Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
371Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERMAINAN WAU

PERMAINAN WAU

Ratings:

4.99

(303)
|Views: 23,638 |Likes:
Published by gurmit3110
kajian/ folio sejarah
kajian/ folio sejarah

More info:

Published by: gurmit3110 on Apr 16, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/06/2014

pdf

text

original

 
 
PENGHARGAAN
 “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang” Alhamdulillah ,bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin danpertolonganNya, dapat saya menyiapkan kerja kursus sejarah Peperiksaan PenilaianRendah (PMR) 2007. Saya Mohd Yazid bin Mohd Jalani mengucapkan jutaan terimakasih atas kerjasama yang diberikan oleh semuapihak.Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasamemberi dorongan serta sumbangan dalam bentuk modal sepanjang prosesmenyiapkankerja kursus ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarahsaya iaitu En.Baharudin. Tanpa tunjuk ajar atau bimbingan beliau mustahil dapatsaya melengkapkan dan menjayakan kajian ini . Tidak lupa juga kepada rakan-rakansaya iaitu Amir Mirza, Akmal Hakim, Azril, Izzat Rashid, Izzat Zulkefle, Mat Nasir,Hasbullah, Syed Syazwan, dan Khalida yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini.Ucapan akhir saya kepada guru penilai saya iaitu……………………………... Jasa beliauamat saya hargai. Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihakyang terlibat.Sekian………….
 
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumbersejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiahdengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional dikalangan masyarakat mengikut adat Melayu.(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran PeperiksaanPenilaian Rendah (PMR).(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainantradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkansetiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri
 
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:(A)Temu bual~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu denganmenemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.(B) Penyelidikan perpustakaan~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adatperkahwinan melayu.
 
(C)Pemerhatian~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.(E)Penyelidikan~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempatkajian. 
PERMAINAN TRADISIONAL WAUPENDAHULUAN
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebihpopular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapangseperti di padang, sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaumtermasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti diPasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun.Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luarnegara.
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh sertaasal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang diMalaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyaipersamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinanevolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan darinegara China.Mitos Permainan WauPermainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utaraSemenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerjasebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika merekasedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanyabayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukurdan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makananke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehinggamelarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padiyang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakanbahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkanpetani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuahlembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
 
Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dariperkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis danKedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti diPantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawaRaja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja,dan tidak pula disebut bermain wauSelain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busuryang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang padabusur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yangamat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orangdipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu danIslam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dantembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigreeatau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigreemempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukansekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung disebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadikegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree iniantaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.Tarian Siti Wau BulanAsal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian inimenggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh kerianganyang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian iniditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisionalseperti gendang dan seruling
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripadakepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekorwau.
Bahagian Utama Wau
Teknik Pembuatan Wau TradisionalAntara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulitrotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untukmenghasilkan sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untukmenghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahanmentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik.Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentahseperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Activity (371)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
1 hundred thousand reads
Carmen Ng liked this
emyzirah liked this
Rosmah Desa liked this
Sarimah Durasid liked this
Aziera Zira liked this
Sandy Hardiyanto liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->