Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
79Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Visual Dan Kanak2

Seni Visual Dan Kanak2

Ratings: (0)|Views: 1,215|Likes:
Published by mr. naj

More info:

Published by: mr. naj on Jan 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/04/2013

pdf

text

original

 
TOPIK 1 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK1.1 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik sertaberkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaranmereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagaialat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak.
1.2 KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARANPENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK
(a)
Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapatmelahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaanmenyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijakmembuat keputusan.(b)
Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihanberkesan kepada otot tangan (
psychomotor 
) dan koordinasi tanganserta mata.(c)
Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu muriduntuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projekdi dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbandingdengan hasilan akhir.(d)
Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni,produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.(e)
Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosialselain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktivitiberkumpulan yang dibentuk.
1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS
 (a)
Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelummereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubunganyang berkesan untuk berinteraksi.(b)
Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasankepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapatmeluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatanotot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisikanak-kanak.(c)
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (
Self Esteem 
)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanakdalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalambentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahamanmereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkandaya sensitiviti pancaindera.
1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day
(a)
Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun)
kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyakterdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan denganmenggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,pensil serta bahan-bahan lain.-tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisangarisan bagi menggambarkan sesuatu imej.-terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatifiaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal,contengan rupa terkawal dan contengan rupa.(b)
Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Padaperingkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaansekelilingnya.(c)
Pra-Remaja (10-13 Tahun)
Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saizsebenar objek.
1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfelddan Britain
(a)
Peringkat
Scribbling 
(2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secararawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkatcontengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepadamelukis bulatan.(b)
Peringkat
Preschematic 
(4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaanpertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya denganmenggunakan garisan.(c)
Peringkat
Schematic 
(7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalamimej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas danberskala besar.(d)
Peringkat
Dawning Realism 
atau
The Gang Age 
(9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skematertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisanmula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkansifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mulamembandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan inimenjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik sertamenitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.(e)
Peringkat
Pseudonaturalistic 
atau
Reasoning 
(12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistikdi dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsepkedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untukmelukis melalui konsep peniruan atau melalui objekdi hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.(f)
Peringkat
Period If Decision 
atau
Adolescent Art in High School 
(14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap prosespenghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat inimemperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan danpemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karyaseni.
1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet
(a)
Peringkat
Fortuitous Realism 
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di manaimejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telahmembentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objeksebenar.(b)
Peringkat
Failed Realism 
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusibagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir samadihasilkan berulang kali.(c)
Peringkat
Intelectual Realism 
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yangmereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebihringkas namun dilukis dengan agak baik.(d)
Peringkat
Visual Realism 
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding.Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapatdilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.
1.5 KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK
 (a) Untuk Bergerak, Berjaya dan Diiktiraf, Diterima dan Disanjung(hasil karya di[uji,dipamerkan)(b) Untuk Bersaing, Ketangkasan Fizikal dan Memahami(pertandingan)(c) Untuk Meneroka, Pencapaian Kreatif dan Meluahkan Perasaan(beri peluang meneroka dan bereksperimentasi.
 
