You are on page 1of 8

Sinopsis BAB KE BAB

BAB 1

1. Nazar pulang dari sekolah dan mendapati ibunya tiada di rumah.


2. Nazar kemudian pergi ke rumah makciknya untuk melihat adakah ibunya berada disitu.
3. Nazar kemudian diberitahu oleh sepupunya Fauzi bahawa ibunya tiada distu. Nazar mula
bearasa risau kerana ibunya sakit nanar.
4. Mahyun, iaitu ibunya, suka merayau –rayau di sekitar kampung.
5. Nazar kemudian bertanya ibu saudaranya, Mak Miah, tetapi mendapat jawapan yang sama
dengan Fauzi.
6. Nazar pergi mencari ibunya bersama kawan baiknya, Ah Seong dan ibunya Kim Moi.
7. Mereka menemui Mahyun duduk tersadai dan bercakap sendirian.
8. Mereka kemudian memujuk Mahyun supaya pulang ke kampung.

BAB 2

1. Nazar sedang meyiapkan kerja sekolahnya semasa Pak Sahar, ayah Nazar, memasuki bilik
Nazar.
2. Pak Sahar hendak memberitahu Nazar Bahawa dia akan meghantar Mahyun ke Hospital
Bahagia.
3. Nazar berasa sedih tetapi akhirnya bersetuju.
4. Mak Miah dan Pak Sehak turut bersetuju dengan cadangan Pak Sahar.
5. Nazar tidak hendak ibunya pergi ke Tanjung Rambutan tetapi tidak mengahalang kerana
hendak ibunya sembuh.

BAB 3

1. Awal pagi, Mak Miah memakaikan Mahyun pakaian cantik kerana Mahyun akan dihantar ke
Hospital Bahagia.
2. Nazar berasa sangat sedih apabila ibunya bertanya kemana ibunya akan dibawa pergi.
3. Nazar terkenang kisah lama iaitu sebelum ibunya sakit.
4. Ada yang mengangap Mahyun berpenyakit saka.

BAB 4

1. Mahyun sudah berada di Hospital Bahagia selama seminggu.


2. Rumah Nazar semakin sunyi.
3. Nazar bertanyakan ayahnya mengenai keadaan ibunya dan mencadangkan untuk melawat
ibunya.
4. Pak Sahar menolak kerana dia sibuk bekerja.
5. Selepas siap minum pagi, Pak Sahar menaiki bas ke Lumut.

1
BAB 5

1. Nazar teringat nasihat Ah Seong supaya dia bersabar dan tabah mengahadapi ujian.
2. Nazar amat bersyukur kepada keluarga Ah Seong ya ng mengambil berat tentang dirinya.
3. Pak Sehak, Mak Miah, Zainab dan Fauzi datang ke rumah Nazar. Pak Sehak dan Mak Miah
mencadangkan agar Pak Sahar berkahwin lagi supaya kerja rumahtangga Pak Sahar terurus.
4. Nazar berasa sedih apabila terdengar perbualan Pak Sehak, Mak Miah dan ayahnya.
5. Pak Sahar menolak kerana dia tidak sanggup melihat Nazar mempunyai emak tiri.
6. Di bilik tidur, Nazar berfikir tentang ibunya dan juga adakah ayahnya ingin berkahwin lagi.

BAB 6

1. Zainab belajar Matematik dan Bahasa Inggeris dengan Nazar kerana dia amat bijak.
2. Mak Miah menasihatkan agar Zainab tidak belajar lagi di rumah Nazar dalam keadaan
berdua-duan kerana dia takut perkara buruk akan berlaku.
3. Zainab tidak dapat nyenyak kerana bersimpati dengan Nazar yang selalu bersendirian.

BAB 7

1. Pak Sahar teringat akan Mahyun dan cadangan adiknya, Miah supaya dia kahwin lagi.
2. Pak Sahar menasihati Nazar supaya tidak rapat dengan Zainab kerana takut di buruk-burukan
oleh orang kampung.
3. Nazar bertanyakan ayahnya mengenai ibunya kerana amat berindukan ibunya.
4. Nazar menyuruh Pak Sahar menjemput ibunya dari Hospital Bahagia.

