang bertanggungjawab adalah masyarakat itu sendiri.
Masyarakat sebagai kelompok terbesar sering menuding kesalahan kepada remaja.
Walhal, masyarakat turut memainkan peranan tersendiri dalam menangani masalah ini.
Keprihatinan dan pergaulan dengan remaja adalah perlu. Dengan ini, masalah remaja
dapat difahami. Selain itu, perlu diadakan perbincangan atau forum yang melibatkan
kehadiran masyarakat dan remaja bersama-sama. Masyarakat tidak perlu membuat
perbandingan zaman remaja dahulu dengan zaman sekarang. Ini kerana, terdapat
perbezaan ketara antara kedua-dua zaman itu. Pada zaman dahulu, kehidupan remaja
kurang mencabar berbanding zaman sekarang. Pengaruh budaya barat dan media massa
hari ini semakin berleluasa dan remaja pula mudah terpengaruh.
Cara keempat bagi mangsa yang terlibat dengan masalah jenayah seksual adalah
dengan melaporkan terus kejadian tersebut kepada pihak berwajib. Ini kerana, sekiranya
ia tidak dilaporkan, tindakan susulan tidak dapat diambil ke atas penjenayah sekaligus
memberi peluang kepada penjenayah tersebut mengulangi perbuatan terkutuknya itu.
Namun, ramai mangsa yang terlibat dengan kes seperti ini tidak melaporkan kes kerana
beberapa faktor. Antara faktor yang utama adalah seperti diancam oleh penjenayah.
Faktor yang kedua adalah seperti rasa malu terhadap masyarakat sekeliling akibat
perbuatan tersebut kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di
luar nikah walaupun pada hakikatnya mangsa sebenarnya dirogol tanpa rela. Faktor yang
ketiga adalah seperti mangsa tidak mengetahui bagaimana cara dan kepada siapa mereka
harus melaporkan kejadian.
Bagi yang melaporkan pula, mangsa mungkin didesak atas faktor-faktor berikut
contohnya seperti bimbang mengenai kehamilan. Sekiranya mangsa sedang hamil
sedangkan mangsa belum berumah tangga, ini akan menimbulkan syak wasangka kepada
masyarakat sekeliling terutamanya ahli keluarga terdekat mangsa sendiri dan tentu sekali
anak yang dikandungkan ialah anak luar nikah. Selain itu, faktor kedua berkemungkinan
mangsa berasa perbuatan itu salah di sisi undang-undang dan dilarang agama. Bagi yang
membuat keputusan untuk melaporkan, majoriti akan melaporkan kepada emak dan jika
mereka tidak lagi percaya kepada emak, mereka pergi ke luar keluarga seperti kepada
guru, jiran, ketua kampung dan kawan. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes,
kejadian ini tidak dilaporkan serta-merta. Kedua adalah berkaitan dengan hukuman.
Kerjasama dan tanggungjawab bersama daripada ibu bapa, guru, masyarakat dan
remaja itu sendiri adalah perlu bagi membantunya menghadapi masalah itu. Peranan ibu
bapa sebaik-baiknya tidak menunggu remaja menghadapi ataupun meluahkan masalah
kepada mereka. Sebaliknya, ibu bapa perlu mendekati mereka setiap masa. Ini
memudahkan mereka mengenali perubahan remaja daripada segi pergaulan mahupun
pembelajaran. Ini membolehkan kedua-dua pihak sama-sama berusaha mencari jalan
penyelesaian. Ibu bapa juga perlu mempelajari teknik keibubapaan supaya mereka tidak
cepat menempelak ataupun menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan kepada
remaja. Remaja tidak akan meluahkan masalah sebaliknya menyembunyikan masalah itu.
Dengan itu, cara keibubapaan yang berkesan perlu dianjurkan dan disebarkan melalui
risalah, akhbar, seminar dan pelbagai media cetak dan elektronik supaya ia dapat
dipraktikkan. Pendidik atau pengajar juga adalah kumpulan terhampir dengan remaja. Ini
kerana, hampir setiap hari guru bersemuka dengan remaja. Secara tidak langsung, remaja
yang bermasalah dapat dikenali walaupun remaja itu tidak menceritakan masalahnya
kepada mereka.
Akhir sekali, dalam usaha mengatasi, beban ini sebaik-baiknya tidak diletakkan
atas tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat sahaja tetapi juga kepada remaja itu sendiri.
Perkara pertama yang perlu diteliti oleh remaja adalah pembentukan peribadi. Dengan
ini, setiap perbuatan yang dilakukan lebih bermanfaat. Remaja perlu membangun dan
dibangunkan. Penerapan nilai-nilai murni dalam diri seperti amalan berdisiplin, adil,
bertanggungjawab, kerjasama dan toleransi perlu dicanai dalam diri mereka. Nilai murni
seperti ini dapat mengukuhkan keimanan, seterusnya menguatkan umat menuju ke arah
pembangunan negara. Remaja kini berada pada tahap perkembangan identiti melawan
kekeliruan identiti ataupun peranan. Perubahan besar yang dialami remaja adalah
perkembangan sosial. Mereka sedang meneroka identiti yang sesuai dengan jiwa mereka.
