You are on page 1of 16

Perancangan

Pusat Sumber Sekolah


Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
2010

Pengenalan :-

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan organisasi yang mempunyai


matlamat sebagai pengumpulan dan penyebaran maklumat. Sebagai sebuah
pusat yang dilengkapi dengan bahan-bahan buku dan bukan buku seperti alatan
media, PSS berupaya menampung pelbagai maklumat terkini sesuai dengan
cabaran pendidikan semasa.

PSS dianggap sempurna dan lengkap bagi mencapai matlamat dan arah
tuju penggunaannya serta operasinya, sekiranya diberi input dan output yang
serba lengkap dari sudut fizikal dan perabutnya. Hal ini tidaklah bererti PSS
dibangunkan apabila telah ada segala bahan dan peralatannya. Walau
bagaimanapun fungsi PSS dapat diwujudkan sepenuhnya dengan kadar
kemampuan dan situasi yang menggalakkan maju mundurnya perkembangan
PSS.

Era teknologi pendidikan yang serba canggih pada abad ini menuntut
sebuah PSS yang memenuhi kehendak dan tuntutan Falsafah Pendidikan
Negara (FPN ). Justeru itu sewajarnyalah PSS diselenggara dengan perisian
teknologi maklumat yang memenuhi selera dan aspirasi pendidikan negara.
Adalah diharapkan rancangan ini sekurang-kurangnya dapat membantu semua
pihak menghasilkan garis panduan bagi sesebuah sekolah mewujudkan PSS atas
kadar dan kemampuan.
Latar Belakang :-

Atas beberapa faktor yang disarankan sebagai bimbingan, sekurang-


kurangnya dapat mencapai fungsinya. Antara faktor- faktor latar yang
membantu perlunya PSS mencapai objektifnya ialah :-

1. Ketika berada di PSS semua pihak akan merasakan seolah –olah berada
di sebuah gedung ilmu.
2. Situasi yang tidak menekan mental dan perasaan seolah – olah berada di
di institusi ini bagi menghasilkan program dan hal-hal yang mencakupi
pembelajaran.
3. Peralatan yang teratur, pengurusan yang sempurna, penghasilan yang
yang terancang akan mewujudkan rasa minat dari semua peringkat umur.
4. Matlamat jangka panjang akan menjadikan penghasilan, idea yang lebih
efisyen dari masa ke semasa.

AKTIVITI- AKTIVITI PENGGUNAAN PUSAT SUMBER

1. Oriental kepada murid:

a) Memperkenalkan PSS kepada murid- murid dari peringkat permulaan


lagi tentang PSS.
~ Sudut-sudut pengurusan.
~ Sudut pameran buku, hasil koleksi, keceriaan, carta, bilik tayangan /
APD dan sebagainya.
~ Peraturan –peraturan penggunaannya.
~ Ruang- ruang pembelajaran secara langsung.
b) Peraturan penggunaan PSS.
2. Publisiti Penggunaan PSS :

a) Penyampaian maklumat melalui guru media, guru perpustakaan dan


kelas.
b) Mengadakan kempen dan poster-poster yang menarik minat murid untuk
memasuki PSS secara berterusan.
c) Mengadakan pelbagai pogram, aktiviti untuk menarik minat murid
seperti Program Minggu Pusat Sumber, Kempen Membaca, Program
Nilam,Kuiz Pengetahuan Am, Pertandingan Membuat Buku Skrap,
Peraduan Mencari Maklumat, dan lain –lain lagi.
d) Menyediakan hadiah-hadiah galakan bagi murid – murid yang sering
datang ke PSS.

3. Pameran
a) Pameran buku- buku.
b) Buku- buku, majalah, risalah, dan buku rujukan.
c) Pameran melukis dan mewarna kulit buku.

c) Projek penghasilan Bahan Oleh Murid –murid:


a) Membuat Mobile
b) Menghasilkan taman bacaan, sudut membaca dsbnya.
c) Pertandingan melukis dan mewarna kulit buku.

d) Menubuh/mempelbagaikan aktiviti Kelab PSS.


a) Lawatan ke PSS, Perpustakaan Awam dan Negara.
b) Kempen dan kegiatan pertambahan perolehan bahan.
c) Bekerjasama dan mendapatkan sokongan PIBG sekolah untuk
kejayaan masa depan PSS.
SUMBER KEWANGAN:

i. Wang Suwa.
ii. Wang Kerajaan.
iii. Sumbangan PIBG.

