Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
18Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
A Hassan - Ilmu Hadits

A Hassan - Ilmu Hadits

Ratings: (0)|Views: 2,859|Likes:
Published by Subhan Nurdin
Metodologi A Hassan dlm Hadits
Metodologi A Hassan dlm Hadits

More info:

Published by: Subhan Nurdin on Jan 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/08/2011

pdf

text

original

 
TOKOH
HASSAN BANDUNG
GIGIH TEGAKKAN SYIAR ISLAM
Bagi masyarakat Islam di Malaysia, Hassan Bandung atau nama sebenarnya AhmadHassan merupakan seorang tokoh agama yang dikenali ramai.Beliau yang juga dianggap sebagai tokoh ulama nusantara, lebih dikenali di Indonesiakerana peranannya dalam Persatuan Islam ( Persis ) yang memangterkenal disana.Ahmad Hassan dilahirkan di Singapura pada tahun 1887 dengan nama kecilnyaHassan Bin Ahmad. Ayahnya berasal dari India bergelar Pandit. Sementara ibunyaMuznah berasal dari Palekat Madras, India dan mempunyai asal-usul dari Mesir,tetapi lahir di Surabaya.Kedua ibubapa Hassan bernikah di Surabaya ketika mereka merantau ke kotaini,walaupun akhirnya mereka menetap di Singapura.Disamping berniaga , ayahnya ( Ahmad ) adalah seorang pengarang dalam bahasaTamil dan pemimpin surat khabar “Nurul Islam” yang terbit diSingapura. Dalammemimpin akhbar tersebut, ianya dibantu oleh Abdul Wahid.Di majalah yang dipimpinnya, Ahmad sering berdebat mengenai berbagai haldanmasalah agama dan soal jawab agama.Dalam suasana dan kerjaya bapanya sebagai ahli perniagaan dan pemimpin akhbar ( majalah ) itulah Hassan dilahir dan dibesarkan di Singapura.Sebagai anak laki-laki, ayahnya juga mahu Hassan apabila besar nanti menjadiseorang penulis seperti nya juga. Untuk maksud itu, dia berusaha memberipendidikansecukupnya kepada Hassan.Suatu keistimewaan yang yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepada Hassan, dalam usia7 tahun, dia sudah mulai mempelajari al-Quran dan pengetahuan asas dalam bidangagama.Berkat ketekunan dan kecerdasannya, kedua pelajaran ini dapat diselesaikannyadalam tempoh dua tahun.Selepas itu Hassan masuk sekolah melayu selama 4 tahun dan mempelajari bahasaArab, bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa inggeris.Hassan tidak sempat menamatkan sekolah dasarnya di Singapura, tetapi diasudahmulai bekerja pasa usianya 12 tahun. Dia bekerja di sebuah kedai kepunyaan iparnyaSulaiman.Pada masa itulah dia belajar dengan Haji Ahmad di Bukit Tinggi.Ketokohangurunya
 
yang disegani dan berakhlak tinggi itu mempengaruhi jiwa Hassan walaupundia bukanlah ulama besar.Pelajaran yang diterima Hassan adalah sama seperti anak-anak muda lain iaitu belajar sembahyang, berwuduk, berpuasa dan lain-lain.Hassan mempelajari ilmu nahwu dan saraf pada Muhammad Thaib, seorang guruterkenal di Minto Road atau juga terkenal Kampung Rokoh.Demi semangat dan cintanya kepada ilmu, Hassan menerima persyaratan darigurunyayakni datang belajar pagi sebelum subuh dan tidak boleh naik kenderaanketika datangmengaji.Setelah beberapa lama belajar Nahwu-saraf, lalu Hassan memperdalami bahasa Arabkepada Said Abdullah al-Munawi al-Manusili selama beberapa tahun.Disamping itu, Hassan juga memperdalami agama dengan Abdu Lathif ( guru yangterkenal di Melaka dan Singapura ), Haji Hassan ( Syeikh dari Malabar) dan SyeikhIbrahim India.Semua proses belajar seperti ini ditekuni oleh Hassan dengan penuh dedikasi hinggatahun 1910 ketika Hassan berusia 23 tahun.Meskipun ketekunannya dalam menuntut ilmu begitu tinggi, diluar waktu belajar,Hassan juga mempunyai keterampilannya tersendiri mengasah bakat dalam bidang bertenun dan pertukangan kayu. Dia juga sempat membantu ayahnya dipercetakan,menjadi pelayan di kedai perniagaan permata, minyak wangi, dan sebagainya malah pernah bekerja di Jeddah Pilgrim’s Office, sebuah pejabat urusan jemaah haji.Setelah menyelesaikan proses belajar hingga tahun 1910, Hassan mula mengabdikandiri sebagai guru. Sementara di Madrasah untuk orang-orang India di beberapatempat, antaranya di Arab Street, Baghdad Street dan Geylang di Singapura.Beliau kemudianya menjadikan guru tetap menggantikan Kiai Fadullah Suhaimi diMadrasah Assagaf yang mempunyai peringkat pengajian sampai IbtidaiyahdanTsanawiyah.Keinginan ayahnya untuk melihat Hassan menjadi penulis mula menampakkanhasilnya apabila Hassan mulai menunjukkan kecenderungannya ke bidang tersebutdalam usia masih muda.Pada tahun 1912-1913, dia membantu Utusan Melayu yang diterbitkan di Singapura pimpinan Inche Hamid dan Sa’dullah Khan.Hassan banyak menulis tentang agama yang berupa nasihat,anjuran berbuat baik danmencegah kejahatan.Beliau juga mengetengahkan berbagai persoalan yang berkembang dalam bentuk ‘syair’.Tulisannya banyak mengandungi kritikan masyarakat demi untuk kemajuanIslam.Dan tema tulisan sedemikian itulah yang banyak mewarnai hasil karyanya
 
