You are on page 1of 5

1/1/2006

SYAHADAT
1. FARDHU : 2 PERKARA
i. Ikrar di lidah
ii. Ditasdiq di hati

2. KESEMPURNAAN: 4 PERKARA
i. Diketahui
ii. Diikrarkan
iii. Ditasdiqkan
iv. Diyakinkan

3. RUKUN: 4 PERKARA
i. Mengisbatkan Zat Allah Ta’ala
ii. Mengisbatkan Sifat Allah Ta’ala
iii. Mengisbatkan Af’al Allah Ta’ala
iv. Mengisbatkan Kebesaran Rasulallah S.A.W

4. SYARAT SAH: 4 PERKARA


i. Diketahui
ii. Diikrarkan
iii. Ditasdiqkan
iv. Diamalkan

5. MEMBINASAKANNYA: 4 PERKARA
i. Menduakan Allah
ii. Syak didalam hatinya
iii. Menyangkal akan dirinya dijadikan oleh Allah
Ta’ala
iv. Tiada mengisbatkan Zat Allah Ta’ala
IMAN
1. MAJMAL: BERHIMPUN - 2 PERKARA
1. AMANTUBILLAH WA BIMA QAALA ALLAHU
TA’ALA (Percaya aku dengan Allah dan barang
yang difirmankan Allah Ta’ala)
2. AMANTUBIRRASULI WABI QAALA
RASUL(Percaya aku dengan Rasul dan barang
yang dikatakan oleh Rasul S.A.W
2. MUFFASSAL: BERCERAI-CERAI - 6 PERKARA
1. Amantubillah - Percaya kepada Allah
2. Wamalaikatihi - Percaya kepada Malaikat
3. Wakutubihi - Percaya kepada Kitab-
Kitab
4. Warusulihi - Percaya kepada Rasul-
Rasul
5. Walyaumil akhir - Percaya kepada Hari
Kiamat
6. Wa qadri khoiri
wasyarrihi
minallah - Percaya kepada untung baik
dan untung jahat datang dari
Allah Ta’ala

FARDHU DAN KESEMPURNAAN IMAN: 3 PERKARA

1) Mengikrarkan dengan lidah


2) Ditasdiq dengan hati
3) Diperbuat dengan segala anggota

Mengikut ijma’ Sahabat Nabi yang empat : Abu Bakar, Umar, Usman,
Ali
SYARAT IMAN: 10 PERKARA

1) Kasih akan Allah


2) Kasih akan segala Malaikatnya.
3) Kasih akan segala Kitabnya
4) Kasih akan segala Walinya
5) Kasih akan segala Nabinya
6) Benci akan seterunya
7) Takut akan azab Allah
8) Harap akan rahmat Allah
9) Membesarkan suruh Allah serta mengerjakan dia
10) Membesarkan NahiNya Allah serta menjauhi yang ditegah

BINASA IMAN: 10 PERKARA

1) Mendua Allah Ta’ala


2) Mengekalkan dan mengharuskan perbuatan jahat
3) Membinasa sesama makhluk dan menzalim akan dia serta
diperharuskan berdamdam sama sekampung
4) Bersalah-salahan sesama Islam lebih dari tiga hari atau
tujuh hari
5) Ringankan syari’at Nabi
6) Tiada takut akan gugur imannya
7) Menyerupai perbuatan kafir
8) Putuskan daripada rahmat Allah Ta’ala
9) Memakai pakaian kafir spt tali-leher dan cepiau
10) Memutuskan dirinya daripada mengadap Qiblat
ISLAM
RUKUN ISLAM: 5 PERKARA

1) Mengucap Dua Kalimah Syahadat


2) Sembahyang lima waktu didalam sehari semalam
3) Puasa pada bulan Ramadhan didalam setahun sebulan
4) Mengeluarkan Zakat jikalau sampai harinya daripada
nisabnya
5) Naik Haji ke Baitullah jikalau kuasa berjalan berjalan
kepadanya
iaitu fardhu seumur hidup sekali.

SYARAT ISLAM: 4 PERKARA

1) Sabar atas hukum Allah


2) Redha atas Qadho’ Allah
3) Iklas hatinya menyerahkan dirinya kepada Allah
4) Mengikut akan firman Allah Ta’ala dan sabda Rasulallah
serta menjauhi segala larangannya.

MEMBINASAKAN ISLAM: 4 PERKARA

1) Buat sesuatu perbuatan tiada ketahui


2) Diketahui tiada diperbuat
3) Tiada mahu belajar kepada orang alim
4) Mencela-cela orang yang berbuat baik kepada Allah serta
diharuskan pekerjaannya.

TANDA ISLAM: 4 PERKARA

1) Merendahkan diri
2) Suci lidahnya daripada dusta
3) Suci badannya daripada loba dan tama’
4) Suci perutnya daripada makan yang haram.

You might also like