Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
51Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
BAHASA KADAZANDUSUN

BAHASA KADAZANDUSUN

Ratings: (0)|Views: 12,137|Likes:
Published by odoyie

More info:

Published by: odoyie on Jan 30, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/24/2013

pdf

text

original

 
PENGENALAN KESELURUHAN TUGASAN
Warisan dan budaya yang dipilih dan diketengahkan sebagai isu utama dalamtugasan ini adalah bahasa Kadazandusun. Dalam bahagian pengenalan keseluruhan tugasanini, terlebih dahulu diterangkan serba sedikit tentang sejarah berkaitan dengan penutur  bahasa Kadazandusun iaitu suku kaum Kadazandusun di negeri sabah. Menurut BanciPenduduk Dan Perumahan 2000, penduduk Sabah berjumlah 2.4 juta orang yang terdiridaripada lebih 30 suku kaum dan bertutur dalam 80 dielek tempatan. OrangKadazandusun merupakan suku kaum terbesar di negeri Sabah yang membentuk satu pertiga daripada jumlah penduduk di negeri tersebut. Pada masa dahulu, suku kaumKadazandusun pernah menetap di kawasan pedalaman, tetapi kemudian ramai antaramereka telah berpindah ke kawasan Residensi Pantai Barat. Kegiatan ekonomi suku kaumKadazandusun ini ialah menanam padi dan menternak lembu. Kawasan petempatanmereka terkenal sebagai ‘jelapang padi’ di Sabah. Perayaan utama orang Kazandusunialah Pesta Ka’amatan yang disambut pada bulan mei setiap tahun selepas musimmenuai. Antara acara penting yang diadakan semasa perayaan ini ialah persembahantarian sumazau.Suku kaum lain yang menduduki negeri Sabah adalah seperti kaum murut, bajau,kadayan, bisaya, irranun, rungus, kimarang, lundayeh, ubian, binadan, orang sungai,tatana, tagaas, brunei, suluk dan banyak lagi. Masyarakat majmuk di Sabah membolehkankita menikmati keunikan dan keindahan kebudayaan serta kesenian yang mempesonakan.Walaupun Sabah kaya dengan pelbagai warisan dan budaya serta kesenian, namun perbezaan di antara satu sama lain adalah ketara. Ini boleh dilihat terutama sekalidaripada segi pakaian tradisi, tarian tradisi, muzik tradisi, kraftangan dan sebagainya.
 
Selain itu, perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum di Sabah juga dapat dilihat darisegi bahasa, adat istiadat, corak dan pegangan hidup dan sebagainya.Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan, dan ejaan banyak dipengaruhimengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum dari satu daerahdengan daerah lain di negeri Sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti danmakna yang sama. Kewujudan melalui bahasa Kadazandusun ini amat penting keranamelalui bahasa, maka sesuatu prestasi atau pencapaian budaya sesuatu suku kaum itudapat ditunjukkan. Selain itu, melalui bahasa juga, terkumpul dan terbentuklah berbagai- bagai ilmu pengetahuan.Pada masa dahulu, kebanyakan suku kaum Kadazandusun percaya kepadakepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan agama kristian dan agama islam. Padazaman nenek moyang, suku kaum Kadazandusun mempercayai kepada kuasa
komburongo’ 
yang digunakan dalam upacara ritual untuk mengubati orang-orang sakit.Orang tua-tua yang menggunakan
‘komburongo’ 
tersebut akan membaca ayat-ayat manterauntuk berhubung dengan kuasa ajaib dengan menggunakan bahasa Kadazandusun kunoyang dalam untuk memohon agar memberi ketenangan serta penyembuhan kepadaseseorang yang sakit. Namun begitu, pada masa kini, penggunaan
‘komburongo’ 
tersebuttidak lagi diamalkan setelah kedatangan agama islam dan agama kristian. Sebahagian besar kaum Kadazandusun kebanyakkannya menganuti agama kristian.Pada zaman dahulu, bahasa Kadazandusun memainkan peranan penting kepadakaum yang menuturkannya iaitu suku kaum Kadazandusun. Bahasa Kadazandusun inidigunakan dalam pergaulan dan perbualan harian suku kaum Kadazandusun. Selain itu, bahasa Kadazandusun ini juga menjadi bahasa utama yang digunakan oleh para pemimpin
 
agama kristian di dalam setiap gereja. Terdapat beberapa kitab suci keagamaan kristianseperti ‘buuk sambayang’ dalam bahasa Kadazandusun yang bermaksud ‘buku misakudus’ yang ditulis dan dibaca serta diterangkan dalam bahasa Kadazandusun di setiapgereja di Sabah. Katekis serta Paderi iaitu pemimpin agama kristian Katolik khususnyamengunakan bahasa Kadazandusun sebagai bahasa perantaraan utama dalam gereja-gerejadi Sabah. Selain itu, kebanyakan lagu-lagu rohani atau lagu puji-pujian juga ditulis dalam bahasa Kadazandusun. Hal ini disebabkan semua suku kaum Kadazandusun pada masadahulu hanya memahami dan pandai bertutur dalam bahasa Kadazandusun sahaja.Bilangan suku kaum Kadazandusun yang pandai bertutur dalam bahasa lain terutamanyadalam bahasa melayu dan bahasa inggeris amat sedikit bilangannya berbanding padazaman sekarang.Bahasa Kadazandusun ini terdapat dalam dua bentuk iaitu secara lisan dan bukanlisan. Namun begitu, pada zaman dahulu, kebanyakkan penduduk suku kaumKadazandusun ini mengunakkan bahasa Kadazandusun secara lisan disebabkan oleh tahap pendidikan yang kurang dititikberatkan pada ketika itu. Kebanyakan suku kaumKadazandusun masih lemah dalam mengeja huruf, menulis serta membaca tulisan. Olehitu tulisan serta catatan dalam bahasa Kadazandusun masih agak kurang. Keadaan yangdemikian menyebabkan suku kaum Kadazandusun akan berhubung atau menyampaikansesuatu mesej atau pesanan secara lisan sahaja pada zaman itu. Contoh penyampaian bahasa Kadazandusun secara lisan yang sering dilakukan ialah ketika menyampaikancerita dongeng, mitos, lagenda dan sebagainya yang tersirat banyak pengajaran danteladan dalam cerita tersebut.Selain itu, penggunaan bahasa Kadazandusun secara lisan juga sering digunakanoleh penghulu atau ketua kampung dalam acara adat istiadat perbicaraan atau sebagainya.

Activity (51)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Susi Floriannie added this note|
very intersting and amazing about negeri sabah
Bibianah Rinah liked this
Zulkiflee Haron liked this
Zulkiflee Haron liked this
Fifi Epi liked this
skmjdi liked this
Hee Leh liked this
Fauzah Hashim liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->