Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
SOLAT TAHAJUD DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

SOLAT TAHAJUD DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

Ratings:

4.89

(9)
|Views: 2,689 |Likes:
Published by azli
kita sering kali mencari kaedah kemantapkan sahsiah diri masyarakat dan melahirkan individu berkualiti..namun..sedarkah kita, islam telah menganjurkan satu kaedah yang sangat bertepatan dengan matlamat ini. (editor:-aliyamin UMP-)
kita sering kali mencari kaedah kemantapkan sahsiah diri masyarakat dan melahirkan individu berkualiti..namun..sedarkah kita, islam telah menganjurkan satu kaedah yang sangat bertepatan dengan matlamat ini. (editor:-aliyamin UMP-)

More info:

Published by: azli on Apr 19, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/26/2012

pdf

text

original

 
SOLAT TAHAJUD DAN PEMANTAPAN SAHSIAH
Pembentukan insan yang berkualiti merupakan sesuatu yang sukar dilakukan.Pelbagai inisiatif dan usaha dilakukan oleh pelbagai pihak bagi melahirkan insan berkualiti terutama dari sudut sahsiahnya. Sahsiah yang berkualiti mampu menjanakecemerlangan dan kejayaan.Secara sedar atau tidak, sebenarnya islam telah menganjurkan satu kaedah yang berkesan bagi memangkin pembentukan insan berkualiti dengan sahsiah yang terpuji danhebat. Kaedah yang dimaksudkan ialah solat tahajud.Di dalam Quran, Allah menjelaskan dalam surah al-Muzammil ayat 1 hingga 3yang bermaksud,“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersolat) di malam hari,kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itusedikit”.Allah menjelaskan dalam surah al-Israk ayat 79 yang bermaksud,“Dan, pada sebahagian malam hari, bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadahtambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”.Dalam ayat yang pertama, Allah menyuruh orang yang berselimut, iaitu orangyang tidur, supaya bangun pada malam hari bagi mengerjakan solat tahajud. Manakaladalam ayat yang kedua, Allah menegaskan solat tahajud adalah satu ibadah tambahan,dengan janji akan mengangkat darjat pengamal solat tahajud ke darjat yang terpuji. Solattahajud memiliki manfaat praktis, baik daripada segi keagamaan mahupun daripada segikesihatan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yangdilaporkan oleh Tirmizi yang bermaksud,“Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkandaripada penyakit”.
 
 Namun bagaimanakah solat tahajud boleh memangkin pemantapan sahsiahseseorang? Solat tahajud sebenarnya memberi kesan yang positif terhadap individu yangmelakukannya tidak kira dari segi kajian saintifik, kesihatan, mahupun keagamaannya.
Solat Tahajud merangsang Fungsi Sistem Limbik 
:Merujuk kepada buku tulisan Mohammad Salleh, Ph.D dalam buku Terapi SolatTahajud, bahagian utama dalam sistem limbik adalah hipotalamus. Selain daripada berperanan mengatur tingkah laku, kawasan ini juga mengatur bayak keadaan dalamantubuh seperti pengaturan dorongan untuk makan dan minum dan berfungsi sebagai pengatur berat badan. Penekanan yang ingin diutarakan disini adalah pengaturan tingkahlaku. Rangsangan pada hipotalamus menghasilkan pelbagai rembesan neurohormonalmelalui HPA
 Axis
yang menjadi dasar integrasi imunoneurohormonal yang sangat sensitif terhadap stres atau tekanan perasaan. Imunoneurohormonal akan merangsang amigdalayang mana mengawal pola marah dan perasaan takut dalam badan manusia. Apabilasistem perasaan ini dapat dikawal, dan diseimbangkan melalui solat tahajud, seseorangitu akan memiliki sahsiah yang tinngi. Seperti kata-kata yang sering kita dengar,”seseorang yang kuat itu bukanlah seseorang yang kuat fizikalnya, tetapi seseorang yangmampu menahan marahnya”.
Solat Tahajud Mendidik Jiwa Individu Supaya Menjauhi Sifat Malas
”Syaitan mengikat tengkuk seseorang dengan tiga ikatan ketika tidur. Lalu,syaitan memukul tempat tiap ikatan pada tengkuk orang yang sedang tidur sambil berkata: ’Tidurlah, kamu mempunyai malam yang cukup panjang’ Apabila seseorangyang tidur itu bangun dan berzikir kepada Allah, lepaslah satu ikatan. Lalu, sekiranya ia pergi berwuduk, terurailah satu lagi ikatan dan manakala ia solat, lepaslah ikatan terakhir shingga ia menjadi bersemangat dalam beribadah, terlepaslah segala ikatan kesempitan jiwa dan terlindunglah dari rasa malas” (Hadis Riwayat Bukhari).
 
Secara psykologinya, apabila seseorang berusaha membiasakan diri bagun untuk solat diwaktu malam yang ketika itu semua orang tidur, maka individu tersebutsebenarnya sedang memotivasikan diri agar melawan rasa malas yang menguasai diri.Daya usaha ini akan mengaktifkan gelombang alfa (gelombang positif) dalam dirimanusia dan menurunkan gelombang beta dan teta (gelomang negatif). Kaedah solattahajud ini mampu mendidik jiwa manusia agar menjadi seseorang yang kental jiwanyadan mampu mengendali perasaan malas yang menjadi penyebab utama kegagalanseseorang di dalam kehidupannya. Setelah terkikisnya perasaan malas dari jiwa seseorangitu, pucuk kerajinan akan tumbuh membesar dan seterusnya menghasilkan bunga-bungasahsiah yang harum dan menyenangkan setiap mata yang memandang.
Solat Tahajud Meningkatkan Kekuatan Dalaman dan Jiwa
Seperti kita tahu, sahsiah diri merupakan kekuatan dalam seseorang manusia.Kekuatan dalaman ini amat berhubung kait dengan teguhnya iman. Melalui solat tengahmalam, keimanan seseorang dapat ditingkatkan. Iman adalah kepercayaan dan keyakinanyang teguh kepada Allah dan rukun-rukun iman. Seseorang yang bangun semata-mata beribadah kepada Yang Maha Pencipta dan Maha Agung akan merasakan diri merekahamba kepada-Nya. Ketaatan hanya untuk Allah yang Maha Pengampun.Hati dididik dengan sifat ikhlas yang menjadi tunggak kepada peribadi unggul.Keikhlasan yang terbina melalui memantapan iman melalui solat tahajud pasti mampumendorong individu agar tidak mudah putus asa dengan kegagalan yang menimpa dantidak akan kecewa apabila jasa yang disumbangkan tak dihargai kerana merekamelakukan sesuatau berdasarkan keikhlasan dan hanya mengharapkan keredhaan Allah,Tuhan yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.Keimanan juga akan melahirkan sifat amanah iaitu satu sahsiah diri yang terpuji.Amanah adalah sifat yang sukar diukur dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanyatindakan yang menunjukkan seseorang itu beramanah atau tidak. Tanpa amanah,seseorang tidak akan diiktiraf sebagai individu bersahsiah tinggi. Apabila amanahtertegak didalam diri, seseorang tidak akan bertindak berdasarkan kepentingan diri keranasolat tahajud telah mendidik jiwanya bahawa Allah sentiasa melihat perbuatannya malahmengetahui lintasan hatinya.

Activity (17)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Izzah Atiqah liked this
Zashita Ria liked this
Fazillah Din liked this
Feby Polymorpa liked this
Feby Polymorpa liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->