You are on page 1of 41

TMK DALAM

PENDIDIKAN JASMANI
MULTIMEDIA PERSEMBAHAN
MEREJAM LEMBING

EN. EDSON HO YEH XIANG


JABATAN BELIA DAN SUKAN JOHOR DARUL
TAKZIM

Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan


http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=52&t=178
ISI KANDUNGAN
 PENGENALAN ACARA REJAM LEMBING
 ALATAN
 KAWASAN REJAMAN LEMBING
 PERATURAN-PERATURAN AM ACARA
 PRINSIP ASAS MEREJAM LEMBING
 KEMAHIRAN ASAS REJAM LEMBING
 UJI MINDA
LIHAT SEBELAH
1.0 PENGENALAN ACARA
REJAM LEMBING
1.1 – Sejarah Rejam Lembing
1.2 – Maklumat Acara
1.3 – Jaguh Negara Malaysia
1.4 – Jaguh Acara Merejam

LIHAT SEBELAH
1.0 PENGENALAN ACARA
REJAM LEMBING
 Mengikut catatan acara merejam lembing adalah
acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan
olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat
pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada
tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu acara
padang yang penting di dalam sukan olahraga.
Acara ini dipertandingkan mengikut kategori
lelaki dan wanita
LIHAT SEBELAH
1.1 SEJARAH REJAM LEMBING
 Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang
tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba
lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan
sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam
lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik
Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam
lembing merupakan satu acara balingan dalam semua
acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di
peringkat negeri, daerah atau sekolah.

LIHAT SEBELAH
1.2 MATLAMAT ACARA

 Matlamat acara ini ialah merejam lembing


sejauh yang dapat dilakukan dengan
mengikut peraturan dan di dalam kawasan
yang telah ditetapkan. Para pemenang akan
ditentukan menerusi rejaman atau balingan
yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi
atlet acara ini ialah lembing dan kawasan
membuat rejaman iaitu padang.
LIHAT SEBELAH
1.3 JAGUH NEGARA MALAYSIA

 Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan


Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara
Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk
Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh
wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut
menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa
yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang
susuk badan memainkan peranan yang penting untuk
menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.

LIHAT SEBELAH
1.4 JAGUH ACARA MEREJAM

 Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff


dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang
tegap dan berbadan sasa telah berjaya
merejam lembing melebihi 90 meter dan
rejaman beliau adalah antara yang terbaik
dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga
merupakan pemegang rekod dunia dalam
acara merejam lembing sehingga sekarang.
LIHAT SEBELAH
RAJAH MEREJAM LEMBING

LIHAT SEBELAH
2.0 ALATAN - LEMBING
2.1 – Ciri-ciri Lembing

2.2 – Rajah Lembing

LIHAT SEBELAH
2. 1 C i ri - ci r i Le mb in g

Ciri - ciri Maklumat Alatan


Bahan Berbuatan : Kayu / Besi / Logam Campuran
Bahagian Lembing : Kepala (panjang), pegangan (grip),
hujung/ekor (tajam)
Ukuran Bahagian : a. BHG. Kepala : 25cm -33cm
Lembing b. BHG. Pegangan :
 15cm – 16cm (lelaki)
 14cm – 15cm
(perempuan / lelaki bawah18 tahun )
Ciri- ciri Pegangan : a. Terletak pusat graviti lembing
(Grip) b. Berat minimum 800g (kategori lelaki),
600g (kategori perempuan)

LIHAT SEBELAH
2. 2 R aj ah Le mbi ng

LIHAT SEBELAH
3.0 KAWASAN REJAMAN
LEMBING
3.1 – Kawasan Rejam Lembing

3.2 – Kawasan Khas


3.3 – Rajah Kawasan Rejam
Lembing

LIHAT SEBELAH
3. 1 Kawas an Re jam Le mbi n g
 KAWASAN REJAMAN HENDAKLAH BEBAS DARIPADA
SEBARANG GANGGUAN ATAU HALANGAN SERTA TIDAK
MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN ORANG RAMAI.

Ciri-ciri Maklumat
Kawasan Larian :
Panjang ≥36.5 m , lebar 4 m
Kawasan Rejaman :  Dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah
mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan
ke titik sudut.

 Panjang kawasan ini tidak mempunyai had


asalkan bersesuaian dengan taraf atau
prestasi peserta.

