-Bagi pulau2 yang terpencil di tengah lautan dan jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktivitigunung berapi yang aktif. Kebanyakkan saiz pulau2 ini adalah kecil seperti di kepulauan Hawaii.
2a] Nyatakan 3 jenis lapisan bumi
-Kerak bumi , lapisan mantel, lapisan tera bumi
2b]Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di atas , huraikan sifat2 fizikal dan kimianya.
-Lapisan kerak bumi terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Ia terbentuk daripada bahankurang tumpat terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicics. Ketebalannya berubahmengikut tempat iaitu kerak bumi di lautan lebih nipis, berusia muda, dan lebih tumpat berbandingkerak bumi di daratan. Kerak bumi terdiri daripada lapisan atas [sial] dan lapisan bawah [sima]-Lapisan mantel merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi .Lapisan ini lebih tumpat berbandingkerak bumi dan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic. Ketebalannya2830km dan ketumpatan pula 3.0-3.37g/cm.-Lapisan teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan dari mantel olehketakselanjaran Gutenberg. Ia dikenali juga sebagai barisfera. Ketumpatan lapisan ini paling tinggi berbanding kerak bumi dan mantel dan ketebalannya ialah 3470km. Lapisan ini kaya dengan mineralseperti nikel dan besi. Lapisan ini terbahagi kepada lapisan teras luar dan lapisan teras dalam.
3]Terangkan 3 ciri utama lapisan mantel.
-Merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi. Ia meliputi 82% daripada isi padu bumi dan berasaskan jisim pula mantel meliputi 68% daripada bumi. Lapisan ini lebih tumpat berbanding kerak bumi.-Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari lapisanteras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel 2830km dan ketumpatan adalah3.0-3.37g/cm-Di bahagian lapisan mantel bumi terdapat zon batuan separa cair yang dikenali sebagai astenosfera.Di sini berlaku arus2 perolakan panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk menimbulkan proses tektonik berlaku.
4a] Bezakan proses endogenik dengan proses eksogenik.
-Perbezaan dari segi punca tenaga-T enaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi manakalatenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari.