Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
14Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembiayaan Projek (Project Financing / AL-IsTISNA’). Kemudahan

Pembiayaan Projek (Project Financing / AL-IsTISNA’). Kemudahan

Ratings: (0)|Views: 3,584|Likes:
Published by durrah90

More info:

Published by: durrah90 on Jan 29, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/13/2012

pdf

text

original

 
Pembiayaan Projek (Project Financing / AL-ISTISNA’).
Kemudahan ini adalah berdasarkan kontrak Bai’ Al-lstisna’. Bai’ Al-lstisna’ adalahmerujuk kepada penjualan harta atau aset yang berdasarkan permintaan, iaituharta yang akan dibina atau di kilangkan dan dihantar adalah mengikut tarikhhadapanyang ditentukan.Kemudahan ini adalah bertujuan untuk membiayai projek komersil, projekpembangunan perumahan dan pembinaan bangunan untuk industri komersil.1.1 PENDAHULUAN Jual beli Al-Istisna' merupakan salah satu daripada prinsip-prinsip muamalahIslam yang mana penggunaannya kini diberi nafas baru selepas beberapakontrak yang sedia ada pada masa sekarang ini seperti Bayc Bithaman Ajil(BBA), jual salam, murabahah, dan sebagainya tidak dapat menampungperkembangan yang pesat di samping permintaan pembiayaan yang semakinbertambah umpama “cendawan yang tumbuh selepas hujan” daripadapelanggan. Jual beli al-Istisna' ialah tempahan sesuatu barang seperti menempah sepasangbaju, sebuah rumah, sebuah katil, dan sebagainya. Ia merupakan satu prinsipkontrak jual beli yang diterima pakai sejak zaman Rasulullah S.A.W dan parasahabat Baginda sehinggalah kini, namun masih ramai yang kurang mengambilperhatian tentang kewujudan prinsip ini. Sehinggakan ada di kalanganmasyarakat yang keliru berkenaan dengan prinsip ini.Dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan tentang konsep jual beli al-istisnacmengikut perundangan Islam serta penulis akan membuat perbandingan jual belial-istisna' menurut fiqh muamalat Islam dengan sistem konvensional yangdiamalkan oleh bank-bank pada masa kini. Kita sedia maklum bahawa sistemperbankan konvensional pada masa kini banyak mengeluarkan produk ekonomiyang sama seperti konsep al-istisna', maka di dalam kajian ini penulis akanmerungkai segala perspektif yang berkaitan dengan jual beli al-istisna'.1.2 PENGERTIAN JUAL BELI AL-ISTISNA'Al-Istisna' dari sudut bahasa telah disepakati ulama bahawa al-Istisna'bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu. Atau pundengan kata lain, membuat sesuatu berdasarkan apa yang diminta. Dari sudutistilah pula, para ulama berselisih pendapat kerana berbeza fahaman tentangpensyariatannya. Oleh yang demikian , ada di kalangan mereka memberikandefinisi al-istisnac secara istilah dan ada yang sebaliknya.Definisi Al-Istisna' dari segi istilah menurut pendapat fuqaha’ ialah memintapembuat melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus. Atau ia
 