TOPIK 2 TEORI-TEORI DALAM SENI
 
2.1 DEFINISI SENI
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepadaekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yangwajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikanidea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yangdifikirkan paling efektif.
2.2 CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
 Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsungdengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkanisyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus denganbahagian otak yang merangsang emosi.
2.3 PERKEMBANGAN ESTETIK
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakanbadan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasisecara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbalmelibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan matadan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pulamenjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa danpemikiran mereka.
2.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK
(a) Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatasdalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanaklelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama diperingkat awal pertumbuhan.(b) Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumattentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianyamenggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudahdikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.(c) Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkinmempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinyaelemen satu peringkat perkembangan sahaja.
2.5 TEORI-TEORI KOGNITIF2.5.1 Teori Gestalt
- Prinsip asas teori ini menitikberatkankeseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihatsesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberimakna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Prosesmelihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – mindamembuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalammenghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.
Hukum-hukum Teori Gestalt
(a)
Hukum Pragnanz
Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapandengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalahtidak teratur.(b)
Hukum Persamaan (
Similarity 
)
Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami.Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsanganyang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama.(c)
Hukum Keintiman (
Proximity 
)
Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsanganadalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lainakan diletakkan di dalam kumpulan yang sama.(d)
Hukum Lengkap (
Closure 
)
Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untukmeletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulanyang sama.(e)
Hukum Kesinambungan Positif (
Good Continuation 
)
Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akanberubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akandikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetaplurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya.(f)
Hukum Ciri-ciri Bahagian (
Membership Character 
)
Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkanpandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objektersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripadakeseluruhan objek tersebut.
-
Teori Gestalt jugamempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivisdan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah.- Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukansahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikanpenekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itusendiri.
2.5.2 Teori Sosial-Interaksi Piaget(
ahli epistemologi genetik didalam bidang biologi dan falsafah.)-Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidakmempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasamempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka.Jawapan kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasakerana cara berfikir mereka yang berbeza.- prinsip penyelidikan biologinya :(a)
Penyerapan (
Assimilation 
) dan Ubahsuai (
Accommodation 
)
Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individusepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka denganpersekitaran, iaitu asimilasi (
assimilation 
) dan akomodasi(
accommodation 
). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diriindividu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukanpenyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan iniakan mempengaruhi perkembangan kognitif.(b)
Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki
Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkandengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi padabayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri denganpersekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar).Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi iniakan digantikan dengan skema tersusun.
Perkembangan Kebolehan Kognitif
(a)
Peringkat Deria-Pergerakan (0-2 Tahun)
Kanak-kanak masih belum dapat menguasai simbol ataupun bahasauntuk menamakan objek di sekitarnya. Satu-satunya cara interaksidengan persekitaran ialah melalui kesan deria dan gerak-gerinya.Apabila umur bayi meningkat 10 bulan, bayi tersebut mulamemahami konsep ‘kekal’ (
permanence 
) iaitu kesedaran bahawawalaupun sesuatu objek hilang daripada pandangannya, objektersebut tidak ghaib begitu sahaja.(b)
Peringkat Pra-olahan (2 – 6 Tahun)
Di peringkat ini, kanak-kanak telah mula menguasai bahasa danmenggunakan nama untuk panggilan objek di sekelilingnya.Walaupun begitu, penguasaan ini masih baru dan terbatas dan akanberkembang sepenuhnya sehinggalah kanak-kanak tersebutmencapai peringkat pengolahan formal.(c)
Peringkat Pengolahan Konkrit (7 – 11 Tahun)
Kebolehan kanak-kanak menguasai konsep pengekalan tentangpaduan, nombor, berat dan padatan. Kebolehan ini membantumereka memahami konsep lain yang lebih rumit seperti susunanangka, pengklasifikasian bahan mengikut sifat, serta kemampuanmelihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif.d)
Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Kanak-kanak ini mencapai tahap kemuncak kecerdasan mental dipenghujung zaman remaja, namun kekurangan pengalamanmengehadkan pengetahuan dan kebolehan mereka untukmenggunakan apa yang mereka tahu. Di peringkat ini juga,perkembangan fizikal kanak-kanak adalah lebih pantas berbandingperkembangan mental apabila mereka mula melangkah ke awalalam remaja.
Pendekatan Teori Sosial-Interaksi Piaget dalam Pembelajaran
(a)
Peringkat Pra-olahan (2-6 Tahun)
Imaginasi kanak-kanak adalah sangat tinggi pada peringkat pra-olahan, iaitu apabila kanak-kanak mencapai umur dua hingga enamtahun. Adalah penting bagi guru-guru prasekolah ataupun ibu bapamenggalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi kerana secaratidak langsung ia juga akan menggalakkan daya cipta kanak-kanak.
 
(b)
Peringkat Pengolahan Konkrit
Di peringkat ini, kanak-kanak mempunyai kepetahan bercakap yangsangat tinggi dan sentiasa ingin bertutur untuk menarik perhatian.Namun begitu, di dalam kelas yang samamungkin ada sebilangan kanak-kanak yang sangat petah bertuturdan sangat aktif, manakala sebilangan lagi lebih suka mendiamkandiri.
 
