Doa untuk seorang sahabat
Suasana pada hari itu, mendung.Sekali sekala angin bertiup memberi khabar akan hujan padapetang itu.Di bawah pohon yang rendang itu, aku melihat suasana yang amat damai di padangyang luas terbentang di hadapanku.Keheningan ketika tiba-tiba direntap oleh suara dari kicauanburung yang hinggap di atas dahan itu.Di sebelah ku pula duduklah seorang sahabat yang sedangmeratap pilu.Sedih diriku melihat wajahnya yang suram.Di hatinya penuh dengan kesedihanyang amat.“Saya tak tahu bagaimana nak mulakannya,” kata Aien sambil air matanya mula mengalirmembasah pipinya.Di sapunya berulang kali sehingga kering namun makin banyak iamengalir.Aku melihat wajahnya yang suram itu.Terasa sebak melihat pertama kali seorang gadismenangis disisiku.“.Cuba tarik nafas kemudian hembuskan agar tenang hati itu” Aien menurut kataku.Setelahseketika dia mula berbicara.“Saya tak ada tempat untuk mengadu hal saya.Kawan-kawan serumah semuanya sibuk.Mintamaaf kerana melibatkan awak dengan masalah saya ini.Memang saya malu nak membicarakanhal saya kepada orang tapi saya tak terdaya untuk menghadapi,” terang Aien.“Okey sekarang cuba Aien beritahu saya apa masalahnya,” kataku.“sebenarnya sudah beberapa minggu saya tidak berubung dengan kekasih saya. Apa yang sayatahu Telefon bimbitnya hilang tapi kenapa dia tak menelefon saya.Apa yang mengejutkan sayaialah saya cuba hubungi telefon rumah dia.Masa itu emaknya yang menjawab panggilan sayatapi saya terkejut kerana dia menyangka yang saya ini adalah Ana,” kata aien menjelaskanperkara yang sebenar.“Sebelum ini kami pernah berpisah.Tetapi dalam masa dua minggu sahaja.Dalam tempoh itusaya dapat tahu yang dia membuat keputusan untuk bertunang dengan orang lain.Saya tak sangkabegitu drastik keputusannya.Hinggalah kami berbaik semula, maka dia tak jadi betunang kerana