merupakan akad meminta melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaansesuatu yang telah ditentukan pada tanggungannya yakni kontrak membelisesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat tempahan.Mazhab Hanafi mendefinisikan Al-Istisna' sebagai akad ke atas barang yangditempah secara hutang dengan syarat membuat mengikut apa yang diminta.Fuqaha’ Hanafi menggunakan perkataan Istisna' dengan maksud iadikategorikan sebagai jual beli sesuatu dengan syarat. Bagi mereka jual beliistisna' adalah tidak sama dengan jual beli salam. Begitu juga dengan pendapatfuqaha’ Hanbali yang berpendapat bahawa al-istisna' tidak sama dengan jualsalam. Malahan pula, fuqaha’ Hanbali mendefinisikan perkataan istisnac sebagai jual beli sesuatu dengan syarat.Manakala fuqaha’ bermazhab Maliki dan Syafici mengkategorikan istisna' samadengan Bay' al-salam. Konsep al-istisna' sama dengan Bay' salam iaitu kedua-duanya merupakan urusniaga tempahan barang, cuma apa yang membezakanantara kedua-dua prinsip tersebut ialah jenis-jenis barang yang ditempah. Hal inidilihat bahawa jenis-jenis barang yang ditempah di dalam jual beli salam adalahlebih umum berbanding barang yang ditempah di dalam al-istisnac yang manatempahan yang diminta berbentuk khusus dan ia tidak semestinya benda yangwujud pada pasaran.Dapat disimpulkan di sini bahawa al-istisna' merupakan jual beli yang manaseseorang pembeli membuat tempahan sesuatu barang seperti baju, kereta,perabot, dan sebagainya kepada pihak lain. Jual beli ini hukumnya harus.1.3 HUKUM JUAL BELI AL-ISTISNA' MENURUT FUQAHA’ BESERTA DALIL Terdapat dua pandangan daripada ulama-ulama fiqh berkaitan denganpensyariatan kontrak al-istisna'. Golongan yang pertama berpendapat bahawaprinsip istisna' adalah tidak harus berdasarkan kepada qiyas. Manakala golongankedua pula berpendapat bahawa diharuskan kontrak istisnac ini digunakan didalam muamalah Islam.1.3.1 Golongan Pertama Yang MengharuskanUlama bermazhab Hanafi berpendapat bahawa kontrak jual beli istisna'diharuskan berdasarkan konsep al-istihsan kerana kontak tersebut telah menjadiamalan biasa yang dilakukan oleh orang ramai pada setiap masa tanpa sebarangbantahan. Ia juga berperanan memberikan kemudahan urusniaga kepada umatIslam. Secara tidak langsung, wujud satu ijmak di kalangan umat Islam terhadapkeharusan akad jual beli al-istisnac. Oleh yang demikian, prinsip qiyasdiketepikan kerana Rasulullah S.A.W telah bersabda:ةلض ىع يتمأ تج Maksudnya:“Umatku tidak berhimpun (bersekutu) atas suatu perkara yang sesat ”
 
Menurut qiyas tidak diharuskan membuat akad pertukangan kerana ia adalahsuatu jual beli yang macdum (jual beli yang tiada barang) ketika akad tempahandan jual beli yang tiada barang pada waktu akad adalah amat dilarang olehRasulullah S.A.W. Baginda S.A.W melarang daripada menjual barang yang tidakwujud di sisi manusia.Dr. Ahmed al-Husadri dalam kitabnya yang bertajuk ‘Ilm al-Iqtisadi pulamenambahkan bahawa dalil pensyariatan al-istisna' yang menjadi hujahpegangan mazhab Hanafi adalah melalui hadis mawquf yang disebutkan olehAbdullah bin Mascud iaitu:نسح هلا دع وف  ً سح وسلا اَ ر مMaksudnya:“Apa yang dilihat oleh umat Islam sebagai baik, maka ia adalah baik di sisi AllahS.W.T ”Berdasarkan dalil tersebut, maka mazhab Hanafi telah melihat dan menganggapbahawa al-istisna' sebagai harus kerana ia mendatangkan kemaslahatan kepadaumat Islam. Ulama Hanafi juga menggunakan hadis periwayatan daripada'Abdullah Ibn cUmar yang menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernahmenempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada emas.Di samping itu juga, terdapat ulama yang mengharuskan penggunaan akadistisna' iaitu Imam Zufar (mazhab Hanafi), sebahagian mazhab Maliki, danHanbali dengan mensyaratkan jual beli tersebut telah menjadi amalan kebiasaanmasyarakat setiap zaman. Dalam akad ini dikenakan syarat yang samasepertimana syarat yang ditetapkan di dalam jual beli salam. Di antarasyaratnya ialah hendaklah menyerahkan semua harganya dalam majlis akadtersebut. Syarat yang ditetapkan oleh mazhab Maliki khususnya mensyaratkanbahawa barang yang hendak ditempah itu mestilah terdiri daripada bahanmentah sejenis yang tidak boleh bercampur dengan jenis-jenis lain bagimengharuskan kontrak istisnac.Ulama Syafi'i yang berpendirian bahawa jual beli istisna' tidak harus juga telahmemberikan kelonggaran bagi pengamalan istisna' dengan menganggapbahawa akad ini tetap dikira sah sama ada ditentukan waktu bagi penyerahanbarangan yang ditempah itu ataupun tidak (yakni diserahkan segera).Selain daripada hujah terdahulu, terdapat juga ulama yang berpendapat bahawapensyariatan al-istisnac adalah berdasarkan taqrir ulama dan fuqaha’ setiapzaman bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W sehinggalah zamansekarang. Mereka tidak membantah akan urusniaga seperti demikian. Oleh yangdemikian, orang ramai mengikut dan mengamalkan jual beli tersebut atas sebabtiada fatwa yang melarangnya.1.3.2 Golongan Kedua Yang Tidak Mengharuskan

Activity (14)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Wahyudi Aman liked this
Jamilah Mohamed liked this
Mohd Ashraf liked this
ctnorliza liked this
Iera Sweet liked this
Nabila Huda liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->