buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeriTerengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang
D. Jahut
Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerahTemerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, PayaMengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantutmereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotandan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang denganmenanam padi huma, jagung dan ubi.
Meneroka rahsia Taman Negara Pahang
SECARA peribadinya, ini bukanlah kali pertama penulis berkunjung ke Taman Negara Pahang.Kira-kira dua tahun lalu, penulis pernah bertemankan kehijauan hutan hujan tropika seluas 4,343kilometer persegi yang merentangi Pahang, Kelantan dan Terengganu ini. Namun peluang untuk berkunjung sekali lagi ke destinasi menarik ini dengan kerjasamaLembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia cawangan Pahang sememangnya sukar dilepaskan.Bersama tiga lagi rakan, kami meninggalkan ibu kota tepat pukul 9.30 pagi.Sepanjang perjalanan, perbualan kami berkisar tentang aktiviti-aktiviti yang menunggu. Kamitiba di Jerantut kira-kira pukul 12 tengah hari. Di situ, sedia menanti ialah wakil syarikat agensi pelancongan NKS Hotel & Travel Sdn. Bhd. (NKS), Mohd. Redzuan Lim.Selain ke Taman Negara Pahang, NKS turut menyediakan pakej pelancongan ke PulauPerhentian, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan dan Cameron Highlands.Sementara menanti bas yang disediakan untuk ke jeti Kuala Tembeling, Jerantut, kami sempat bertanyakan tentang perkembangan terkini sambutan pelancong di taman itu.Memanglah sejak kenaikan harga minyak seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini, beritanyakurang menggembirakan, tetapi menurut Mohd. Redzuan, kekurangan jumlah pelancongtempatan mungkin boleh ditampung dengan kehadiran lebih ramai pelancong luar negara.Meneruskan perjalanan, kami kemudian menaiki sampan panjang. Perjalanan mengambil masakira-kira tiga jam, sebelum memasuki kawasan Taman Negara Pahang.Jam pertama menyusuri Sungai Tembeling, memberi satu pengalaman yang benar-benar mengujakan kami. Bayangkan, duduk bersila di lantai sampan separas air sungai, sambilmenikmati pemandangan kiri dan kanan yang menghijau, sungguh damai dan mengasyikkan.Sesekali kami melintas beberapa buah perkampungan Orang Asli, menyaksikan anak-anak kecil begitu bebas dan riang bermain air, fikiran melayang kepada anak-anak kota yang setiap hari begitu sibuk bermain permainan video dan Internet.Seperkara yang unik tentang anak-anak kecil Orang Asli ini ialah, mereka cukup mesra dengan para pelancong. Sesiapa sahaja yang melintasi kawasan ‘permainan’ mereka akan disapa denganlambaian tangan disulami senyuman manis.