You are on page 1of 2

PPEREMPUANEREMPUAN

Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A. W katanya, "Siapa yang beriman kepada Allah dan
hari kemudian, ia tidak menyakiti jirannya. Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya
mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk
itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya
(mematahkannya), jika engkau biarkan, is akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada
perempuan."- Riwayat Bukhari. Beriman kepada Allah dan hari kemudian adalah menjadi ukuran dan
asas yang pertama bagi seseorang melaksanakan segala kehendak Islam bagi diri sendiri dan bagi
masyarakatnya. Sejauh mana kukuh imannya maka sejauh itu pulalah kesanggupannya menjalankan
perintah dan menghentikan segala larangan. Seseorang belum dianggap sebagai benar-benar beriman
selama perbualan dan kelakuannya tidak mencerminkan perbuatan dan kelakuan seorang yang beriman.
Dalam hadis ini dinyatakan bahawa di antara tanda-tanda orang yang sempurna iman ialah tidak
menyakiti jiran.

Menyakiti orang boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara; mengata-ngata, mengintai-ngintai,


menghalang plan ke rumahnya, membuang kotoran ke kawasan rumahnya, membuat bising, bermain di
kawasan rumahnya tanpa mendapat keizinan dan lain-lain. Tegasnya, melakukan sesuatu yang boleh
mendatangkan kerosakan kepada harta benda dan perasaan, nama baik atau lain-lain yang termasuk
dalam erti kata menyakiti orang. Ada tiga jenis orang mengikut maksud sebuah hadis Rasulullah. Yang
pertama, orang yang mempunyai satu hak, iaitu jiran yang bukan Islam. Kedua, jiran yang mempunyai
dua hak iaitu jiran sesama Islam. Ketiga, orang yang mempunyai tiga hak, iaitu orang yang punya ikatan
kekeluargaan. Jiran yang terakhir ini mempunyai hak-hak orang, hak Islam dan hak kerabat (keluarga).

Apakah hak-hak orang yang mesti dijaga dan dihormati? Mengikut sabda junjungan yang diriwayatkan
oleh At Tabrani dari Muaz bin Jabal, "Jika ia minta berhutang berilah ia, jika ia meminta pinjam,
pinjamkanlah ia, jika ia berhajat sesuatu sampaikanlah hajatnya, jika ia kesempitan ringankanlah, jika ia
mendapat kebajikan dan bernasib baik, ucapkanlah tahniah, jika ia mendapat bencana dan kemalangan
berilah simpati dan takziah dan jika ia meninggal, iringilah jenazahnya. Jangan kamu membina rumah
lebih tinggi daripada rumahnya sehingga menghalang udara masuk kecuali dengan izinnya, dan
janganlah bau makanan kamu tercium ke hidungnya, kecuali jika kamu berikan kepadanya sedikit. Jika
kamu membeli buah-buahan, hadiahkanlah sedikit kepadanya, atau jika kamu tidak mahu memberinya,
bawalah masuk ke rumah kamu senyap-senyap dan jangan dibiarkan anak-anak kamu keluar
mempamerkan buah-buah itu sehingga menimbulkan rasa marah dan sakit hati anak jiran kamu."

Maksud wanita dijadikan daripada tulang rusuk ialah untuk menunjukkan kepada tabiat perempuan yang
mudah menerima kejahatan dan mudah bengkok seperti tulang rusuk. Boleh juga dimaksudkan bahawa
permpuan yang mula-mula iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam, sedang perempuan-
perempuan yang lain adalah dijadikan melalui proses hidup yang sama seperti kejadian kaum lelaki.
Dengan itu hadis ini mengarahkan supaya hendaklah diberi pimpinan, nasihat dan ajaran-ajaran yang
baik kepada semua perempuan clan isteri-isteri. Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah menyatakan,
"Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah, dan jika engkau
berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa
bengkok."

Dimaksudkan dengan tulang rusuk sebelah atas yang paling bengkok seolah-olah untuk menyatakan
bahawa wanita itu dijadikan daripada bahagian yang paling bengkok yang menunjukkan mereka amat
mudah sekali terpedaya dan tercebur kedalam kejahatan, mudah menjadi liardan tidak mahu mematuhi
suami. Apabila keadaan ini timbul, para suami mestilah berhati-hati menghadapi suasana, jangan sampai
tidak terkawal clan diselubungi perasaan yang tidak wajar, terutama sikap kuku besi yang mengakibatkan
keadaan menjadi lebih buruk, yang akhimya akan meruntuhkan rumahtangga dan melibatkan anak-anak
yang tidak berodsa.

Islam memberi lelaki hak memimpin rumahtangga kerana kesanggupan dan kebijaksanaan akal yang
dikurnia Allah kepada lelaki. Mereka mestilah bertanggungjawab menunaikan tugas dengan wajar dan
sempurna. Lelaki wajib menanamkan perasan gemar kepada kebajikan di kalangan anggota
keluarganya. Jangan dibiarkan isteri hidup dan bergaul tanpa dipandu dengan petunjuk-petunjuk agama,
lebih-lebih lagi menjadikan keadaan terbalik di mana teraju rumahtangga diserahkan kepada isteri. Dalam
memberi pimpinan kepada isteri, cara yang lembut hendaklah digunakan. Tidak kasar, tetapi sederhana,
tidak terlalu lembut sehingga tidak berkuasa, dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan pecah clan
rosak. Dengan keadaan lemah-lembut dan sederhana itulah akan melahirkan rasa kasih sayang dan
cinta menyintai dalam usaha membina sebuah rumahtangga bahagia.

You might also like