kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok SoonSeng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) danMahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang adanama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebeldan sebagainya.Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaranyang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pulamempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlahtujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan
wasilah
, iaitu satu jalan untuk mencapaiobektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahajacara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long(1981) dan lain-lain.
2.0 Latar Belakang Masalah
Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guruhanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982)Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dibdalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapaikecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadapmendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitukebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-guru tidak dapat menarik minat pelajar
3