You are on page 1of 3

BOLEHKAH BERAMAL DENGAN HADITH DHAIF DALAM FADHAIL A’MAL?

Muqaddimah 

Ini adalah sebuah bahas kecil berkenaan dengan hukum beramal dengan hedith-hadith dhaif. Ia dicedok
dari beberapa buah kitab yang antara terpentingnya ialah kitab-kitab Syeikh Nasaruddin al- Albany
rahimahullah, muhaddith kurun ini, yang telah menghabiskan sisa-sisa usianya dalam berkhidmat untuk
hadith Nabi saw yang dicintai ini dan mempertahankannya. Dan saya muatkan dalam bahas ini antara yang
terpenting sahaja dari pandangan-pandangan ulama dalam bidang ini dengan dalil-dalilnya demi
meringankan para pembaca..

Adapun maudhu ini malangnya telah diambil ringan oleh kebanyakan orang, termasuklah para
cendikiawan, asatizah, khatib dan dai sedangkan ia sebenarnya merupakan perkara yang asas lagi penting
dalam ugama Allah yang suci ini kerana hadith-hadith Nabi saw merupakan wahyu kedua bagi umat Islam
selepas Al-Quran yang diperintahkan untuk digigit benar-benar dengan gigi-geraham. Namun al-haq itu
wajib disampaikan walaupun pahit demi melaksanakan amanah ilmu Allah.kerana setiap insan akan ditanya
tentang ilmunya dan apa yang diamalkan darinya. Yang benar adalah dari Allah dan yang silap dari diri
saya sendiri dan dari syaithan. Wallahu A’lam.

Benarkah beramal dengan hadith dhaif dalam fadhail a’mal tidak ada khilaf ?

Telah masyhur dikalangan ahli ilmu dan penuntut-penuntutnya bahawa hadith dhaif boleh diamalkan dalam
bab fadhail amal. Mereka menyangka tidak ada sebarang khilaf dalam masalah ini. Bagaimana tidak,
sedangkan Imam Nawawi rahimahullah telah menukilkan ÇÊÝÇÞ kesepakatan atas perkara ini dalam lebih
dari sebuah kitab-kitabnya. 

Namun naqalnya ini perlu diteliti, kerana khilaf dalam masalah ini maklum, bahkan sebahagian ulama
muhaqqiq berpendapat hadith-hadith dhaif tidak boleh diamalkan langsung, baik dalam hukum ahkam
mahupun dalam fadhail.

Ulama-ulama yang melarang

Antara mereka yang berpendapat sedemikian, Imam Yahya bin Main, Abu Bakar bin Araby., dan zahir
mazhab Imam Bukhary dan Muslim dan ia merupakan mazhab Ibnu Hazm rahimahumullah. Demikian juga
pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalany yang tidak asing lagi; pengarang Bulughul Maraam, Fathul Bary, Al-
Ishabah, Lisanul-Miizan dll, maka beliau meletakkan syarat-syarat yang penting untuk membolehkan
beramal dengannya yang mana jika benar-benar diikuti hampir sahaja tidak membolehkannya langsung.

Syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahullah (773-852H)

1.. Hadith tersebut tidak merupakan hadith yang maudhu. 


2.. Hendaklah orang yang beramal dengannya mengetahui bahawa ia hadith dhaif.
3.. Tidak menyebarkan amalannya dengan hadith dhaif tersebut. 
4.. Dhaifnya tidak terlalu lemah yang bukan diriwayatkan oleh pendusta atau yang telah banyak
kesilapannya. 
5.. Hadith tersebut termasuk dibawah asal yang am, (dalam syara'), bukan yang tidak mempunyai asal
langsung. 
6.. Pengamalnya tidak mengiktikadkan kebenaran hadith tersebut supaya tidak menasabkan kepada Nabi
saw apa yang tidak disabdakannya. 

