SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MAZHAB MURJI’AH
Latar belakang kemunculan mazhab Murji’ah
Para pengikut Ali berpecah mengikut kerelaannya menerima Tahkim kepadaKhawarij dan Syiah. Di mana Khawarij mengkafirkan Ali, Usman dan jurucakap Tahkim.Manakala Syiah pula mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan para pengikutmereka..Dan kedua-dua aliran ini sama-sama mengkafirkan bani Umaiyah dan melaknatmereka. Bani Umaiyah pula mengatakan bahawa kaum Muslimin ialah mereka yang berada di bawah panji-panji mereka, tunduk dan patuh sama ada menyukai ataumembenci. Ini menjadi sebab sekumpulan dalam kalangan para sahabat membenci perselisihan yang berlaku. Lalu mereka mengambil jalan tengah iaitu hingga benar-benar nyata fitnah tersebut. Kerana inilah mereka enggan mencampuri urusan orang-orang yang berselisih. Mereka tidak membebankan diri mereka untuk membahaskan mengenai siapayang benar dan siapa yang salah dari dua kelompok yang berselisih dan berperang. Murjiah lahir sebagai reaksi di atas fahaman Khawarij tentang iman dan kufur.Fahaman ini muncul di Kufah pada kurun setelah berlaku kucar-kacir yang melibatkan pemilihan khalifah. Golongan ini menjauhkan diri daripada pertelingkahan politik padazaman itu dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang berlaku ditangguh dandiserahkan kepada Allah untuk ditentukan pada hari kiamat nanti. Sebab itulah merekadigelar sebagai al-Murji’ ah. Para peringkat permulaan fahaman ini lahir dari kalangan para sahabat sepertiAbdullah bin Omar. Fahaman ini merupakan keterbalikan dari Khawarij dan Muktazilahdengan mengatakan
‘ Amal perbuatan itu tidak termasuk iman ’
.
Pada awalnya, bida’ahMurjiah dikira ringan kerana kebanyakan perselisihan yang terjadi hanya berkaitandengan nama dan lafaz bukannya hukum. Namun setelah fahaman ini berkembang iadipelopori oleh golongan pelampau kumpulan masing-masing.3