Hubungan dengan dunia luar selain anggota keluarga kini bertambah penting dan
memainkan peranan yang besar dalam pembentukan identiti. Remaja adalah golongan
yang sentiasa memerlukan bimbingan dan sokongan. Oleh itu, mereka perlu dibantu
supaya tidak terkeliru sepanjang membuat keputusan dalam kehidupan. Kesilapan
memilih ‘jalan’ pada usia remaja akan menghancurkan hidup mereka kecuali mereka
menemui pintu taubat sendiri. Dalam konteks perlakuan jenayah seks yang didorong oleh
unsur-unsur keghairahan berfantasi akibat keinginan mencuba dan ketidakpuasan seks,
sikap ‘merahsiakan’ maklumat-maklumat seks dan kaedah-kaedah meredakan keinginan
melakukannya di luar batasan kemanusiaan mungkin sudah tidak relevan. Sikap
keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu berkaitan seks tidak dapat
dipertikaikan lagi. Perspektif seks yang lebih positif perlu disebarkan dengan mengkaji
semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Pendekatan formal dan
indoktrinasi yang digunakan juga perlu dikaji semula selaras dengan fenomena kebebasan
semasa dan perubahan nilai kehidupan moden. Kurikulum pendidikan seks perlu
dibentuk dan diajarkan kepada remaja. Maklumat berkenaan seks yang disampaikan
secara formal sebagai ilmu sains reproduktif menambahkan pengetahuan mengenai
fungsi seks sebagai kaedah pembiakan semulajadi demi kelangsungan spesies. Ilmu
kesihatan reproduktif perlu memberi penekanan mengenai aktiviti seks yang tidak sihat
yang mendedahkan manusia kepada pelbagai jenis penyakit. Selain itu, para pendidik
juga perlu berfikiran lebih terbuka dalam menyampaikan maklumat-maklumat
pendidikan seks.
Model Penyelesaian
Kejadian jenayah seksual yang berlaku sejak belakangan ini nampaknya tidak lagi
terbatas kepada perbuatan merogol dan mencabul kehormatan tetapi meliputi perbuatan
meliwat, melakukan kelucahan melampau, membunuh, dan menyeksa mangsa dengan
menggunakan kekerasan. Walaupun mereka yang melakukan kesalahan rogol boleh
didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
sehingga 20 tahun dengan sebatan tetapi kes-kes yang berkaitan jenayah seksual ini
didapati semakin bertambah dari semasa ke semasa.Mengikut satu laporan kajian, di
Malaysia secara purata dua orang wanita dirogol pada setiap hari. Kajian itu juga
mendapati bahawa 79% kes rogol yang dilaporkan adalah benar manakala 21% lagi
sengaja diada-adakan dengan tujuan tertentu.
Kajian itu turut mendapati bahawa sebahagian daripada kes rogol yang dilaporkan
berlaku pada ketika mangsa berada seorang diri di tempat dan kawasan yang sunyi.
Hampir 90% daripada mangsa rogol pula terdiri daripada gadis dan golongan remaja.
Profil perogol atau mereka yang melakukan jenayah seksual ini terdiri pelbagai golongan,
peringkat umur, kedudukan sosial, dan latar belakang pendidikan. Mereka yang
melakukan perbuatan ini didapati menghadapi gangguan psikologi dan emosi yang serius.
Gangguan tersebut akan menyebabkan seseorang itu menjadi "maniac psychosis" yang
boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang kawalan dalam dirinya. Selain itu,
pengaruh dadah, pil khayal, dan arak juga boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak
secara ganas dan melakukan jenayah seksual hatta terhadap anaknya sendiri.
Oleh hal yang demikian, suatu persekitaran yang sihat dapat diwujudkan. Jika
tidak, masalah jenayah seksual ini akan terus berlaku dan mungkin dalam bentuk yang
lebih dahsyat serta menakutkan. Usaha ini hanya dapat dijayakan menerusi kerjasama
daripada semua pihak dengan menjadikan jenayah seksual sebagai salah satu prioriti
utama dalam "peperangan" menentang dan membasmi masalah sosial sebelum ia
membarah serta menyelinap ke dalam seluruh aspek kehidupan kita.
10.1 Kes Pertama
7 Oktober 2000: Seorang jurutera komputer, Nor Suzaily Mokhtar, 24, telah dirogol dan
dibunuh secara kejam di dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya telah dicampakkan di
sebuah jalan di kawasan pembinaan perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang. Polis telah
menahan pemandu bas ekspres terbabit, Hanafi Mat Hassan, 36, dan kini dia sedang
dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merogol dan membunuh Nor Suzaily.
Kesan daripada punca di atas: Terjadilah kes-kes rogol dan liwat. Trauma terhadap
kaum wanita untuk bergerak seharian. Impak serta imej yang negatif terhadap
perkhidmatan awam serta pemandu kenderaan awam tersebut.
