You are on page 1of 3

Siapa Di Bilik Seminar?

Episod 3

-Persiapan-

SEJI KAWAMURA: ei, Ichiro! X payahlah pergi tempat lain. Bukannya aku nak ganggu
korang dating.

RYO TAKUMI: dating? Apa maksud kau ni, hah?

SATORU ICHIRO: Ryo, biarkan je dia tu! Jom kita pergi tempat lain!

Sebelum Ichiro keluar daripada Music Café, Satomi sempat memandang Ichiro dan Ichiro hanya
menjeling Satomi.

YUKA KAEDE: ei, Satoru. Tunggulah aku! Ingat, Musume! Korang x akan menang kalau
berlawan dengan Genius BoyZ.

Da Starz turut keluar daripada Music Café.

TAKERU SHINJI: betul-betul mengacau orang. Hah, Seiji. Sambung baliklah hal tadi tu.

SEIJI KAWAMURA: ok!

KAORU SATOMI: Kawamura, cepatlah. Kitorang x boleh lambat baliklah, sebab ada hal.

SEIJI KAWAMURA: macam ni. Sebenarnya kitorang nak belanja korang makan tapi dah x
sempat sebab ada pengacau. Jadi, kitorang nak wish ajelah.

MEGUMI TAKANI: jadi, tujuan korang panggil kitorang sebab nak wish aje ke?

SEIJI KAWAMURA: hm!!

Jawapan Kawamura menimbulkan kemarahan Ken, Takani dan Sawada.

NATSUMI SAWADA: kalau macam ni..

MIYAKO KEN: lebih baik x payah jumpa masa ni. Dahlah masa sekarang penting, tapi diisi
dengan benda yang x penting. Menyampah betul! Lain kali malas aku nak datang. Ini pun
Kaoru yang ajak kitorang. Dia ketua aku, aku kena ikut dia.

NATSUMI SAWADA: sudahlah. Jom kita balik! Kaoru, jom balik!


KAORU SATOMI: ya, jomlah! Korang lain kali jangan buat macam ni. Aku nak minta maaf
sebab geng aku berkasar tadi. Terima kasihlah wish. Kitorang pergi dulu.

SEIJI KAWAMURA: (Satomi, kau tetap tenang. Sebab tu aku suka kau. Lagipun kau tahu
aku akan wish korang tapi tetap ajak geng kau juga. Terima kasih…)

Sementara itu, Genius BoyZ berminat untuk mengetahui rancangan Musume dan Ichiban.

RYO TAKUMI: ei, Satoru. Kau rasa apa yang Musume dengan Ichiban nak buat, hah?

SATORU ICHIRO: entahlah. Biar ajelah..

Ichiro menjawab soalan Takumi sambil teringat akan Satomi. Dia juga sebenarnya ingin mengetahui
rancangan mereka.

Pada hari perlawanan…

MOMOSHIRO TAKESHI: ei, Satoru. Kau dah sedia ke belom?

YAMATO ISHIDA: Satoru, kita akan bekarjasama untuk menang.

RYO TAKUMI: Satoru, kita mesti menang!

SATORU ICHIRO: (ah…bersemangat betul diorang ni…)

Sementara itu…

NATSUMI SAWADA: Kaoru, kita buat betul-betul ye!

MEGUMI TAKANI: ingat, kita bersatu padu!

KEN MIYAKO: jangan putus asa.

KAORU SATOMI: (betul-betul bersemangat..)

Waktu sekolah masih lagi belum tamat. Kelihatan kelibat Takumi sedang berjalan di ruang koridor
sambil menyanyi. Kebetulan Takani berjalan bertentangan arah di hadapannya.

MEGUMI TAKANI: (alamak…apasal si Takumi boleh ada kat sini?)

RYO TAKUMI: (hm.. apasal dia lalu depan aku?)

MEGUMI TAKANI: (alah…selamba ajelah. Bukannya apa….)


Mereka berdua saling menghampiri satu sama lain. Ketika Takani berjalan di sebelah Takumi,
Takumi berkata sesuatu kepada Takani.

RYO TAKUMI: berkumpul kat taman sains pukul 3 petang ni.

MEGUMI TAKANI: ok..

Perbualan secara x sengaja itu sampai di situ sahaja. Sebelum kelibat Takani hilang, Takumi sempat
menoleh ke belakang tanpa menunujukkan sebarang reaksi. Takani yang dalam perjalanan bertemu
kawan-kawannya akhirnya sampai di tempat yang dituju dan berjumpa dengan mereka.

KAORU SATOMI: mana pula Megumi ni?

MEGUMI TAKANI: hei! Korang, nanti berkumpul kat taman sains pukul 3.

KAORU SATOMI: diorang bagi arahan ke?

MEGUMI TAKANI: ye!

Pada pukul 3 petang di taman sains

SATORU ICHIRO: semua ada ke?

ISHIDA, TAKUMI DAN TAKESHI: ada!

KAORU SATOMI: dah sedia ke?

KEN, TAKANI DAN SAWADA: dah!

RYO TAKUMI: kalau semua dah sedia, baiklah kes pertama yang perlu diselesaikan
ialah….kes siapa di bilik seminar.

Pada waktu itu, semua menunujukkan reaksi tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi cemas.

Bersambung…

-tamat episod 3-

You might also like