Berkata Imam Ibnu Hajar setelah itu “ Hendaklah seorang itu berwaspada dari termasuk dalam sabda Nabi
saw ‘ Barangsiapa meriwayatkan dariku sepotong hadith dilihatnya dusta maka dia termasuk seorang dari
dua pendusta.’(Muqaddimah Muslim 1/ 8) .Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkannya !! Tidak
ada bezanya dalam beramal dengan hadith dalam hukum ahkam ataupun dalam fadhail, kerana semuanya
syara’. “ (Tabyiin Al-A’jab m/s 3-4)
Berkata Syeikh AlBany rahimahullah :

‘Berkata Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya ‘Ad-Dhuafa’ ‘dalam mensyarahkan hadith tadi :
‘Dalam khabar tadi dalil bahawa seorang muhaddith itu apabila meriwayatkan apa-apa yang tidak sah dari
Nabi saw yang didustakan atas baginda sedang dia mengetahuinya, maka adalah dia seorang dari dua
pendusta., namun zohir khabar ini lebih dashyat lagi, Nabi saw bersabda “ Barangsiapa meriwayatkan
dariku sepotong hadith dan dia melihatnya sebagai dusta…” dan baginda tidak bersabda ‘dia yakin ianya
dusta.

Maka setiap orang yang ragu-ragu terhadap apa yang diriwayatkan adakah ia sohih atau tidak, masuk dalam
zohir khitob hadith ini.’ (Ad-Dhuafa’ : 1/7-8)

Jelaslah dari dua nukilan ini bahawa jika sekadar meriwayatkan sebuah hadith dhaif haram hukumnya,
maka mengamalkannya lebih-lebih lagi hukumnya, tidak ada beza hukumnya dalam fadhail a’amal kerana
Rasulullah saw tidak membezakan antara dua perkara tersebut . Dan ini jika diketahui yakin bahawa hadith
tersebut dhaif atau terasa dalam hatinya hadith tersebut tidak sohih. Bagaimana dengan orang yang tidak
tahu hadith yang ingin diriwayatkannya dhaif atau tidak ?

Beliau tetap berdosa kerana menisbahkan hadith tersebut kepada Nabi saw tanpa ilmu, maka dia masuk
dalam ancaman Nabi saw “ Cukup bagi seseorang itu sebuah dusta kerana meriwayatkan setiap yang dia
dengar.”(Muqaddimah Sohih Muslim hadith 5) 

Dan telah diriwayatkan bahawa Imam Malik rahimahullah ,telah berkata :” Ketahuilah, tidak selamat
seorang yang meriwayatkan setiap yang didengarinya, dan dia tidak sekali-kali akan menjadi seorang imam
sedang dia meriwayatkan setiap yang dia dengar.

Komentar AlBany tentang syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahumallah

Berkata AlBany setelah menyebutkan syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif yang diletakkan oleh Ibnu
Hajar “ Dan syarat-syarat ini sangat mendalam maknanya dan penting sekali, jika diltizamkan oleh para
pengamal hadith dhaif niscaya natijahnya ruang untuk mengamalkannya menjadi sempit atau tidak
memungkinkannya langsung. 

Dan penerangannya dari tiga wajah :-

Pertama : Syarat pertama menunjukkan bahawa wajib mengetahui hal hadith yang ingin diamalkannya,
supaya dapat mengelakkan dari beramal dengannya jika kedudukannya sangat dhaif sekali.

Dan makrifah ini sukar buat kebanyakan orang dalam mengamalkan setiap hadith dhaif kerana kurangnya
ulama hadith, lebih-lebih lagi pada zaman ini, dan yang kumaksudkan ialah ahli tahqiq yang tidak
menceritakan orang ramai melainkan dengan yang thabit dari hadith Rasulullah saw; yang memberitahu
mereka akan hadith-hadith dhaif dan ,mewaspadakan mereka darinya , bahkan mereka ini lebih sedikit dari
segelintir. Allahul Musta’an. “

Beliau juga melanjutkan setelah membawa beberapa contoh ulama yang meriwayatkan atau mengamalkan
hadith dhaif tanpa meneliti kedudukan dhaifnya dengan alasan hadith tersebut bukan dalam urusan hukum
ahkam, hanya bab fadhail amal, lalu ternyata hadith-hadith tersebut jelas dusta atau maudhu’.

