You are on page 1of 3

JAWATANKUASA PENDUDUK ISLAM

SURAU TAMAN VISION HOMES, SEREMBAN2


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT KALI KETIGA 2008

Tarikh : 17 April 2008


Hari : Khamis
Masa : 9.20 malam – 10.50 malam
Tempat : Surau Sementara Taman Vision Homes, Seremban 2
Kehadiran :
BIL NAMA JAWATAN
( SURAU )
1 MOHAMAD FAUDZI BIN ABU ZARIN PENGERUSI / IMAM
2 MEJAR BADA ROKMAN B. HAMID NAIB PENGERUSI
3 EDIE AMER BIN MOHAMAD SETIAUSAHA
4 HAMIZI BIN BAHAROM BENDAHARI
5 MOHD NOR SHAHAMIN BIRO KEBAJIKAN 2
6 MOHD FIRDAUS B. YAACOB BIRO REKRIASI 1
7 MOHD YAZID B. M.NASIR BIRO REKREASI 2
8 HJ. RIZWAN BIN DAUD IMAM
9 MOHD NADZRIN B IBRAHIM IMAM
10 NOR RAHMAT B. SULAIMAN BILAL
11 MOHD NASRI B. ABU BAKAR PENYELENGGARAAN 1
12 MOHD KHAIRI B. RASHID PENYELENGGARAAN 2
13 HJ. RIZWAN BIN DAUD KETUA LORONG 4,5 & 6/IMAM
14 ADNAN BIN KOSNI PEN. KETUA LORONG 10/BILAL
15 AMRAN SANI B. ABDULLAH PEN. KETUA LORONG 11
16 ROSFAIZI BIN BALIA KETUA LORONG 14
17 MOHD YUSRI MOHD YASIN P. KETUA LORONG 14
18 MOHD SURUR BIN HJ. SAID KETUA LORONG 18
19 HAJAH NORSIMAH HJ ABD JALEL BIRO WANITA ( PENGERUSI )
20 HASLINA BT. YUSOFF BIRO WANITA ( SETIAUSAHA )
21 NORSHIDAR SHAMSHUDIAR BT MOHD NAWAWI BIRO WANITA ( BENDAHARI )
22 NOORSUSALIWATI BT. SAID BIRO WANITA ( AJK )
23 MAIZATUL AKMAR BIRO WANITA ( AJK )
24 AZLINDA BT. ABD AZIZ BIRO WANITA ( AJK )
25 NORIZAN BT. CHE AIK BIRO WANITA ( AJK )

BIL PERKARA TINDAKAN

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 En. Fauzi mengucapkan ribuan terima kasih kepada


semua yang hadir.
Makluman
1.2 En. Fauzi membentangkan penyata kewangan terkini seperti
berikut :
Jumlah pungutan terkini pembinaan surau : RM 20 821.00
Kutipan bulanan surau sementara : RM 1 126.00

1
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu

Tiada

3.0 Pembentangan Laporan Dan Cadangan Biro-Biro

3.1 Biro Wanita


- kelas mengaji untuk anak telah dimulakan pada
16.4.08 ( Rabu-Jumaat ) Hajah
- Bilangan terkini seramai 15 orang dan tiada baran yang Norsimah
ditetapkan ( sumbangan ikhlas )
- Kelas mengaji untuk ibu para ibu akan dimulakan awal Mei Makluman
( Tasmik & Al-Quran ) & ( Marhaban & Berzanji )

3.2 Biro Sukan


- Menyatakan aktiviti permainan seperti berikut :
bola tampar : setiap petang
futsal : setiap malan Hari Jumaat Makluman
badminton : setiap malam Hari Sabtu

- Menyatakan pasukan Futsal Vision Homes akan berlawan


dengan pasukan dari Senawang pada 18.4.2008 ( malam )

- Menyatakan cadangan mengadakan senamrobik pada setiap


pagi Ahad dan sukaneka tahunan. Upah jurulatih sebanyak En. Firdaus
RM 100/sejam (senamrobik )
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut dan meminta
Biro Sukan meneruskannya dan bayaran tersebut
menggunakan kutipan lain(tidak menggunakan tabung surau).

3.3 Biro Pendidikan


Tiada

3.4 Biro Kebajikan


- En. Mohd Nor b. Shahamin mewaki En. Hashim menyatakan
usul seperti berikut: En.Mohd
- khairat kematian Nor b.
- gotong-royong dijalankan jika ada kenduri Shahamin
- En. Fauzi menyatakan setakat ini khairat kematian ditumpang
di bawah Surau Garden Homes. Borang dan maklumat lanjut makluman
akan diperoleh daripada Pengerusi surau tersebut.
- Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan “kursus jenazah”
peringkat Taman Vision Homes.

4.0 Lain-Lain Hal

4.1 En. Fauzi menyatakan kelas mengaji untuk anak-anak pada


waktu malam akan diadakan dan di ajar oleh Ustaz Zaki.
Maklumat lanjut akan dibincangkan kemudian selepas ustaz Zaki
membuat bancian.

4.2 En. Fauzi menyatakan peranan ketua lorong amat penting dan
perlu berfungsi untuk menambah bilangan jemaah hadir ke
surau. Perbincangan dengan ketua lorong akan diadakan.

2
4.3 En. Rahmat mencadangkan agar jawatankuasa pergi ke setiap
rumah Islam untuk aktiviti ziarah bersama ketua lorong.
Mesyuarat bersetuju dan cara terbaik untuk melaksanakannya
akan dibincangkan kemudian.

4.4 Mesyuarat bersetuju agar satu risalah dikeluarkan dan diedarkan


ke setiap rumah Islam bertujuan untuk mempromosikan
kewujudan surau dan laman web surau ( pengunaan laman web
perlu di aktifkan ) .

4.5 Haji Nazrin menyatakan bacaan Hadist setiap kali selepas Isyak
perlu diadakan pada setiap hari. Mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut

4.6 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan sudut ilmu/bilik rujukan


di surau untuk manfaat bersama. makluman

4.7 Mesyuarat bersetuju untuk menghubungi Pihak MPS untuk


menyelesaikan masalah anjing liar di taman ini.

4.8 Mesyuarat pada dasarnya bersetuju dengan usul/cadangan


daripada seorang penduduk Taman Vision Homes untuk
menyediakan “ Buletin Surau” . Mesyuarat melantik En Rahmat
sebagai wakil jawatankuasa untuk berjumpa pembawa usul
tersebut bagi membincangkan perkara ini.

4.9 En. Edie mengagihkan senarai nama penduduk kepada ketua


lorong dan ketua biro untuk dikemaskinikan data.

5.0 Ucapan Penangguhan

En. Fauzi mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua


dan berharap segala yang dirancang dapat dilaksanakan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………..
EDIE AMER BIN MOHAMAD MOHAMAD FAUDZI BIN ABU ZARIN
Setiausaha Pengerusi
Jawatankuasa Surau Vision Homes Jawatankuasa Surau Vision Homes

You might also like