Professional Documents
Culture Documents
1.1 Pengenalan
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sempurna dan yang
membezakannya dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini adalah
pengurniaan akal dan fikiran yang baik. Melalui akal fikiran inilah, berkembangnya
emosi manusia seiring denganperedaran masa.
Perasaan dan emosi seperti sedih ,ketawa ,takut mencorakkan warna
kehidupan ,membentuk sikap dan personaliti seseorang. Perkataan ini berasal
daripada perkataan Greek “emovere” yang bermaksud “untuk keluar”. Maka untuk
itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan
seseorang
Kebolehan untuk mengecam perasaan orang lain serta memotivasikan
diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain
dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi didefinisikan juga sebagai sejenis kecerdasan sosial
yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di
antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya,manfaatkan
maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.(Young ,1996)
3.1 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak pada zaman
kini
Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan bertindak melanggar undang-undang
dan tidak mematuhi norma masyarakat. Kajian menunjukkan sebilangan besar
remaja delinkuen telah dididik dalam keadaan terabai yang akan bertindak secara
agresif dan tidak mempunyai kawalan diri seperti ibu bapa mereka.
Ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka melakukan sesuatu dengan sendiri
dan sedaya upaya akan menentukan apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak dan
bila patut buat. Mereka menggalakkan tingkah laku bergantung dan pasif serta
mendisiplinkan mereka dengan cara tidak memberikan kasih sayang sekiranya
anak-anak tidak mengikut arahan mereka.
Individu yang dibesarkan dengan cara ini akan cenderung untuk menjadi
bergantung, pasif, bersopan dan akur. Remaja juga akan menjadi penakut, malu dan
kurang keyakinan diri serta sukar untuk memjadi pemimpin dan melakukan aktiviti
bersama rakan sebaya.
Ibubapa autoritatif mahu anak-anak mereka hidup bahagia dan mengawal hidup
mereka sendiri dan sebagai ibu bapa mereka membantu dari segi persediaan
menjadi dewasa yang mempunyai kebebasan. Bersedia mendengar dan mendidik
anak-anak dengan tegas supaya anak-anak mereka mempunyai kekuatan ego dan
berdisiplin.
Didikan seperti ini akan menjadikan remaja cenderung menjadi egen sosial yang
aktif dan mempunyai daya usaha, boleh berdikari, disiplin yang tinggi,
bertanggungjawab, boleh berfikir untuk diri sendiri dan berpegang teguh kepada nilai
dan prinsip hidup
4.0 Implikasi Daripada Masalah Emosi Kanak-Kanak Ke Atas Perkembangan
Masa Depan Mereka.
Pengaruh ibu bapa dalam tingkah laku dan ciri-ciri personaliti remaja boleh
dipengaruhi oleh cara didikan semenjak dari kecil lagi. Walaubagaimanapun
seringkali timbul masalah antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan pemahaman dan
pengalaman merupakan masalah yang ketara dan ini dinamakan sebagai jurang
generasi. Jurang generasi merupakan salah satu punca konflik antara remaja dan
ibu bapa. Ianya adalah perbezaan yang terdapat dalam nilai, sikap dan tingkah laku
antara generasi tua dengan generasi yang lebih muda iaitu remaja. Ibu bapa selalu
memarahi anak remaja mereka yang dianggap tidak mematuhi kehendak dan
peraturan mereka. Perhubungan antara remaja dan ibu bapa akan baik sekiranya
mereka berjauhan seperti anak remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja di
tempat lain.
=Implikasi didikan ibubapa pada masalah emosi kanak-kanak ke atas
perkembangan masa depan mereka ialah:
Remaja akan berasa terancam dan tidak disayangi.Mereka juga berasa tidak
dinginkan dalam keluarga.Ini menyebabkan perasaan dendam ,marah dan
benci.Apabila di sekolah,mereka sukar dikendalikan .Pantangan sosial seperti
merokok ,minum ,judi dialami lebih awal. Mereka cepat marah,menentang,menghina
dan sebagainya.
Selain itu,mereka juga biasanya meninggalkan keluarga kacau sebelum
waktunya dngan konflik kebencian kepada keluarga .Kadang-kadang mereka pergi
jauh ,mengandung,melakukan kejahatan supaya dapat keluar rumah.Selain
itu,mereka tidak percaya pada orang lain dan tidak tahu bagaimana ada
perhubungan baik dengan orang lain kerana tidak mempunyai model keluarga asal
yang baik untuk dicontohi. Maka, ketika mereka kecewa dengan anggota keluarga,
mereka mengambil jalan menyerang, yang hanya akan lebih menjauhkan tali
persaudaraan.. Mereka kasar dan membuat orang lain tidak senang.
Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah;
KESIMPULAN
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata,
malah kawalan emosi bilik darjah perlu di ambil kira serta kualiti peribadi dan
sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Selain itu,kehebatan
pengajaran guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti,kejelasan
suara,gaya pengajaran yang menarik ,tidak membosankan
,inovasi,kreatif,pengurusan masa yang berkesan,pendekatan yang sentiasa
digunakan untuk membaiki kelemahan murid dan penglibatan murid.