/  8
SULIT
1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2005

2½ jam
JABATAN PELAJARAN PERAK
LEARNING TO SCORE 2005
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.Kertas soalan ini mengandungiempat soalan.
2.Jawabsemua soalan.
3.Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c)dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen

Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4.Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak
[Lihat sebelah
1103/2© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
Halaman 1
SULIT
1103/2
Soalan 1: Rumusan
[30ma rk ah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentangkesan-kesan
kemasukan buruh asing di Malaysiadan langkah-langkah untuk mengurangkan
bilangan mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Fenomena kemasukan buruh asing ke Malaysia bukanlah suatu hal yang pelik. Hal ini demikian kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur sudah pasti akan menarik perhatian tenaga kerja dari negara-negara sekitar untuk mencari nafkah di negara ini di samping faktor-faktor kedaifan dan kekurangan peluang kerja di negara asal mereka. Kini jumlah buruh asing dianggarkan telah mencecah dua juta orang dan dijangka mencapai angka lima juta pada tahun 2020 kelak.

Buruh-buruh asing ini pada hakikatnya bukanlah robot, tetapi individu yang membawa bersama pelbagai latar belakang kehidupan dari tanah asal masing-masing. Dari aspek kesihatan, buruh-buruh asing yang datang secara haram khususnya amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit serta wabak. Jika wabak tercetus, kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak bagi mencegahnya. Kesannya terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat tempatan akan menjadi sangat tragis, di samping kerajaan juga perlu menggerakkan tenaga profesional dalam bidang perubatan untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh yang tertentu. Lazimnya juga sebahagian besar buruh asing akan menghantar pendapatan mereka kepada kaum keluarga di negara masing-masing. Pengaliran wang keluar ke negara asing amat merugikan rakyat dan negara ini. Pada hal, jika wang tersebut dibelanjakan di Malaysia akan dapat menjana kerancakan ekonomi domestik.

Kemasukan buruh asing turut membawa bersama ahli keluarga ke Malaysia. Sesetengahnya pula menambah bilangan anak sewaktu berada di bumi Malaysia. Hal yang sedemikian menyebabkan kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan kemudahan persekolahan. Anak mereka berkongsi bilik darjah dan kemudahan sekolah dengan anak tempatan. Guru-guru yang dahulu hanya memberikan tumpuan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tempatan, sekarang melebarkan tumpuan untuk turut mencakupi anak-anak pendatang.

Bukan sedikit pula jenayah yang terjadi berpunca daripada buruh asing. Pernyataan ini tidak pula menafikan bahawa orang tempatan juga ada yang melakukan jenayah. Namun, dengan wujudnya jenayah yang dilakukan oleh sebahagian buruh asing dengan kaedah atau modus operandi yang agak berbeza dengan penjenayah tempatan, pasukan polis negara ini terpaksa bekerja lebih keras. Operasi dari masa ke masa menuntut peruntukan kewangan yang besar daripada kerajaan serta mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan yang amat berharga. Kesan jenayah pula turut meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa yang terdiri daripada rakyat tempatan.

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mencari alternatif yang praktikal bagi mengurangkan jumlah buruh asing ke tahap yang minimum. Kebergantungan kepada buruh asing bukan sesuatu yang harus dibiarkan berlanjutan sehingga boleh mencetuskan suasana yang mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara ini.

(Diubahsuaikan daripada rencana Pendatang,
oleh Anwar Ridhwan, Dewan Masyarakat,
Oktober 2004)

[Lihat sebelah
1103/2© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
Halaman 2
SULIT
1103/2
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata menjadi sangat tragis.
[2mark ah]
(ii)
Apakah faktor-faktor yang mendorong kemasukan buruh asing ke Malaysia ?
[3mark ah]
(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengurangkan
kebergantungan Malaysia kepada tenaga asing ?
[4mark ah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi
kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang.
Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau
yang timbul kelodaknya.
“Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?”

bentak suara hati Jo.
Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang!
“Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”

“Janganlah memisahkan saya dengan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan
daripada mulut Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini
memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”

“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau,
oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i )
Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata Bara yang digenggam perlu menjadi
arang dalam petikan cerpen di atas?
[2mark ah ]
( ii )
Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ancaman yang dihadapi oleh
hutan malar hijau.
[3mark ah]
( iii )
Huraikan dua persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam
cerpen di atas.
[4mark ah ]
[Lihat sebelah
1103/2© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak
Set 1
Halaman 3

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...