Bagi menjawab soalan pertama orang mula memberikan pendapat mereka masing-masing dandaripada pendapat-pendapat yang serong inilah terjadinya perpecahan yang amat besar kepadaumat Islam.Di antara pendapat-pendapat tersebut ialah, ada yang berkata mereka (‘Aisyah dan pasukannya)keluar kerana mereka ingin melucutkan Amirul Mukminin Ali daripada jawatannya, ada yang berkata mereka keluar kerana kebencian mereka terhadap Ali, dan ada juga yang berkata merekakeluar kerana ingin menyatu padukan umat Islam selepas perpecahan yang berlaku semasa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan. Dalam hal ini, Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullahtelah berkata :
“Dan adapun (pemergian ke Basrah) Ummul Mukminin (‘Aisyah), Az-Zubair dan Thalhah Radhiallahu ‘Anhum berserta orang-orang yang bersama dengan mereka tidaklah mereka sedikitpun ingin membatalkan kekhalifahan Ali (Radhiallahu ‘Anhu), mereka tidak (juga)mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkanbeliau (Ali Radhiallahu ‘Anhu) daripada jawatan tersebut, tidak juga bertujuan mengangkat khalifah yang baru yang lain dan tidak memperbaharui bai’ah kepada sesiapa yang lain. Iniadalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa dengan apa cara jua. Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah merekatidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai’hdaripadanya…yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain (adalah) untuk menutup(daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Uthman Radhiallahu ‘Anhu.”
[al-fishal fi al-milal wa al-ahwa’ wa al-nihal, (ditahqiq oleh Ahmad Syams Ad-Din; Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, Beirut,1996), jilid 3, ms.83]Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita semua jawapan kenapakah Ummul Mukminin‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha berserta pasukannya pergi ke kota Basrah. Cubalah berfikir secara positif, manakah mungkin mereka yang telah diredhai oleh Allah S.W.T melakukan perkara yangditegahnya iaitu memutuskan silatur rahim. Mereka juga adalah orang yang selalu berada di sisiRasulullah S.A.W, mengikuti sunnah baginda, berhijrah bersama baginda, berperang bersama baginda dalam setiap peperangan yang baginda lalui dan memberikan janji taat setia (bai’ah)kepada baginda di bawah pokok. Di bawah ini akan dijelaskan kenapakah peperangan tersebut boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang telah dijanjikan syurga oleh Tuhan SekalianAlam.
KENAPAKAH BERLAKUNYA PEPERANGAN JAMAL?
Al-Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata lagi, pasukan Ali (Radhiallahu ‘Anhu) turut keBasrah bukan untuk memerangi pasukan ‘Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka,menguatkan mereka dan menyatukan (kembali) umat Islam (di bawah satu panji) dalammenghadapi peristiwa pembunuhan Uthman (Radhiallahu ‘Anhu). [Al-Fishal, jilid 3, ms. 83]Akan tetapi pada waktu yang sama terdapat sebahagian daripada pemberontak-pemberontak padazaman Uthman yang menyelimutkan diri mereka di dalam kalangan umat Islam telah melihat