LIHAT SEBELAH
3. 2 Kawas an Khas
 Kawasan khas hendaklah disediakan untuk
acara ini. Oleh sebab acara ini memerlukan
larian dan rejaman yang jauh maka kawasan
yang lebih luas atau besar daripada sebarang
gangguan atau halangan serta tidak
menjejaskan keselamatan penonton atau
orang ramai menyaksikan acara itu
dijalankan. Biasanya kawasan khas ini
disediakan di atas padang bola atau stadium
terbuka. Kawasan ini hendaklah ditandakan
mengikut garisan dan ukuran yang ditetapkan
mengikut penetapan yang diiktiraf IAAF.
LIHAT SEBELAH
3 .3 R ajah Kawasan R ej am
Le mbi n g
4.0 PERATURAN REJAM
LEMBING
4.1 - Peraturan-peraturan
Am Rejam Lembing

4.2 - Penggunaan Kasut


4.3 - Pita Pengukur
4.4 - Kesilapan Umum

LIHAT SEBELAH
4.1 - Peraturan-peraturan Am
Rejam Lembing
 Lembing hendaklah dipegang pada bahagían
gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu.
 Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari
dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing
yang direjam mestilah mendarat kawasan yang
dibenarkan.
 Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak
di atas padang, cukup sekadar kepala lembing
menyentuh tanah dahulu.
 Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
rejaman selagi lembing belum mendarat.
LIHAT SEBELAH
 Lembing yang patah sama ada semasa rejaman
atau berada di udara, rejaman adalah sah.
 Sarung tangán tidak dibenarkan.
 Setiap peserta diberi enam kali rejaman
sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang
peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang,
tiga rejaman akan diberikan setiap peserta.
Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman
paling jauh akan mará ke pusingan akhir. Mereka
akan diberi tiga rejaman.

LIHAT SEBELAH
4. 2 - P e n ggun aan Kas u t
 Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara
ini ialah spike.

 Jika menggunakan kasut getah, hendaklah


dipastikan kasut itu dalam keadaan baik
terutama pada bahagian tapaknya.

LIHAT SEBELAH
4. 3 - P i ta Pe ngu k ur
 Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang
lebih pajang ukurannya.
 Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana
kepala lembing mendarat dengan garisan
penanda

LIHAT SEBELAH
4. 4 - KE SI LAPAN UMUM

 Peluang melakukan kesalahan dalam acara


lontaran atau lompatan adalah tinggi berbanding
dengan acara larian. Dalam mengambil bahagian
dalam acara-acara lontaran, peserta bukan
sahaja perlu mengawal diri, tetapi pada masa
yang sama mengawal peralatan yang digunakan
serta kawasan yang membolehkannya membuat
lontaran. Setiap anggota tubuh peserta juga
dapat mengawal dan mengimbangi kedudukan
semasa, sebelum dan selepas melakukan
lontaran. Akibatnya sering berlaku kesilapan
sepanjang pergerakan peserta.

LIHAT SEBELAH
5.0 PRINSIP ASAS MEREJAM

LEMBING
 Pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan
keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan
tindakan yang berkesan semasa merejam lembing.
 Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan
mengajar para pelatih tentang cara memegang
lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan
cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat
berlari sambil merejam lembing.
 Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum
merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan
yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan
tumit untuk membantu pergerakan badan adalah
perlu kepada para pelatih.
6.0 KEMAHIRAN ASAS REJAM
LEMBING

6.1 - Fasa Persediaan


6.2 - Fasa Lari Landas
6.3 - Fasa Rejaman
6.4 - Fasa Ikut Lajak

LIHAT SEBELAH
6. 1 Fasa P e rs e di aan
 Fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik
memegang dan menentukan kedudukan lembing serta
persediaan mental.

6.1.1 Teknik Memegang


 Gaya Amerika
 Lembing dipegang di antara ibu jari dan
jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari
yang lain.
 Gaya Pegangan - U
 Lembing dipegang di antara jari telunjuk
dan jari tengah.

LIHAT SEBELAH
 Gaya Finnish
 Lembing dipegang di antara ibu jari dan
jari tengah.

