Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
133Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Model Pembelajaran

Model Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 4,152 |Likes:
Published by amijr
education
education

More info:

Published by: amijr on Jan 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/30/2013

pdf

text

original

 
BAB 3
 
PEMBINAAN MODEL PEMBELAJARAN BAGIPENGEMBANGAN NILAI DALAMPENDIDIKAN MATEMATIK 
 Nik Azis Nik Pa
PENGENALAN
Modul pembelajaran adalah satu unit pembelajaran tersendiri yang mengandungikomponen berhierarki yang dilengkapi dengan bahan berkaitan untuk mencapai tujuantertentu. Ia membabitkan satu himpunan pelajaran dan halaman maklumat yang tersusundalam struktur yang jelas. Biasanya, sesuatu modul pembelajaran mengandungi tidak lebih dari tiga jam kandungan pembelajaran. Istilah pelajaran merujuk unit pembelajaranyang lebih kecil dalam sesuatu modul. Pada asasnya, setiap pelajaran sepatutnyamengandungi bahan pembelajaran yang tidak melebihi 30 halaman dan dapat dipelajaridalam masa 30 minit. Istilah halaman pula merujuk unit pembelajaran yang paling kecildan ia mengandungi satu skrin atau rangka maklumat. Sesuatu halaman bolehmengandungi teks, jadual, rajah, carta, graf, simbol, nombor, ilustrasi, atau gabungan beberapa unsur ini.Dari sudut kandungan, sesuatu halaman maklumat boleh mengandungisebahagian atau keseluruhan objek pembelajaran yang tertentu. Istilah obje pembelajaran merujuk sebarang entiti, sama ada berbentuk digital atau tidak, yang dapatdigunakan, digunakan semula, atau dirujuk bagi membantu pembelajaran (Gibbons, Nelson, & Richards, 2000). Saiz bagi sesuatu objek pembelajaran boleh berbeza dari satukes kepada kes yang lain, tetapi pada umumnya, ia bertumpu kepada satu objektif  pembelajaran yang khusus dan mengambil masa dari 2 minit hingga 15 minit untuk mempelajarinya. Objek pembelajaran boleh mengandungi satu atau lebih komponen,termasuk teks, video, imej, nombor, simbol, dan rajah; dan boleh dianggap sebagai blok  binaan yang dapat digabungkan dalam pelbagai cara untuk membentuk satu himpunan
 
yang disebut sebagai pelajaran atau modul. Dari sudut reka letak atau susun atur pula,sesuatu halaman tidak sepatutnya mengandungi maklumat yang terlalu banyak ataudisusun dalam cara yang bertindih-tindih dan mengelirukan pengguna (Leshin, Pollack,& Reigeluth, 1992).Dengan kata lain, organisasi kandungan yang baik dan pelabelan yang jelas dapatmembantu pengguna untuk memproses dan memahami maklumat yang terkandung dalammodul pembelajaran dengan lebih berkesan. Menurut West, Farmer, dan Wolff (1991),manusia mempunyai kemampuan yang amat terbatas untuk membentuk persepsi, pembezaan, pemahaman, mengingati, dan mempertimbangkan himpunan maklumat yangterdedah kepada mereka pada sesuatu masa. Seterusnya, keadaan dalam mana individumempunyai atau tidak mempunyai orientasi yang jelas tentang sesuatu modul pembelajaran akan menentukan sama ada mereka akan memberi atau tidak memberirespons kepada maklumat yang disediakan dalam cara yang disarankan. Dalam konteksini, modul pembelajaran perlu mengandungi pengenalan yang mengorientasikan pengguna modul kepada perkara yang mereka dapat dipelajari dari modul pembelajarandan juga perkara yang diharapkan dari mereka. Pengenalan tersebut sepatutnyamendedahkan pengguna kepada pendekatan, gambaran, proses, dan kandungankeseluruhan modul pembelajaran yang disediakan.Ringkasnya, modul pembelajaran merupakan satu pakej pembelajaran kendiriyang mengandungi satu himpunan pelajaran dan halaman tertentu bagi mencapai objektif  pembelajaran tentang perkara yang khusus. Ia direka bentuk sedemikian rupa supaya pengguna modul dapat mengenal pasti objektif pembelajaran yang hendak dicapai,memilih bahan pembelajaran yang sesuai, mengikuti satu urutan pembelajaran dengankelajuan sendiri, dan menilai pencapaian sendiri. Modul pembelajaran mengandungi bahan pembelajaran yang disusun dengan rapi berdasarkan ciri pembelajaran terancangyang dianggap bermanfaat, dengan usaha dibuat untuk mengetepikan beberapakelemahan yang terkandung dalam aktiviti pemprograman.Dalam literatur, terdapat beberapa ungkapan yang bersinonim dengan modul pembelajaran seperti pakej pembelajaran, modul pengajaran, modul latihan, kit pembelajaran (
learning kit 
), kit pendidikan (
edukit 
), dan paket pembelajaran (
learning  packet 
). Biar apa pun ungkapan yang digunakan, modul pembelajaran mempunyai2
 
