You are on page 1of 2

Guru masa kini perlu berganjak untuk menghadapi cabaran era teknologi yang semakin berkembang

maju dengan pelbagai inovasi dan ciptaan baru dalam bidang komputer dan telekomunikasi. Penggunaan
peralatan teknologi dan keupayaan gaya pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta pemahaman
mengenai kanak-kanak yang dilahirkan adalah berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan kognitif
akan memaksimumkan tahap pengajaran guru dan pembelajaran kanak-kanak. Bagi meningkatkan tahap
profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran guru terutama bidang matematik, perlu sentiasa mengikuti
dan melaksanakan perkembangan semasa yang berlaku dalam bidang pendidikan.
Guru harus melaksanakan sekurang-kurangnya satu kajian tindakan dalam setahun untuk mengesan dan
mengetahui kewujudan sesuatu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian tindakan ataupun
kajian-kajian lain dalam pendidikan akan mempengaruhi gaya pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik
darjah. Hasil kajian-kajian juga perlu dikongsi bersama antara guru supaya guru dan pelajar bersama-sama
dapat faedahnya. Selain itu, guru-guru juga perlu pendedahan yang luas dalam berbagai teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaranyag terbaru dengan mengikuti kursus-kursus dalaman. Perkongsian maklumat
antara guru dengan guru cemerlang adalah sangat penting untuk memperkayakan kepelbagaian teknik dan gaya
pengajaran dan pembelajaran supaya guru tidak sentiasa mengekalkan gaya pengajaran yang sama yang boleh
membosankan pembelajaran kanak-kanak seterusnya akan mengakibatkan kegagalan objektif pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan teknologi multimedia dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran juga
dipertingkatan supaya maklumat dapat sampaikan secara lebih berkesan. Guru harus menyertai sebanyak mana
boleh pertandingan-pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri
ataupun Pejabat Pelajaran Daerah. Ini membolehkan guru dapat meningkatkan tahap pemikiran secara kritis dan
kreatif yang membolehkan pemindahan idea dari guru kepada murid berlaku dengan berkesan. Guru juga mesti
menyertai Hari Profesionalisme Guru untu berkongsi idea antara guru-guru. Guru harus meningkatkan ilmu
dengan pembelajaran seumur hidup tidak berhenti setakat peringkat sarjana muda sahaja, mereka perlu teruskan
pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Guru perlu tahu mengenai e-pembelajaran, iaitu penggunaan teknologi, rangkaian dan laman web yang
dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Penyampaian isi pelajaran yang dinamik,
menyeluruh dan secara individu dimana guru dan murid belajar secara kolaboatif. Guru harus mempunyai
kemahiran belajar, berfikir, pemudahcaraan dan berkomunikasi serta kemahiran mengurus dalam mencapai
tahap profesionalisme guru yang sebenar.
Wawasan guru adalah akan sentiasa cemerlang samaada kurikulum, ko-kurikulum, pengurusan dan
sahsiah. Ini adalah kerana guru bukan hanya memindahkan ilmu sahaja kepada pelajarnya malah membentuk
insan yang murni dalam segala-galanya iaitu berusaha melahirkan model insan yang benar-benar berkualiti.
Bagi perkembangan pelajar dari segi fizikal, rohani dan sahsiah, guru harus bersedia berkhidmat dimana-mana
jika khidmatnya diperlukan. Guru bersedia membantu sekolah, guru dan murid yang memerlukan
bimbingannya.
Dengan tahap profesionalisme dan wawasan sebagai seorang guru, adalah diharapkan guru akan
berkhidmat dengan ikhlas kerana agama, bangsa dan negara untuk mencapai tahap cemerlang, gemilang dan
terbilang.

You might also like