Professional Documents
Culture Documents
SITUASI 2
Norman mengerjakan solat dengan bertayamum. Selesai mengerjakan solat, didapati
ada air untuk berwuduk. Adakah Norman perlu mengerjakan solat sekali lagi?
Berikan alasan mengapa.
JAWAPAN
Solat Norman tidak batal kerana dia mendapati ada air untuk berwuduk setelah
selesai mengerjakan solat, bukan sebelum mengangkat takbir untuk memulakan
solat. Dia tidak perlu mengambil wuduk dan mengerjakan solat semula.
SITUASI 2
Misha menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak pada pukul 11.00 malam
dalam perjalanannya dari Kuantan ke Kuala Perlis. Adakah sah solat jamak tersebut?
Berikan alasan anda.
JAWAPAN
Solat Misha adalah sah kerana dia melakukan solat Maghrib dan Isyak secara jamak
ta’khir.