 beberapa ciri asas seperti ia mengenal pasti pengguna bagi modul yang disediakan,mempunyai objektif pembelajaran yang dapat diukur, menyediakan bahan pembelajaranyang tersusun rapi, menunjukkan kefleksibelan terhadap keperluan dan minat pengguna,memberi peluang kepada pengguna untuk mencapai kejayaan, dibentuk denganmengambil kira pengalaman lalu pengguna, menggunakan mod pembelajaran yang dapatdiadaptasikan kepada situasi pembelajaran secara individu atau berkumpulan, dapatdigunakan dalam sebarang seting yang sesuai bagi pengguna, dan dapat digunakanmengikut kelajuan sendiri, selaras dengan keperluan dan kebolehan pengguna (Butcher,Davies, & Highton, 2006; Kamp, Morrison, & Ross, 1998).
TUJUAN MODUL PEMBELAJARAN
Satu cara untuk memikirkan tentang pembinaan modul pembelajaran adalah denganmenyoal dan menjawab beberapa soalan asas. Soalan pertama mungkin berbentuk sepertiyang berikut: Apakah tujuan pembinaan sesuatu modul pembelajaran, dan mengapakahmodul tersebut perlu dibina sekarang? Sebagai titik permulaan, tujuan dan kepentingansesuatu modul pembelajaran perlu dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas. Berikutadalah soalan tambahan yang boleh dikemukakan: Apakah yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh guru berhubung dengan pengembangan nilai dalam pendidikan matematik yang membuat modul pembelajaran penting untuk disediakan? Apakah masalah yangdihadapi oleh guru dalam menjalankan tugas pengembangan nilai dalam mata pelajaranmatematik? Bagaimanakah kamu tahu masalah itu wujud? Bolehkah kamu membericontoh yang jelas dan konkrit tentang masalah tersebut?Tujuan dan objektif yang dinyatakan dengan jelas membentuk landasan bagi pemilihan kandungan, aktiviti pembelajaran, dan ukuran penilaian yang sesuai bagisesuatu modul pembelajaran. Secara paling mudah, tujuan modul pembelajaranmembabitkan pernyataan global tentang hasil yang dijangkakan bagi modul tersebut.Misalnya, modul pembelajaran yang disediakan adalah bertujuan untuk membantu gurumatematik membina pengetahuan konseptual, prosedur, dan kontekstual serta menguasaikemahiran yang diperlukan bagi mengembangkan nilai dalam pengajaran mereka. Secarakasar, pengetahuan konseptual membabitkan pengetahuan tentang hubungan antara idea-3

Activity (133)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Chessy Yuniarti liked this
Noelkeyz liked this
siti elfera liked this
aieelah liked this
sitiebad liked this
shahrulaamin3745 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->