14 Februari 2001 : Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dipercayai telah dirogol
dan dibunuh sebelum dicampakkan ke dalam longkang di Kampung Tersusun Jalan Bidor
Lama, Tapah, Perak. Mayat Farah Deeba Rustam, pelajar Sekolah Menengah Buyong
Adil yang hanya berpakaian baju dalam ditemui dalam longkang oleh sekumpulan kanak-
kanak pada petang 14 Februari yang lalu. Mangsa ditemui dengan kesan lebam serta
tikaman benda tajam pada perut. Seorang pelajar berusia 17 tahun yang tidak boleh
disiarkan namanya kerana masih di bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh
5 Mac lalu atas tuduhan membunuh dan merogol mangsa. Mengikut seksyen 302 Kanun
Keseksaan, seseorang pesalah dewasa boleh dihukum mati jika sabit kesalahan, namun
hukuman terbabit tidak boleh dikenakan ke atas pesalah juvana.
Punca-punca: Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Allah telah menciptakan 4
cairan dalam otak manusia, cairan ini akan bertindak balas jika ada rangsangan seks dan
ini lazimnya terjadi pada orang dewasa yang hendak berhubungan seks. Namun apabila
ini terjadi pada remaja yang belum sampai waktunya sudah mendapat rangsangan seperti
ini, maka akan terjadi kerosakan kerana ketagihan seks. Remaja amat tinggi peratusnya
dalam terpengaruh dengan pornografi khususnya remaja lelaki berusia antara 12 hingga
17 tahun, ini kerana pornografi menggambarkan aktiviti seksual di luar pernikahan.
Remaja yang dilanda kekecewaan tidak berjaya mengawal emosi, ingin membalas
dendam dan mengalami gangguan jiwa. Ini adalah punca utama untuk para remaja
menghilangkan tekanan dengan menonton bahan berbentuk pornografi. Tekanan hidup
yang serius juga yang dihadapi oleh remaja ini menyebabkan tekanan itu diekspresikan
melalui perlakuan mengejut dan luar biasa. Remaja juga suka meniru apa yang ditonton.
Pesalah juvana di atas memilih mangsa yang dikenalinya atas sebab mudah untuk
melakukan perbuatan terkutuk itu. Pada mulanya mungkin mangsa mengikut pesalah
dengan rela (balik sekolah bersama-sama), tetapi setelah dipaksa beberapa kali oleh
pesalah untuk melakukan hubungan seks, mangsa tidak mahu dan ingin melepaskan diri
dari pergelutan tersebut. Apabila mangsa meronta untuk melepaskan diri, pesalah tersebut
mengambil tindakan nekad dengan menikam mangsa dengan benda tajam supaya mangsa
tidak dapat melepaskan diri. Situasi kedua pula mungkin juga pesalah membunuh mangsa
setelah dirogol supaya perbuatannya tidak diketahui oleh sesiapa.
Kesan daripada punca di atas: Terjadilah kes-kes rogol dan bunuh. Trauma terhadap
pelajar sekolah yang selalunya pulang seorang diri atau tempat tinggal yang jauh serta
laluan pulang ke rumah yang sunyi. Impak negatif terhadap pelajar yang mempunyai
rekod kesalahan disiplin yang banyak.
2 Oktober 2007 : Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, seorang pegawai kebajikan sebuah
asrama Perkim telah ditambah hukuman ke atasnya kepada 24 tahun dan 7 sebatan
selepas mahkamah menerima rayuan pihak pendakwaraya. Hukuman asalnya ialah 12
tahun penjara dan 4 sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkaah Sesyen Petaling Jaya. Dia
telah dituduh meliwat beberapa orang pelajar lelaki berusia 12 tahun yang tinggal di
asrama Perkim di Damansara Utama.
Kesan daripada punca di atas: Terjadilah kes-kes liwat yang melibatkan kaum sejenis.
Trauma terhadap pelajar yang tinggal di asrama-asrama kebajikan yang lain. Memberi
impak negatif serta imej yang buruk kepada badan-badan kebajikan.
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah jenayah yang melanda masa kini
adalah disebabkan oleh arus globalisasi dan kebebasan bermedia yang wujud di dalam
persekitaran harian sekarang. Terdapat banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum
boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu pornografi ini. Bak kata pepatah
“mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi masyarakat
dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.
Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Seperti kata bekas
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil, meskipun usaha menangani jenayah yang membabitkan wanita dilakukan secara
menyeluruh dan bersepadu, fungsi paling penting adalah institusi keluarga itu sendiri.
Nilai murni dan baik yang diserapkan dalam institusi keluarga, katanya, adalah asas
paling penting bagi mengatasi masalah itu. Justeru, dalam mengejar kemajuan dan
pengiktirafan terhadap kedudukan wanita masa kini, usah pula mengenepikan asuhan
murni dalam institusi kekeluargaan yang sememangnya mampu menjadi penawar kepada
pelbagai masalah sosial masa kini.
Mata pelajaran seks juga perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan dan guru
perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk ini daripada membiarkan mereka mengajar
tanpa latihan sebenar. Akhir sekali, semua pihak perlu bergabung fikiran, tenaga,
kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang
dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-
kurangnya berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak
bangsa, rakyat dan negara yang tercinta.