Pada tahun 1974, ketika itu beliau berusia 19 tahun telah menyimpan RM 80,000 dalamakaun bank hasil daripada gaji yang diperolehinya sebagai pembantu bapa beliau yang bekerjasebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan PermitImport (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil keuntungan bernilaisejuta ringgit dalam masa setahun.Tan Sri SM Nasaruddin SM Amin merupakan salah seorang ahli perniagaan dan usahawanMelayu berjaya di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yangditubuhkan pada tahun 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat - alatmesin, pembuatan, agensi insuran dan sebagainya.Pada tahun tersebut, Tan Sri SM Nasaruddin telah menonjolkan perniagaanya apabila beliaumemutuskan untuk mengimport kereta - kereta Jepun dimana pada ketika itu kereta buatan Jepunadalah popular dikalangan rakyat Malaysia.Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan - pelanggan untuk membeli kereta - kereta terpakai apabilaramai diantara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta - kereta asing. Akan tetapikeghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menujukejayaan.“Untuk memperoleh kerjayaan, anda mesti mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan dananda mesti tahu apa yang anda lakukan. Anda perlu merancang dahulu dan mempunyai arahtuju,” katanya. “Dalam perniagaan anda mesti memulakannya dari kecil, melakukan kajian dan berjalan selangkah demi langkah.”Meskipun menjadi seorang ahli perniagaan yang amat berjaya, Nasaruddin berkata beliau tidak banyak berubah. “Satu - satunya perbezaan adalah yang saya memulakan dengan limakakitangan dan kini saya mempunyai kira - kira 4,000 orang,”.3