Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
119Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Esei PTK - AMALAN REFLEKTIF

Contoh Esei PTK - AMALAN REFLEKTIF

Ratings:

4.92

(158)
|Views: 12,295 |Likes:
Published by ganos
Jika semua guru mampu bereflektif dengan menggunakan pelbagai mod reflektif, modal insan gemilang pasti mampu dilahirkan. Yang susahnya, rakan guru kita tidak suka menjengah peristiwa lalu dan tidak suka ditegur kerana menganggap cukup berpengalaman sedangkan setiap hari kita memperoleh pengalaman baharu.

Tugasan ini khusus untuk rakan-rakan yang mahu mencuba amalan reflektif dalam proses mendidik anak bangsa ke mercu kegemilangan.
Jika semua guru mampu bereflektif dengan menggunakan pelbagai mod reflektif, modal insan gemilang pasti mampu dilahirkan. Yang susahnya, rakan guru kita tidak suka menjengah peristiwa lalu dan tidak suka ditegur kerana menganggap cukup berpengalaman sedangkan setiap hari kita memperoleh pengalaman baharu.

Tugasan ini khusus untuk rakan-rakan yang mahu mencuba amalan reflektif dalam proses mendidik anak bangsa ke mercu kegemilangan.

More info:

Published by: ganos on Apr 23, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

06/12/2014

XXYYZZO3YYXX
RINGKASAN EKSEKUTIF
Tugasan Soalan 3, yakni \u201cReflection in the teaching context refers to the
process of inquiring any habit or behavior critically and continuosly
refining it. [Knowles, Coles & Presswood (1994)]. Bincangkan
bagaimana amalan reflektif dalam konteks perguruan dapat membantu
seseorang guru meningkatkan prestasi diri, murid dan sekolahnya\u201d
adalah untuk memenuhi syarat Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kursus PTK3.

Tugasan ini dimulakan dengan suatu renungan agar guru berefleksi sejenak dan bersedia melakukan perubahan bagi menangani pelbagai cabaran dalam dunia pendidikan, dan merealisasikan harapan pemimpin dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta Wawasan Pendidikan Negara. Amalan reflektif akan

saya bincangkan dari pelbagai sudut meliputi
pengertian dan pandangan pelbagai pihak.

Perbincangan juga akan menyinggahi beberapa ciri guru yang reflektif dan usaha-usaha untuk melahirkan guru yang reflektif lantas meningkatkan pemikiran reflektif dalam kalangan guru. Sesungguhnya,

amalan reflektif amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan, dan secara tidak langsung membolehkan guru menjadi pemangkin ke arah melahirkan generasi yang celik ilmu, memiliki sifat ingin tahu, mahu sentiasa mencuba, berfikiran terbuka, membuat keputusan yang tepat berdasarkan fakta yang sah, hatta menjadi bangsa yang glokal, yakni sedia bersaing pada peringkat global tetapi masih berakarkan budaya tempatan.

\u00a9ganos@smjk chung hwa, kota bharu.
XXYYZZO3YYXX

Perbincangan ini juga diharap dapat dijadikan satu wadah untuk membuka mata rakan-rakan guru kita tentang peri pentingnya amalan reflektif dalam kerja harian guru atau sebagai satu lagi alternatif dalam ruang kerja kita sebagai guru yang mengutamakan kecemerlangan pelajar dan sekolah.

PENGENALAN
Soalan yang sering diajukan oleh masyarakat pada hari ini ialah :
\u201cBerkesankah pengajaran guru di sekolah?\u201d
\u201cPekakah guru terhadap anak muridnya?\u201d

Hal ini demikian kerana ada suara sumbang yang mengatakan bahawa jika pelajar tidak dapat menjawab soalan atau gagal dalam ujian , maka jawapan mudah yang diterima daripada guru ialah \u201cBudak itu bodoh\u201d. \u201cLemah\u201d . \u201cDegil\u201d. \u201cMalas belajar\u201d. \u201cSusah untuk diajar\u201d. Sesungguhnya, jawapan itu tidak sepatutnya terpacul keluar daripada mulut seorang guru kerana guru dilatih dalam pelbagai ilmu pedagogi dan kaedah psikologi serta dibekalkan dengan pengetahuan dan latihan bagi mendepani berbagai-bagai masalah dalam proses mendidik seseorang pelajar.

Guru yang berkesan dan kaya dengan pengalaman seharusnya menganggap ketidakupayaan pelajar sebagai \u2018peluang\u2019 untuk mempraktikkan segala bidang ilmu yang dipelajari di institut perguruan atau di universiti. Salah satu bidang ilmu dalam pedagogi yang diajarkan kepada guru-guru ialah amalan reflektif. Sesungguhnya, amalan reflektif berbeza dengan amalan refleksif. Hakikat ini harus diperjelas kerana amalan reflektif melibatkan pemikiran yang mendalam dan penilaian yang kritis sedangkan refleksif pula hanya tindakan spontan dan semula jadi hasil daripada reaksi kepada sesuatu kejadian.

\u00a9ganos@smjk chung hwa, kota bharu.
XXYYZZO3YYXX

Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya untuk membantu pelajar-pelajarnya meminati pelajaran, malah mengelakkan keciciran ilmu dalam kalangan pelajar sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri yang lama-kelamaan menyebabkan mereka menjadi kelompok pelajar yang gagal atau lemah dalam pelajaran. Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan potensi pelajarnya dan sering kali bereflektif dan membantu pelajarnya membuat refleksi agar situasi \u2018menang-menang\u2019 dapat diperoleh. Jika situasi ini dapat diwujudkan, saya percaya prestasi sesebuah sekolah juga akan turut meningkat.

Sememangnya tugas mendidik atau \u2018memanusiakan manusia\u2019 bukanlah mudah kerana mengajar turut dianggap sebagai suatu \u201cseni\u201d. Justeru, kita berharap agar semua guru menerima pakai segala cabaran di sekolah dan menghadapinya sebagai pengalaman berharga lantas beroleh kepuasan diri.

\u201cLearning always involve two things. Exposure to new information or
experience and the personal discovery of what it means. Any information
will affect a person\u2019s behavior only in the degree to which he or she has
discovered personal meaning of that information.\u201d

(Combs, 1982)

Tidak menjadi rahsia lagi, kepuasan bekerja ialah perencah kecemerlangan guru dalam profesionalisme mereka. Justeru, dalam konteks perguruan, amalan reflektif haruslah disebarluaskan, dimanfaatkan dan dipraktikkan oleh guru kerana keberkesanannya memang tidak diragui, malahan amalan

\u00a9ganos@smjk chung hwa, kota bharu.

Activity (119)

You've already reviewed this. Edit your review.
angemonax liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Raja Solahudin liked this
Suhaini Ismail liked this
Rosidah Imran liked this
Azlina Said liked this
Ismawiza Omrie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->