Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
253Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

Peranan 3 Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Masa Kini

Ratings: (0)|Views: 6,383 |Likes:
Published by mr. naj

More info:

Published by: mr. naj on Jan 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/05/2014

pdf

text

original

 
Peranan Tiga Komponen Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran DanPembelajaran Masa Kini.
Seperti yang kita sedia maklum hari ini, di setiap sekolah pada masa kini tidak kirasekolah rendah mahupun sekolah rendah semestinya terdapat pengajaranmatapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDPdiwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah PendidikanKebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yangsama juga. Selai itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaandengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajarandalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang barudan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah senivisual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkanlukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatuaktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yangdidengari.Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud disekeliling kana-kanak. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapatmempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebihberkesan. Mereka juga digalakkan mencuba untuk meneroka sesuatu yang barudengan dibantu oleh guru sebagai pembimbing.Warna merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam kehidupan. Tanpa warnakehidupan akan menjadi tidak bermakna kerana tiada kepelbagaian warna, yang adahanya warna hitam dan putih. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dna tidakmenarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalamkomponen Pendidikan Seni Visual. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utamaiaitu warna primer, warna sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnyawujud disekeliling kita. Contoh-contohnya adalah seperti warna hijau yang terdapatdaun, warna warni yang terdapat pada pelangi dan juga sebagainya. Penggunaan
 
warna juga turut member kesan kepada manusia. Warna yang digunakan member kesan terhadap personality, budaya dan juga psikologi seseorang. Terdapat juga warnapanas dalam seni visual. Sebagai contoh warna merah yang menggambarkan perasaanmarah, semangat keberanian dan juga keceriaan dalam diri seseorang. Sebagaicontoh, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian yang berwarna terang sepertioren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud ialah dia seorang berani keranamemilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk pula member kesan yang lebihtenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual. Ianya juga menggambarkan emosisedih dan juga sayu seseorang.Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Tanpa irama maka makamuzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama dapat dinyatakan sebagai sesuatuatau rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktukita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhiseseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kitaseharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapakkaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua inimerupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianyaberlaku setiap masa. Kanak-kanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Inidapat dilihat ketika mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dansebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzikyang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunansesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam iramasewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang mindakanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiranmuzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan muridakan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukansecara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktvitidengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronokmelakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan
 
meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnyatindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruangdapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek ataudengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kitamemerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruangyang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruangtersebut lebih selamat.Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehanmelihat dunia “ visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baikbagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukanaktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantumenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnyamencapai matlamat pnp tersebut.Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Educationmenyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satucabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik danmenggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu,guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran denganmenumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentdengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni DalamPendidikan sebenarnya member peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alamsekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalamsetiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidaklangsung, ia mengajar murid untuk menangani/ menguruskan sumber imaginasi,kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahlipiskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatuilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.

Activity (253)

You've already reviewed this. Edit your review.
Zuraini Ali liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
MaRch ViOlet liked this
Maria Edward liked this
Pqa Sweet liked this
Farhah Fauzi liked this
Nora Latif liked this
ismailrich liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->