You are on page 1of 6

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA KINI MAKIN MERUNCING

Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan
mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes
bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong
sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram,
ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras,
pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih
jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini.
Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri
dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal
dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan
sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan
yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :


a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada


persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang
berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan
ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga
kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya.
Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam
tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak
tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada


bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk
keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya
sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan
kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya
ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya
sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak
akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang
tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya
sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk
mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak
tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih
meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang
lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar
mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-
kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya
melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh
menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang
tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap
perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu
membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi,
diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri
pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada
suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr.
Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku',
beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini
membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak
memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau
membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal
sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan
pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga
rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi
dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-
jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika
orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika
orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses
pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu


berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang
lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi,
guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran
tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai
tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru
perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang
bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role
model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-
kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh
perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi
keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada
kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat
komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta
peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan
semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya
semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah,
disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal


kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah
terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai
kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam
dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam
bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas
bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada
umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu
dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap
perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan
jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya
ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan
berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak
remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih
berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual.
Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa
dan sebaliknya mereka mahu membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-
kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa
masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah,
remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami.
Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan
suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi
rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa
berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah
akan diingati sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan
sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan
gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses
pembelajaran.

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan
liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman
arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak
sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala
remaja gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada
ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan
bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang
keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang
berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-
hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai
aksi dan perangai negatif mereka.

Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah
sosioekonomi yang lebih serius.

You might also like