“ Kesimpulannya, iltizam dengan syarat ini membawa kepada meninggalkan amal dengan hadith yang
tidak thabit sama sekali,sakeng sukarnya mengenal pasti dhaif yang sangat lemah dikalangan kebanyakan
orang, hampir serupa dengan qaul yang kami pilih. (Tidak boleh beramal dengan hadith dhaif secara mutlak
– walaupun dalam fadhail).

Kedua : “Hendaklah hadith dhaif itu termasuk dibawah asal yang am …”


Syarat ini menunjukkan bahawa pada haqiqatnya, amalannya itu bukanlah dengan hadith dhaif sendiri, tapi
dengan asal yang am, sedangkan amal dengannya telah warid sama ada wujud hadith dhaif tadi ataupun
tidak, bukan sebaliknya …

Ketiga : Syarat ketiga (Pengamalnya tidak mengitiqadkan kebenaran hadith tersebut …) bertemu dengan
syarat pertama dimana wajib diketahui kelemahan hadith, supaya tidak di’tiqadkan kesahihannya…

Sebab-sebab tidak boleh beramal dengan hadith dhaif

Hadith dhaif hanya membawa zhon yang lemah dengan tanpa khilaf yang diketahui dikalangan ulama,
maka bagaimana mungkin dikatakan boleh beramal dengannya sedang Allah telah mencelanya dalam lebih
dari sepotong ayat didalam kitabNya.

Allah berfirman {… Sesungguhnya zhon tidak mencukupi dari al-haq sedikitpun.} [An-Najm : 28]

Dan Allah berfirman lagi : {Mereka tidak lain hanya mengikut zhon sahaja} [An-Najm : 23]

Dan Rasulullah saw telah bersabda : “ Awas kamu dari zhon (sangka-sangkaan) sesungguhnya zhon itu
hadith yang paling dusta! “ (Bukhary dan Muslim).

Ketahuilah, mereka-mereka yang mengatakan boleh beramal dengan hadith dhaif tidak mempunyai
sebarang dalilpun dari Kitab ataupun Sunnah.

Dan diantara keburukan pendapat ini, ia mengheret mereka dari hanya beramal dengannya dalam bab-bab
fadhail kepada masuk kedalam hukum-ahkam syariah, bahkan dalam urusan akidah !! Inilah yang kita lihat
sekarang ini dan akan kami jelaskan perkara ini dalam tulisan-tulisan yang akan datang insya Allah.

Oleh itu kami menasihati saudara-saudara kami orang-orang Islam disegenap pelusuk dunia dari timur
kebaratnya, supaya tinggalkanlah beramal dengan hadith dhaif secara mutlaq dan hendaklah mereka
mengarahkan tenaga dan semangat mereka kepada beramal dengan yang thabit dari Nabi saw, yang kaya
dari yang dhaif.

Dan dalam berbuat yang demikian itu terselamatlah dari terjerumus dalam perdustaan atas Rasulullah saw,
kerana kami dapati dari pengalaman, mereka yang bercanggah dalam masalah ini telah termasuk dalam
yang kami sebutkan tentang perdustaan tadi, kerana mereka mengamalkan setiap yang mereka dengar atau
baca, sedangkan Rasulullah saw telah mengisyaratkan kearah perkara ini dengan sabdanya : “ Cukup bagi
seorang sebagai berdusta kerana meriwayatkan setiap yang didengar. “(Muqaddimah Sohih Muslim Hadith
No. 5)

Dan kami pula mengatakan : “ Cukup bagi seorang sebagai kesesatan kerana mengamalkan setiap yang dia
dengar. “

Kitab-kitab rujukan

1. Sahih Jamiu Shoghir m/s 56


2. Tamamul Minnah Fiit Ta’ilq a’laa Fiqhu Sunnah m/s 32-38 
3. Silsilah Dha’iefah (muqaddimahnya) 1/47-51 
4. Dan lain-lain lagi.

http://www.muhammadiyah.org.sg/articles/beramal_dengan_hadis_dhaif.htm

You might also like