Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
82Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Golongan Kata (Kata Tugas)

Golongan Kata (Kata Tugas)

Ratings: (0)|Views: 2,420 |Likes:
Published by muhdamri

More info:

Published by: muhdamri on Jan 25, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

text

original

 
GOLONGAN KATA (KATA TUGAS)
Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata, iaitu
katanama
,
kata kerja
,
kata adjektif 
, dan
kata tugas
. Kesemuanyamenimbulkan masalah kepada para pelajar. Tetapi yang paling menyulitkanialah golongan
kata tugas
.Yang menjadikan kata tugas bermasalah ialah kepelbagaiannya.Bukan sahaja jumlahnya besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehinggamengelirukan. Untuk memulakannya, kita hendaklah faham dan tahu akandefinisinya serta cara menjenis-jeniskan golongan kata ini.
KATA TUGAS
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalamayat penting kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jeniskata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat,sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksudtertentu. Tidak seperti tiga golongan kata yang lain dalam bahasa Melayu,iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, kata tugas tidak berfungsisebagai inti sesuatu frasa. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagianhadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan- perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.Oleh itu, dari segi kehadiran kata tugas dalam ayat, dapatdibahagikannya kepada empat, iaitu:1.Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat (katahubung)2.Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa (kata praklausa)3.Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa (kata prafrasa)4.Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan-perkataantertentu (kata pascakata)
 
Kata Hubung
Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubunggabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung pancanganrelatif, dan kata hubung pancangan komplemen.Jumlah kata hubung gabungan dalam bahasa Melayu amat besar,antaranya,
dan
,
tetapi
,
atau
,
 serta
,
 seraya
,
 sambil 
, dan
lalu
. Demikian jugadengan kata hubung pancangan keterangan; antaranya,
walaupun
,
kerana
,
hingga
,
 jikalau
,
untuk 
, dan
apabila
. Sebaliknya, hanya terdapat satu katahubung pancangan relatif, iaitu yang. Jumlah kata hubung pancangankomplemen juga tidak banyak, antaranya,
bahawa
,
untuk 
, dan
 supaya
.
Kata Praklausa
Golongan katat praklausa pula terbahagi kepada lima subjenis,masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugastertentu. Subjenis kata praklausa ialah
kata seru
,
kata tanya
,
kataperintah
,
kata pembenar
, dan
kata pangkal ayat
.Kata SeruKata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, danejekan. Sebagai contoh ialah perkataan
cis
dan
aduh
dalam ayat-ayat yang berikut:
1.
Cis
, penakut rupanya!
2.
Aduh
, sakitnya kakiku!Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayatdan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).Kata TanyaKata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya katatanya disertai bentuk penegas
 –kah
dan hadir di bahagian hadapan ayat.Misalnya:
 
1.
Bila
kah
awak hendak ke pejabat pos?
2.
Berapa
kah
harga buku itu?Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaituayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.Kata PerintahKata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah.Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu
ayat suruhan
,
ayat larangan
,
ayat silaan
, dan
ayat permintaan
. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. Misalnya,
 jangan
,
usah
,
 sila
,
 jemput 
,
minta
, dan
tolong.
Perhatikancontoh-contoh dalam ayat yang berikut:
1.
Jangan
ambil buku daripada almari itu.
2.
Sila
masuk ke dewan sekarang juga.
3.
Tolong 
kembalikan borang ini sebelum akhir bulan.Kata Pembenar dan Kata Pangkal AyatDua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah
katapembenar
dan
kata pangkal ayat
, masing-masing tidak begitu kerapdigunakan dalam bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran.Contoh kata pembenar ialah
benar 
dan
 ya
, sementara contoh kata pangkalayat ialah
maka
,
arakian
,
hatta
, dan
 sebermula
.
Kata Prafrasa
Yang agak besar jumlahnya dan yang kerap menimbulkan masalahialah golongan yang ketiga, iaitu kata prafrasa. Jumlah subjenis golongan iniialah lapan, iaitu
kata bantu
,
kata penguat
,
kata penegas
,
kata nafi
,
katapemeri
,
kata sendi nama
,
kata arah
dan
kata bilangan
. Bukan sahaja jumlah subjenisnya banyak, tetapi jumlah perkataan dalam setiap subjenis juga banyak dan hampir semuanya mempunyai kekerapan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Kata sendi nama, misalnya terdiri daripada satu jumlah yang besar dan kompleks penggunaannya. Subjenis kata bilangan juga kompleks,dan para pelajar selalu keliru tentang penggunaan kata nafi serta kata pemeri.

Activity (82)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
ring0 liked this
NIAliyaamalina liked this
Redhzwan Ariff liked this
Redhzwan Ariff liked this
Nasyirin Fadilah liked this
Nur Hidaya liked this
johari liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->