You are on page 1of 10

KEMAHIRAN MEMBACA

• Kemahiran membaca merupakan salah satu


daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca
adalah lanjutan daripada kemahiran-
kemahiran asas seperti mendengar dan
bertutur.
• Membaca ialah proses kebalikan daripada proses
menulis. Proses membaca memerlukan
seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-
lambang bertulis kepada lambang-lambang
bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia
melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi
secara serentak. Apabila kita membaca kita akan
menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan
dan pada masa yang sama kita akan
menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
TAKRIF MEMBACA
• Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca.
Membaca dimaksudkan sebagai proses
memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan
Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan
sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk
visual dan menghubungkan bentuk itu dengan
bunyi ataupun makna yang diketahui melalui
pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan
maksudnya.
• Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca
berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara
penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat
oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula
menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang
bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang
terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah
terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang
dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud
interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana
hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran
sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.
Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran
yang wujud dalam minda.
JENIS PERINGKAT MEMBACA
• Terdapat empat jenis peringkat membaca
iaitu;
• Bacaan mekanis (bersuara)
• Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
• Bacaan intensif (mendalam)
OBJEKTIF BACAAN MEKANIS
• Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
• Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
• Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa
kata dan juga apabila menggunakan kamus.
• Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta
tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
• Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang
lain.
• Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
• Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
• Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
• Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.
OBJEKTIF BACAAN MENTALIS
• Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca
dengan sendiri.
• Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca
dan memahami apa yang dibacanya,
• Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan
pantas.
• Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap
untuk mendapatkan pengetahuan.
• Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis
untuk hiburan.
OBJEKTIF BACAAN INTENSIF
• Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi
sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik.
• Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan
itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
• Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
• Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang
dibaca.
• Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.
• Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
• Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan
sebagainya.
RUJUKAN
• Ab. Rahman Ab. Rashid. 1997. Pengajian Melayu 1
Diploma Perguruan ; Malaysia. Balakong, Selangor;
Longman Malaysia

• Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas


KBSM. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

• Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992. Siri Panduan Guru


KBSR Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur;
Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like