3
2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK
2.1 KONSEP KERTAS KERJA PROJEK
Kertas kerja projek ialah kertas kerja yang ditulis bagi mendapatkan kelulusanuntuk membuat sesuatu projek. Biasanya kertas kerja ini akan dibentangkan di dalamsesuatu mesyuarat untuk menyatakan permohonan – permohonan tertentu. Dalam satu – satu organisasi, pihak yang ingin mendapatkan kelulusan projek perlumembentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi dalam organisasi tersebut.Kertas kerja ini juga berfungsi sebagai satu penanda yang menunjukkan bahawa projekyang hendak dijalankan telah dirancang dan disusun dengan baik.2.2
PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK
Satu – satu kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang – kurangnyapengenalan, objektif, tarikh dan waktu perlaksanaan, kumpulan sasaran, tentatifprogram, jawatankuasa pengelola, perbelanjaan, penutup dan borang kelulusan.2.2.1 PENGENALANPengenalan merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruhnamun ringkas. Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang memaparkan aspekyang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan. Pengenalan turut menyatakanapa yang hendak diperkatakan di dalam kertas kerja itu.2.2.2 OBJEKTIFObjektif adalah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja tersebut.Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagimendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif biasanya ditulis dalambentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.