You are on page 1of 2

NAMA : NOR NAJIHAH YUSOFF (G0916440)

TAJUK : KUIZ ANALITIKAL


SOALAN 1 – BAB AKIDAH

Qistina adalah seorang Islam dan tidak pernah meninggalkan solat sepanjang hidupnya. Dalam
hidupnya juga, dia mempercayai wujudnya bomoh yang dapat membantunya untuk
mendapatkan kekayaan dengan cepat dan mudah.

1) Bagaimanakah kedudukan Qistina di dalam Islam?

2) Apakah kesan terhadap akidahnya.?

Jawapan

1) Kedudukan Qistina di dalam senario di atas adalah akidahnya akan terbatal kerana
telah mempercayai adanya kuasa lain selain daripada Allah.

2) Kesan terbatalnya akidah tersebut menyebabkan Qistina hilang hak pusaka, hilang hak
keistimewaan orang Islam, tidak boleh dikebumikan diperkuburan orang Islam, terbatal
ikatan perkahwinan sekiranya telah berkahwin dan hilang kah perwalian.
TAJUK : KUIZ ANALITIKAL 2
SOALAN 2- BAB PERKAHWINAN

Qistina akan mengadakan majlis perkahwinannya hujung minggu ini, pada hari akad nikahnya
kedua pihak pengantin bersetuju wang hantaran dijadikan sebagai mas kawin sebanyak RM
10,000.00.

1. Bagaimanakah sekiranya keluarga Qistina ingin mengambil wang tersebut untuk


menampung perbelanjaan majlis tersebut.

2. Sekiranya perkahwinan Qistina mengalami perceraian dan suaminya meminta kembali


wang tersebut, apakah yang harus dilakukan oleh Qistina?

Jawapan

1. Keluarga Qistina tidak boleh mengambil wang tersebut tanpa izin Qistina terlebih
dahulu kerana wang tersebut adalah hak mutlak Qistina.

2. Qistina tidak perlu memulangkan kembali wang tersebut kerana, wang tersebut adalah
hak mutlak seorang isteri dan ornag lain tidak berhak ke atasnya melainkan atas
izinnya.

You might also like