Matlamat Pusat Sumber

Matlamat utama penubuhan Pusat Sumber Sekolah adalah


mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah. Di samping itu,PSS
membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kretif, inovatif, dan
berdaya maju.Ini secara tidak langsung membentuk golongan pelajar yang
berilmu, kreatif, inovatif, dan sahsiah yang mantap dan bersepadu.

Pusat Sumber Sekolah (PSS ) Sekolah Kebangsaan Puchong Indah


mempunyai matlamat sebagai :

1. Pusat pengumpulan bahan – bahan buku dan bukan buku terkini.


2. Pusat penyebaran ilmu dan berita terkini dan
3. Pusat kegiatan media menerusi projek- projek berasaskan bahan, sumber,
dan modul latihan ( kursus dalaman ).
PERANCANGAN TAKTIKAL PEMBANGUNAN
KURIKULUM
UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH

2010
Justifikasi:-

Unit Pusat Sumber SEKOLAH (PSS ) merupakan organisasi


yang mempunyai matlamat sebagai pusat pengumpulan dan
penyebaran maklumat. Sebagai pusat yang dilengkapi dengan
bahan – bahan buku dan bahan bukan buku seperti alat media,
PSS berupaya menampung maklumat terkini sesuai dengan
cabaran pendidikan semasa. Pusat Sumber Sekolah merupakan
nadi sekolah yang berterusan ke arah perkembangan potensi
murid dari aspek intelek yang mengambil kira aspek berikut :-

1. Menyediakan iklim pengajaran dan pembelajaran yang sihat


dalam memupuk budaya ilmu yang berterusan.

2. Meningkatkan potensi murid dengan meningkatkan mutu


pendidikan melalaui kemudahan perkhidmatan maklumat,
fizikal, dan sumber.

3. Meningkatkan daya pemikiran dan minat serta amalan


kebiasaan melalui perkhidmatan koleksi bahan dan sumber.

4. Mencungkil bakat dan potensi murid yang kreatif dan


kritis.

5. Membantu memupuk pembentukan warga sekolah ke arah


berbudaya ilmu melalui budaya membaca, budaya berfikir,
dan budaya ingin tahu.
PERANCANGAN STRAEGIK PEMBANGUNAN
KURIKULUM PERANCANGAN TAKTIKAL UNIT
PEPERIKSAAN SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
2010

Falsafah Pendidikan Menjadikan Insan Seimbang.


Kebangsaan :

Misi Pendidikan Pendidikan Berkualiti Bertaraf Dunia


Negara:

Melahirkan insan yang berilmu,berperibadian


Visi Sekolah:
mulia ke arah kecermelangan hidup untuk
menempuh globalisasi.

Berusaha dengan semangat waja untuk memberi


Misi Sekolah :
pendidikan keilmuan, kerohanian, jasmani dan
sahsiah ke arah kecemerlangan.

Visi Bahagian
Melahirkan insan yang berilmu dan berdaya saing
Kurikulum :
ke arah kecemerlangan akademik.

Mempertingkatkan professional pengurusan pusat


Visi Unit Pusat
sumber sekolah yang cemerlang dalam membentuk
Sumber generasi berilmu, dinamik, berketrampilan dan
gemilang demi kecemerlangan murid.
Sekolah :

Menyediakan prasarana yang mencukupi ke arah


Misi Unit Pusat
melahirkan generasi cemerlang, berilmu, berhemah
Sumber tinggi, dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
Sekolah :

PERANCANGAN OPERASI PEMBANGUNAN


KURIKULUM
UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH

2010
Justifikasi :-
Unit Pusat Sumber diwujudkan di sekolah ini kerana perkara –
perkara berikut :
1. Memperkenalan kemahiran belajar yang berkesan dan efektik
melibatkan :
a. Kemahiran membaca
b. Kemahiran mencatat dan mengambil nota
c. Kemahiran pengurusan masa
d. Kemahiran pengurusan diri
e. Kemahiran pengurusan persekitaran
f. Kemahiran mendengar dan bertutur
g. Kemahiran mengulangkaji secara induvidu dan
kumpulan
h. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan melalui
rujukan di pss
i. Kemahiran mengulangkaji secara kendiri,kumpulan dan
kelas
j. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