BAB 8

1. Pada pertengahan bulan Oktober, Mahyun telah dibawa pulang dari Hospital Bahagia.
2. Ramai jiran datang melawat Mahyun. Walaubagaimanapun penyakit Mahyun belum sembuh.
3. Selepas tiga hari pulang, perangai Mahyun menjadi seperti biasa kerana dia suka merayau
sini-sana.
4. Nazar cuba menghalang ibunya tetapi tidak berjaya.
5. Pak Sahar menyuruh Nazar membaca buku kerana esok peperiksaan akhir Semester dan
jangan memperdulikan Mahyun kerana petang ini Mahyun akan balik.

BAB 9

1. Pada suatu petang, Mahyun masih belum pulang.


2. Nazar mencari ibunya di rumah Mak Miah dan Kim Moi tetapi ibunya tiada di situ.
3. Ah Seong ke rumah Sidang Seman untuk memberitahu bahawa Mahyun belum balik.
4. Sidang Seman menuyurh orang ramai berkumpul di halaman rumah Pak Sahar.
5. Orang kampung takut kalau-kalau Mahyun ke Padang Kerbau atau dilarikan oleh orang
halus.
6. Usaha mencari Mahyun dimulakan dan orang ramai dipechakan kepada beberapa kumpulan.
7. Beberapa orang anak muda berdiri tegak dan memangku mayat Mahyun yang dijumpai
tersepit dicelah batang kelapa di tepi sungai.

2
BAB 10

1. Penyempurnaan jenazah Mahyun dilakukan pada hari Isnin.


2. Di tanah perkuburan, kesukaran terpaksa dihadapi kerana air masuk ke dalam liang lahat
jenazah Mahyun memandangkan hujan belum berhenti.
3. Jenazah Mahyun akan dikebumikan selepas waktu zohor.
4. Pak Sehak besimpati denagna Nazar yang sudah ketiadaan ibu.
5. Nazar mengambil sehelai daun getah dan melepaskannya ke dalam liang lahat ibunya.

BAB 11

1. Nazar dan Ah Seong sudah sebulan berada di tingakatan Tiga. Zainab pula di tingakatan dua.
2. Zainab sudah pandai memasak dan mengemas.
3. Selepas kematian Mahyun, makan minum Nazar dan Pak Sahar diuruskan oleh Mak Miah.
4. Pak Sahar ingin tahu pendapat Nazar sekiranya dia berkahwin lagi tetapi Nazar tidak
memberi jawapan.

BAB 12

1. Kesihatan Pak Sahar semakin teruk.


2. Sikapnya sudah mula berubah kerana dia selalu ke masjid pada waktu magrib dan isyak.
3. Lima bulan lagi Nazar akan menduduki Peperiksaan PMR.
4. Zainab dan Nazar selalu belajar bersama-sama.
5. Kadang-kadang Ah Seong ada bersama tetapi pulang lebih awal.
6. Imam kampung datang dan bertanyakan hal ini kepada Pak Sahar.
7. Sidang Seman dan Nuar datang ke rumah Pak Sehak. Mereka memberitahu bahawa ada
orang kampung nampak Nazar dan Zainab merayau-rayau di tepi sungai berhampiran dengan
kawasan semak.
8. Nazar dan rakan-rakannya terus membincang mengenai projek yang sedang mereka
usahakan. Esok mereka akan ke tepi sungai lagi.
9. Apabila Zainab pulang Mak Miah terus melarang supaya dia tidak ke rumah Nazar lagi.

BAB 13

1. Nazar akan menduduki Peperiksaan PMR esok. Zainab mendoakan semoga Nazar berjaya.
2. Nazar dan Zainab terkenang fitnah orang kampung terhadap mereka.
3. Mak Miah menyuruh Zainab balik kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan di rumah.
4. Malam itu,batuk Pak Sahar semakin menjadi-jadi. Pak Sahar berharap Nazar akan beroleh
kajayan dalam peperiksaan nanti.