LIHAT SEBELAH
6.1.2 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian
Ialah:
 Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak
dan seles
 Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang
dipilih dengan kemas dan selesa
 Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan
bersudut 40 darjah
 Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke
arah kawasan rejaman
 Pandang ke arah kawasan rejaman

LIHAT SEBELAH
6. 2 Fasa Lar i Lan das
 Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras
kepala
 Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara
terkawal
 Langkah terakhir lebih besar daripada langkah –
langkah sebelumnya
 Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa
memberhentikan larian supaya kuasa larian
dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa
rejaman

LIHAT SEBELAH
6. 3 Fasa R e jaman
 Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke
lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum
pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian
ialah:
 Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke
tanah, kilaskan badan ke sisi
 Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan
menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi
pinggang
 Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke
hadapan untuk melancarkan lembing
Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan
lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa
rejaman
LIHAT SEBELAH
6. 4 Fasa I k ut Lajak
 Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas
merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:
 Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak
ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
 Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
 Rendahkan badan bagi mengimbang dan
menstabilkan kedudukan badan
 Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan
lengkungan bulatan

LIHAT SEBELAH
UJI MINDA
UJI MINDA

LIHAT SEBELAH
Soalan 1
 Bilakah permainan rejam lembing diperkenalkan
dan dimainkan?

A. Zaman Paleolitik

B. Zaman Purba

C. Zaman Logam

D. Zaman Mesolitik

Jawapan : B. Zaman Purba

LIHAT SEBELAH
Soalan 2
 Berikut adalah ciri-ciri lembing, manakah yang BUKAN
ciri-ciri lembing?

A. Struktur lembing terdiri daripada kepala,


pegangan, dan ekor.

B. Diperbuat daripada besi atau kayu.

C. Bagi kategori perempuan, berat pegangan (grip)


sebanyak 500g.

D. Panjang bahagian kepala lembing ialah antara


25cm hingga 33cm.

Jawapan : C

LIHAT SEBELAH
Soalan 3
 Berikut merupakan teknik-teknik memegang lembing.
Yang manakah teknik di mana lembing dipegang di
antara ibu jari dan jari tengah.

A. Teknik Finnish

B. Teknik Pegangan-U

C. Teknik Mengayuh

D. Teknik Amerika

Jawapan : A. Teknik Finnish

LIHAT SEBELAH
Soalan 4
 Berikut yang manakah merupakan peraturan dalam
acara rejam lembing.
I. Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara
ini ialah spike.
II. Lembing hendaklah dipegang pada bahagían
gripnya dan mesti direjam melalui bawah bahu.
III. Sarung tangán tidak dibenarkan.

IV. Lembing yang patah sama ada semasa rejaman


atau berada di udara, rejaman adalah tidak sah.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV Jawapan : B. I dan III
D. III dan IV
LIHAT SEBELAH
Soalan 5
 Berikut merupakan fasa-fasa rejam lembing. Susun
semula fasa-fasa berikut mengikut susunan yang betul.
I. Fasa Rejaman

II. Fasa Persediaan

III. Fasa Lari Landas

IV. Fasa Ikut Lajak

A. I, III, II, dan IV


Jawapan :
B. II, III, I, dan IV B. II, III, I, dan IV
C. I, II, III, dan IV

D. IV, III, I, dan II

LIHAT SEBELAH
Soalan 6
 Apakah objektif acara rejam lembing?
Jawapan : Objektif acara rejam lembing ialah
merejam lembing sejauh yang dapat
dilakukan dengan mengikut peraturan
dan di dalam kawasan yang telah
ditetapkan.

Soalan 7
 Huraikan latihan ansur maju.
Jawapan : Ia merupakan latihan tentang cara
memegang lembing, berlari dengan
lembing, merejam dengan cara berdiri
dan seterusnya sehingga mereka dapat
berlari sambil merejam lembing.
LIHAT SEBELAH
Soalan 8
 Apakah yang difokuskan dalam fasa persediaan?
Jawapan : Fasa persediaan focus kepada
persediaan fizikal seperti teknik
memegang dan menentukan kedudukan
lembing serta persediaan mental.

Soalan 9
 Mengapakah pemindahan kuasa kaki ke lembing
adalah penting semasa merejam lembing?
Jawapan : Pemindahan kuasa kaki ke lembing
dapat memberi kelajuan yang maksimum
pada rejaman.

LIHAT SEBELAH
Soalan 10
 Mengapakah kawasan khas haruslah disediakan?
Jawapan : Kawasan khas haruslah disediakan
kerana acara ini memerlukan larian
dan rejaman yang jauh maka kawasan
yang lebih luas atau besar daripada
sebarang gangguan atau halangan.

LIHAT SEBELAH
Sekian
Terima Kasih

You might also like