2. Mempertingkatkan professional pengurusan dan seterusnya


mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah dengan:
a. Merangsang keinginan murid dan guru – guru melalui
aspek estetika yang menarik dalam menggunakan
kemudahan. Perkhidmatan dan koleksi bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber sekolah.

b. Membantu pendidikan dan golongan pelajar


menggunakan bahan pengajaran dan bukan
pembelajaran yang efektif.

c. Meningkatkan daya pemikiran murid yang kreatif dan


inovatif melalui kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

d. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan


potensi induvidu serta sahsiah.

e. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai


kemudahan pembelajaran.

f. Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan


menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik.

g. Menyediakan dan menyemai perkhidmatan


pembelajaran yang berbeza dan pelbagai.

h. Melatih para pelajar menggunakan kemahiran


maklumat dalam proses pembelajaran.

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN KURIKULUM


UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
2010
RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN
MINGGU 1 HARI 1 MASA 1 TEMPAT BILIK
JAM GERAKAN

MATLAMAT Membincangkan tarikh, program dan pengurusan


yang berkesan secara bersama dengan kakitangan
sumber dalam merancang dan membentuk
strategik dan cara perlaksanaan.

OBJEKTIF 1. Membuat persediaan awal dalam merancang


dan menyusun strategik perlaksanaan
pembangunan pusat sumber sekolah sebelum
program aktiviti di pusat sumber dijalankan.
2. Mengenal pasti kelemahan sedia ada dan
memikirkan cara untuk mengatasinya dalam
pengurusan dan penyediaan bahan buku dan
bahan bukan buku.
3. Perancangan lebih sistemetik dan berkesan
kerana di rancang lebih awal.

1. Membincangkan tarikh perancangan


AKTIVITI pembangunan sumber manusia, bahan buku
dan bahan bukan buku di pusat sumber yang
akan dijalankan sepanjang tahun tersebut.
2. Menyediakan tugasan dalam membentuk
organisasi dan pengurusan pusat sumber
sekolah dan sistem perjalanan pusat sumber
sekolah yang sistemetik.

PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


UNIT
3. PUSAT SUMBER
Memutuskan tarikh SEKOLAH
akhir bagi sesuatu proses
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
sebelum dan selepas program aktiviti yang
2010
dijalankan di pusat sumber atau program
MATLAMAT: Pada tahun 2010, Unit Pusat Sumber Sekolah di
sekolah yang dijalankan.
kukuhkan di sekolah ini dengan tujuan;
1. Mengukuhkan tahap pengetahuan murid melalui pembangunan
intelek berdasarkan penambahan kemudahan dan perkhidmatan
bahan yang sesuai di pusat sumber sekolah.
PENILAIAN:
PENAMBAHBAIKAN:
2. Mengukuhkan dan membangunkan aspek intelek murid dengan
memperkayakan kreativiti dan budaya berfikir yang lebih berkesan
menerusi kemahiran belajar secara kendiri berdasarkan bahan dan
perkhidmatan yang terdapat di pusat sumber sekolah.

3. Mendedahkan peraturan dan undang – undang pusat sumber yang


sistematik dan lebih efisyen dari semasa ke semasa.

4. Mengukuhkan warga sekolah melalui pengetahuan dan minat


membaca yang mendalam melalui bahan yang diperolehi, bahan
pengajaran yang lengkap meliputi semua mata pelajaran dan
program – program yang dirancang pada tahun ini.

5. Membantu dalam pendedahan maklumat- maklumat terkini dan


berinfomasi melalui program sekolah yang dirancang oleh pihak
pengurusan pusat sumber sekolah,pihak pentadbir sekolah, dan
jabatan pendidikan yang diperolehi kepada murid- murid dan warga
sekolah.

6. Meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dan


cekap dengan mensasarkan bahan buku mencapai 11000 buah buku
dan bukan buku yang mencukupi mengikut keperluan murid melalui
peruntukan yang diperolehi.
PENILAIAN;
PENAMBAHBAIKAN;
Pembangunan Fizikal Dan Alatan Perabot

1. Sumber bilik dan ruang hendaklah dilengkapi dengan bekalan elektrik yang
mencukupi.
2. Bilik – bilik hendaklah jauh daripada kebisingan terutama dari bilik muzik
dan kantin supaya todak mengganggu keselesaan murid.
3. Bilik hendaklah dihias dan mempunyai ruang – ruang tertentu seperti ruang
bercerita dan ruang bacaan untuk menarik minat murid
4. Bilik ini mempunyai tingkap yang mencukupi untuk memberikan cahaya
dan peredaran udara yang mencukupi.
5. Memperluaskan ruang – ruang untuk aktiviti – aktiviti pembelajaran dan
rujukan.
6. Mempunyai ruang khas untk tempat ruang pameran dan tayangan serta
alatan.
7. Mengadakan rak – rak yang bersesuaian dan mudah alih dari masa ke
semasa.
8. Memastikan pengguna – pengguna boleh bergerak secara bebas dan selesa
untuk mendapatkan sumber- sumber.
9. Bahan – bahan dan alat – alat yang berharga disimpan di tempat yang
selamat.

BILIK GELAP

HARDWARE 2008 2009 2010 2011 2012

2
1. Meja Tiada 1 1 2
Fully Fully Fully Fully
2.Hamparan Tiada carpet carpet carpet carpet
BILIK KERJA ( PERPUSTAKAAN )

HARDWARE 2008 2009 2010 2011 2012


1. Meja guru 1 1 1 2 2
2. Kabinet buku Tiada 1 1 2 2
3. Kerusi 1 2 2 2 2
4. Meja guru media 1 1 1 1 1
Kongsi
5. Almari besi 1 1 1 1 1
Kongsi
6. Hamparan Tiada Fully Fully Fully Fully
Carpet carpet Carpet Carpet
7. Papan putih Tiada 1 1 1 1

8. Kerusi guru media 1 1 1 1 1


9. Komputer Tiada 1 3 3 4

ALAT PENGHAWA DINGIN

200 2 2 2
HARDWARE 8 00 01 01 2
9 0 1 0
1
2
Bilik perputakaan 5 5 5 5 5
Bilik tayangan 2 2 2 2 2
Bilik ABMalatan 2 2 2 2 2
Bilik komputer 8 8 8 8 8
Bilik rakaman audio 1 1 1 1 1
(kongsi )
Bilik kerja 1 1 1 1 1
(perpustakaan )
Bilik Akses Tiada 1 1 2 2

PEMBANGUNAN KOLEKSI PUSAT SUMBER

PERKAKAS ( HARDWARE )

HARDWARE 2008 2009 2010 2011 2012


Televisyen 1 1 1 2 2
Radio 1 2 2 4 4
Video 1 1 1 2 2
Overhead projector 1 2 2 3 3
Slide projektor Tiada 1 1 2 2
Projektor bergerak ( 8mm ) Tiada 1 1 2 2
Kamera Tiada 1 1 2 2
Kamera Video Tiada 1 1 2 2
Mesin Photostat Tiada 1 1 1 2
Mesin pendua Tiada 1 1 1 1
Permainan ( kit ) Tiada 8 10 15 20
Majalah Tiada - 1 1 1
Komputer murid komputer Tiada 1 2 4 4
( bilik kerja media )
Komputer ( bilik kerja 1 2 2 3 3
perpustakaan )

PERISIAN ( SOFTWARE )

Buku * bilangan murid 7000 9000 11000 13000 15000


Lutsinar Tiada 20 30 40 50
Carta 60 100 400 600 1000
Pita audio Tiada 20 40 60 100
Pita Video Tiada 10 20 40 50
Kit pembelajaran 1 5 10 12 15
Peta 1 6 8 10 15
Model Tiada 2 5 10 15
Diorama Tiada 2 4 6 8
Glob Tiada 2 3 4 6
Boneka Tiada 5 8 12 15
Permainan Tiada 10 15 20 25
Majalah 4 8 10 15 20
Tajuk Tajuk Tajuk Tajuk Tajuk
Majalah sekolah Tiada 10 1 2 2
Buku skrap 100 200 300 400 600
Gambar Tiada 10 15 20 25
Makalah Tiada 10 20 40 60

PENUTUP

Galakan bimbingan dan penerangan serta kursus- kursus berbentuk latihan akan
dijalankan dari semasa bagi membantu guru- guru dan murid- murid semasa
berurusan dengan PSS.Adalah diharapkan kerjasama yang erat di kalangan
guru- guru, murid- murid, pihak pentadbir dan ibubapa bagi merealisasikan
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

You might also like