Bab 2
Perpektif teori
Kebenaran dan makna tidak wujud dalam dunia luar, tetapi dicipta oleh perkarainteraksi pelbagai subjek dengan dunia itu sendiri. Makna
dibina
bukan
ditemukan
, oleh itu, perkara yang dibincangkan ialah membina makna sendiridalam cara yang berlainan, malah berkaitan dengan fenomena yang serupa. Darisegi perspektif teori yang berkait rapat dengan konstruktivisme iaituinterpretivisme. Manakala interpretivisme dan objektivisme menyokongepistemologi dengan cara yang berbeza, namun, kedua-duanya masih berasaskansatu Ontologi (Chia, 2002).
Berbeza dengan konstruktivime, bagi subjektivisme, makna tidak timbul dari interaksi pelbagai subjek dengan dunia luar tetapi dikenakan keatas objek oleh subjek. Pelbagaisubjek membangunkan makna, tetapi itu berbangkit daripada keadaan yang tidak disadari, seperti mimpi, kepercayaan agama dll. Posmodermanisme dapat diambilsebagai sebuah contoh perpektif teoretikal yang berkaitan dengan subjektivisme yangmenjadi ontologi.
Menurut Easterby-smith et al. (1991), mempunyai perspektif epistemologi adalah penting kerana beberapa alasan. Pertama, ia boleh membantu menjelaskan isu-isu perancangan penyelidikan. Hal ini bermakna bahawa perspektif epistimologikaltidak setakat sebagai alat-alat perancangan penyelidikan. Perspektif epistomologikal juga dapat memberikan struktur yang jelas bagi cadangan penyelidikan termasuk pelbagai bukti yang sedang dikumpulkan, dari manaasalnya, dan bagaimana ianya akan ditafsirkan. Kedua, sesuatu pengetahuantentang falsafah penyelidikan akan membantu penyelidik mengenal pastirekabentuk mana yang akan berjaya (bagi sesebuah set objektif penyelidikan)dan mana yang tidak akan berjaya.
PERSPEKTIF TEORI
Berbeza dengan perspektif teori yang ada, positivisme dan pelbagai kumpulaninterpretivisme adalah antara paling berpengaruh. Sejumlah bentuk perpektif teori lain seperti siasatan kritikal, postmodernisme dan feminisme, akandigunakan di sini untuk menggambarkan nilai perspektif teori yang harmonisdengan epistemologi penyelidik dan untuk mendemonstrasikan jenis-jenismetodologi penyelidikan yang timbul.
Positivisme
Positivisme adalah paradigma epistemologi dominan dalam bidang sains socialsejak lama. Para pakar bersetuju bahawa dunia sosial berada di luaran para penyelidik dan bahawa ciri-cirinya dapat diukur terus melalui pemerhatian.Positivisme menyatakan pendapat bahawa;
10
Supli E. Rahim dan Nurhayati Supli. 2010. Penyelidikan Ilmiah
.