You are on page 1of 1

Nama : Normastila Binti Ab Rajab [ G0918984]

Tajuk : Kuiz Analitikal


SOALAN 1
1. Pak Ali telah mengalami kecederaan yang teruk dalam kemalangan. Beliau tidak dapat duduk
dan bangun untuk mengerjakan solat.

a. Bolehkah Pak Ali meninggalkan solat? Nyatakan alasan anda.

b. Bagaimanakah cara solat yang dapat dilakukan oleh Pak Ali supaya beliau dapat
mengerjakan solat?

JAWAPAN 1

a. Tidak, Pak Ali tidak bolah meninggalkan solatnya kerana Pak Ali boleh mengerjakan
solat secara mengiring atau secara menelentang.

b. Cara-cara solat yang dapat dilakukan oleh Pak Ali ialah


i. Solat secara mengiring.
Berbaring sambil mengiring di atas rusuk kanan. Muka dan dada dihadapkan
kearah kiblat. Rukuk dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

ii. Solat secara menelentang.


Berada dalam keadaaan berbaring sambil terlentang. Kaki manghala ke kiblat,
kepala di tinggikan sedikit agar muka dapat di hadapkan ke arah kiblat. Rukuk
dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala.

SOALAN 2

2. Hafeez bekerja sebagai pelayar. Apabila mengerjakan solat, dia menggunakan kompas atau arah
matahari untuk menentukan arah kiblat.
a. Apakah yang patut dilakukan oleh Hafeez sekiranya semasa solat, kapalnya beralih arah
dan mengakibatkan kiblatnya berubah dari kiblat asal.

JAWAPAN 2

a. Hafeez tidak perlu mengubah arah kiblat yang asal dan boleh meneruskan solatnya
seperti biasa. Ini kerana kiblat asal adalah penentu arah solatnya kerana dia telah
melaksanakan solatnya.

You might also like