BAB 14

1. Penyakit Pak Sahar tidak juga sembuh-sembuh dan dia tidak sering ke pejabat.

3
2. Malam itu Nazar memberitahu ayahnya bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ke sekolah
asrama penuh.
3. Pak Sahar menasihatkan agar Nazar tidak bimbang dan terus balajar bersungguh-sungguh.
4. Di sekolah, dia diberitahu bahawa beliau menerima lima unit.
5. Nazar mendapat tawaran belajar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
6. Zainab menghadiahkan kotal mizik.
7. Pak Sahar, Pak Sehak dan Mak Miah mengahantar Nazar ke sekolah barunya.

BAB 15

1. Di asrama, dia lebih suka menyendiri, dia sering membuka kotak muzik hadiah daripada
Zainab apabila dia runsing.
2. Bunyi muzik dari kotak itu turut mengingatkan dia akan arwah ibunya.
3. Malam itu Nazar sukar tidur. Seorang warden datang menemui Nazar dan memberitahu
bahawa ayahnya sakit dan berada di hospital.
4. Sebelum dia sampai di Hospital Lumut, ayahnya meningal dunia.

BAB 16

1. Nazar sudah menjadi anak yatim piatu.


2. Zainab datang ke rumah Nazar dan memberitahu bahawa ayahnya menjemput ke rumah
bersarapan. Nazar menyuruh Zainab balik dahulu.
3. Nazar bercita-cita hendak menjadi doktor suatu hari nanti kerana ingin menyelamatkan orang
yang senasib ayah dan ibunya.

SINOPSIS

Cerita ini dimulakan dengan Nazar mencari ibunya,Mahyun.Nazar kemudian menjumpai


ibunya dengan pertolongan Kim Moi dan Ah Seong. Ibu Nazar kemudian dihantar ke Hospital
Bahagia. Pak Sehak dan Mak Miah mencadangkan kepada Pak Sehak untuk berkahwin lagi.
Pak Sahar menolak cadangan itu. Pada pertengahan Oktober, Mahyun pulang daripada Hospital
Bahagia.Selepas beberapa hari,Mahyun hilang kemudian ditemui mati.Nazar mendapat lima unit
dan kemudian di hantar ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh. Pada suatu malam,Nazar
dibangunkan oleh warden dan diberitahu bahawa ayahnya berada di hospital. Sebelum Nazar
sampai ke hospital,ayahnya meninggal dunia.Sejak hari itu,Nazar belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor.

TEMA

Tema dalam novel Meniti Kaca ialah ketabahan dan kesabaran dalam menempuh
pelbagai halangan hidup.

4
Dalam novel ini, Nazar tabah menempuh ujian iaitu terpaksa berdepan dengan
ibunya yang nanar. Dia terpaksa berpisah ibunya yang dihantar ke Hospital Bahagia
untuk tujuan rawatan.

Selepas ibunya pulang dan masih tidak sembuh daripada penyakitnya, Nazar
masih menghadapi ujian kerana ibunya masih merayau-rayu di sekitar kampung.
Akhirnya, ibunya hilang dan ditemui mati.

PERSOALAN

1. Persoalan mengenai keharomonian hidup masyarakat bebilang kaum. Masyarakat


berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan tolong menlong antara satu dengan
lain. Keluarga Ah Seong menunjukan layanan dan sikap positif terhadap keluarga
Pak Sahar yang mengahadapi banyak masalah.

2. Persoalan mengenai sikap masyarakat yang suka menuduh tanpa usul periksa.
Masyarakat yang hidup berjiran selalunya mengambil berat terhadap apa yang
dilakukan oleh orang lain. Nazar dan Zainab difitnah masyarakat kampung
sedangkan hubungan mereka tidak melanggar keagamaan.

3. Persoalan mengenai kasih sayang. Kasih sayang diperlihatkan dalam keluarga


dan sesama rakan. Nazar amat sayang akan ibunya kerana tidak sanggup berpisah
dengan ibunya. Nazar sayang akan sepupunya, Zainab dan sentiasa mengambil
berat terhadap sepupunya itu.

WATAK PEWATAKAN

Watak utama Nazar


- merupai anak tunggal Pak Sahar.
- Ingin mejadi seorang doktor..
- Seorang yang bijak.