dimasa-masa berikutnya.Penulisan Hassan yang pertama berupa kecaman terhadap Qadli (Hakim ) yangmemeriksa perkara dengan mengumpulkan tempat duduk lelaki dan wanita.Beliau juga dalam salah satu ucapannya, pernah mengecam kemunduran umatIslam,sehingga dia akhirnya dilarang untuk berceramah agama kerana dianggap oleh pihak berkuasa ada unsur-unsur politik.Dalam kerjayanya sebagai pengarang dan penulis, Hassan juga pernah membuat ceritahumor yang berjudul’Tertawa’ dan diterbitkan dalam empat jilid.Pada tahun 1921, Hassan berangkat ke Surabaya untuk menguruskan kedai kain milik gurunya yang juga bapa saudaranya itu iaitu Haji Abdul Lathif. Daerah Surabayamerupakan daerah mempunyai penduduk yang ramai, maju dalam perkembanganekonomi dan taraf pemikiran masyarakatnya.Sebelum ke Surabaya, bapa saudaranya itu telah mengingatkan Hassan agar berhati-hati dalam pergaulan, sebab di Surabaya banyak muncul berbagai aliran kefahamanagama.Pada ketika itu, pergerakan yang menyerukan fahaman kembali kepada Al-Quran danHadis mempunyai pengikut yang ramai di berbagai daerah termasuk Surabaya.Ketika itu juga pertentangan ‘kaum muda’ dan ‘kaum tua’ menjadi topik perbicaraanyang memang panas. Hassan pun menyaksikan gejolak pemikiran yang terjadi.Kalangan ‘kaum tua’ lebih kecenderungan kepada amalan tradisi bangsa jawa yangdiisi dengan bentuk ajaran Islam. Namun bagi kalangan ‘kaum’ lebih cenderung menghapuskan samasekalikepercayaan yang bercampur aduk itu digantikan dengan ajaran Islamyangsebenarnya, kembali kepada Al-Quran dan Hadis.Kalangan ‘kaum tua’ diwakili oleh A. Wahab Hasbullah ( pengasas Nahdatul Watandan kemudiannya Nahdatul Ulama ).Sementara ‘kaum muda’ diwakili oleh KH. Mas Manshur, Ahmad Surkati dan FakihHasyim.Di Surabaya inilah Hassan tinggal bersama bapa saudaranya Abdullah Hakim,seorang ahli perniagaan dan Syeikh Jemaah Haji.Pada mulanya Hassan berniat semata-mata menguruskan perniagaan dan mahumenghindari permasalahan agama kerana merasakan pengetahuannya yang serbasedikit.Dari bapa saudaranya, Hassan diperkenalkan dengan A. Wahab Hasbullahdanselanjutnya menjalinkan persahabatan dengan kaum tua ini.

Activity (18)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Rudi Setiawan liked this
Saf Rial liked this
Rahmad Zubairi liked this
kawakib_duriyah liked this
khairunnisa liked this
maulachela liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->