(c)
Peringkat Pengolahan Formal (12 Tahun ke Atas)
Di peringkat ini, pelajar telah mula faham konsep-konsep abstrakdan mula membentuk identiti diri. Mereka mula memahamikepentingan falsafah hidup dan prinsip, politik dan konsep agama.Guru boleh membantu dengan mengadakan perbincangan dalamtopiktopik ini agar dapat dijadikan panduan oleh pelajar. Antarabentuk perbincangan ialah membantu dalam menentukan hala tujupelajar, persediaan yang perlu dilakukan serta menetapkanmatlamat.
Pendekatan KonstruktivisPendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam kontekspembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar sertamengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampudifahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu(melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).
Kaedah ini mengaplikasikan empat cara tertentu di dalampenyampaian sesuatu topik.
1. Menekankan perbezaan iaitu melatih pelajar agar bijakmembezakan jenis dan sifat maklumat yang diterima.2. Menstruktur maklumat agar lebih mudah diterima dan difahami3. Susunan paling berkesan di dalam menyampaikan materialpengajaran4. Sifat dan bentuk ganjaran (
reward 
) atau hukuman (
punishment 
)yang akan dikenakan sekiranya pelajar berjaya atau gagalmelakukan sesuatu.
TOPIK 3 BAHASA TAMPAK (ASAS-ASAS SENIREKA)
- Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yangpenting dalampenggubahan sesuatu karya seni visual iaitu:• Garisan• Rupa• Bentuk• Jalinan• Ruang• Warna
- Garisan
ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain denganmempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisandapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkangambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.
- Rupa
Rupa mesti mempunyai garisan luar (
outline 
) dan sempadan yangmengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometridan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyaisudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebasdan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatukawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D(tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujunggarisan dan permulaannya.
Bentuk
mempunyai struktur jisim dan isipadu. Terdapat 2 jenisbentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkanmelalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentukkonkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi. Bentuk ilusiialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifatrata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan danlukisan berkomputer 3 dimensi.
Jalinan
merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaansesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresisesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yangdapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alamsemula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinantampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapatdirasa melalui sentuhan.Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, ataukawasan kosong disekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
warna
ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas padasesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utamaiaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asasterdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya bolehmenghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunderpula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapatdihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu,warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dansekunder.
PRINSIP-PRINSIP REKAAN
-
Harmoni
wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atauulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yangtertentuTujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarikperhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.-
Kontra
wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur senimempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama. Ianyabertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuahkarya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggikadar kontra semakin jelas penegasan).-
penegasan
ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dantumpuan kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagaidaya penarik, pemusatankarya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebihdramatik.
Imbangan
ialah keadaan gubahan yang sama sempadan,sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dansama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, imbangan tidaksimetri dan imbangansemua arah.
Pergerakan
wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentukvisual dalam seni tampak dua dimensi.
Kepelbagaian
merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya,nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsurseni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akanmewujudkan kepelbagaian.
Kesatuan
merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur senisecara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau ideasesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dansempurna dapat mewujudkan kesatuan.
ORGANISASI REKAANKomunikasi visual
merujuk kepada pembelajaran yangmembolehkan pelajar berkomunikasi secara visual melalui hasilkerja seni. Komunikasi visual terdiri daripada dua tumpuan utamaiaitu; reka bentuk grafik dan multimedia. Reka bentuk grafik meliputipengenalan reka bentuk grafik, poster, simbol, logo dan maskot,kaligrafi, tipografi, pembungkusan, grafik persekitaran, ilustrasi, dankomputer grafik.
Poster
merupakan reka bentuk komunikasi yang berfungsimenyampaikan mesej dan intipati daripada gubahan idea. Ianya juga merupakan elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya.
Simbol
Ialah reka bentuk grafik yang diringkas dan dipermudahkandaripada imej sumber alam semula jadi dan alam buatan manusia.Simbol terdiri daripada flora dan fauna serta benda-benda yangterdapat di sekeliling manusia. Ianya lebih ringkas dan mudahdaripada tanda yang menggunakan teks.
Logo
Logo ialah visual grafik yang menjadi identiti kepada firmaperniagaan, kelab, persatuan, organisasi dan bandan-badantertentu.

Activity (79)

You've already reviewed this. Edit your review.
Sartikah Saini liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Foong Yee Chong liked this
Foong Yee Chong liked this
jp sia liked this
Bie Atie liked this
jnia liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->