Watak sampingan

Pak Sahar
- ayah kepada Nazar.
- Berusia dalam lingkungan empat puluhan.
- Bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Lumut.

Mahyun
- ibu kepada Nazar.
- Dikatakan sakit nanar sejak melahirkan anak keduanya.
- Seorang yang cantik dan berkulit langsat, rambutnya mencecah bahu serta
berlesung pipit.

5
- Mempunyai suara yang lunak dan merdu.

Zainab

- Merupakan anak kepada Pak Sehak dan Mak Miah.


- Merupakan seorfang yang cantik, ada lengsung pipit dan sentiasa menarik
perhatian di kalangan rakan sekelas dan juga Nazar.

Ah Seong

- Merupakan anak kepada Kim Moi dan Ah Leong.


- Jiran danN sahabat baik kepada Nazar.

PLOT

Permulaan Cerita.

Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Nazar, Mahyun dan Zainab.


Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tidak ada di rumah ketika
itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang lain.

Perkembangan cerita.

Pak Saha mengambil tindakan menghantar Mayhun ke Tanjung Rambutan bagi


mengubati penyakit nanar yang sedang dihidapi oleh Mahyun. Selepas beberapa bulan,
Pak Sahar mengambil pulang Mahyun tetapi penyakitnya tidak sembuh. Suatu hari,
Mahyun hilang dan akhirnya ditemui mati.

Perumitan Cerita

Nazar mengahapai pelbagai masaalah seperti ketiadaan ibu dan ayahnya yang
sering sakit. Sementara itu, Zainab dilarang oelh ibu bapanya untuk belajar bersama-
sama Nazar kerana penduduk kampung meburuk-burukan mereka.

Puncak Cerita.

Nazar dijemput oleh Pak Sehak dan beberapa orang lagi untuk melihat ayahnya
yang dimasukkan ke hospital. Sebelum Nazar sampai ke hospital, Pak Sahar meninggal
dunia.

Peleraian

Nazar terus belajar di sekolah asrama penuh di Ipoh. Dia hendak mencapai cita-
citanya untuk menjadi seorang doktor untuk menyelamatkan orang senasib ibu bapanya.

6
LATAR

1. Halaman rumh Pak Sahar.


2. Rumah Mak Miah
3. Kawasan Belukar di tepi sungai.
4. Bilik asrama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

GAYA BAHASA

1. Gaya bahasa smile. Contoh smile adalah lama kelamaan wajah-wajah hilang bagai
ketulan air batu yang mencair.
2. Unsur bahasa pengulangan. Salah satu pengulangan anafora yang terdapat dalam
novel ialah
• Adakah ayah akan berkahwin lagi?
• Adakah ayah sudah tidak sayang ibu lagi
3. Gaya bahasa bersonifikasi atau perorangan. Contoh personifikasi ialah persaan
cemas mula bergayut diwajah Kim Moi dan agin bulan Oktober yang lembab itu
terasa menampar-nampar muka Ah Seong.

NILAI MURNI

1. Nilai kegigihan. Mendedahkan kegigihan dalam menghadapi sesuatu situasi.


2. Nilai kerjasama. Wujudnya kerjasama dikalangan masyarakat kampung.
3. Nilai keyakinan. Adanya keyakinan dalam usaha yang dilakukan oleh watak. Nazar
yakin akan mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaaan PMR.
4. Nilai Kasih Sayang. Kasih sayang yang ditunjukkan sesama manusia seperti Nazar
dengan ibunya.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah tabah dan sentiasa sabar mengahadapi sesuatu dugaan seperti Nazar
dengan kematian ibunya.
2. Kita mestilah tolong menolong antara satu sama lain kerana ia merupakan amalan
masyarakat yang baik.
3. Kita mesti bersimpati kepada orang yang berada dalam kesusahan untuk meringankan
beban bagi mereka yang bernasib malang.
4. Kita mestilah jangan suka memfitnahkan orang tanpa usul periksa seperti penduduk
Kampung Kota menudah Nazar dan Zainab mempunyai hubungan sulit sedangkan
mereka tidak berbuat demikian.
5. Kita mestilah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan seperti kejayaan Nazar
mendapat lima unit dalam Peperiksaan PMR.

7
8

You might also like