Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
P. 1
bahasa melayu

bahasa melayu

Ratings: (0)|Views: 165|Likes:
Published by hajar9

More info:

Published by: hajar9 on Jan 31, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/23/2011

pdf

text

original

 
Mahasiswa perlu budaya ilmu
Oleh ANUAR AHMADInstitusi universiti pada era ini dikatakan oleh ramai sarjana hanya akan berjaya menjaditersohor bila empat komponen utama di dalamnya bergerak bersama ke arah satu misi.Pertama, komponen kepimpinan tertinggi universiti yang mantap perancangan dan misinya.Kedua, komponen tenaga akademik yang hebat ilmu kepakarannya sama ada di dalam pengajaran, penyelidikan dan penulisan berkualiti.Ketiga, komponen tenaga pentadbiran yang cekap dan efisien serta keempat, komponenkemahasiswaan yang berketrampilan tinggi.Jika salah satu komponen tersebut tidak berfungsi dengan baik maka sesebuah universiti ituakan ketinggalan.Malah kekuatan keempat-empat komponen ini akan menentukan sejauh manakah pemainindustri berminat untuk bekerjasama dengan pihak universiti.Lebih 10 tahun lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah merasmikan Hari Kerjaya UKM.Keesokan harinya media massa perdana negara memetik ucapan "peringatan" beliau supayauniversiti di negara ini jangan jadi "dinosaur".Beberapa hari selepas itu bertambah riuh apabila media memanjangkan lagi isu dinosaur dengan cerita ungkapan "profesor kangkung" ditujukan kepada ilmuwan di universiti. Merekaini mencapai tahap tertinggi kepakarannya tetapi tidak mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan kepakarannya di dalam konteks menyelesaikan permasalahan dan memenuhikeperluan masyarakat semasa.Antara lain dikatakan kualiti sesetengah para tenaga akademik tempatan bertaraf profesor ketika itu yang masih terkebelakang ilmunya berbanding rakan-rakan setaraf mereka di luar negara khususnya negara maju.Kini, isu yang sama masih terus menerus dibicarakan dalam media massa. Tetapi nadanyaagak lebih tertib dan lembut.Keadaan juga sudah berubah. Sejak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi, sistem pengurusan pengajian tinggi negara menjadi lebih baik dan terserlah.Malah semakin banyak hasil penyelidikan mula dikomersial dan dikeluarkan sebagai barangan pengguna untuk industri dan awam. Pakar dan profesor IPT sudah berjaya membuka bidang baru melalui penyelidikan termasuklah kejuruteraan angkasa lepas dan teknologi perubatan yang terbaru di dunia.Semakin ramai juga ahli akademik yang dilantik di dalam pentadbiran tinggi negara termasuk sebagai menteri serta pemimpin tertinggi GLC negara.Soalnya, di peringkat tenaga akademik tidak dinafikan lagi kecemerlangan sudah mulamenonjol, malangnya tidak di kalangan mahasiswa. Budaya ilmu masih jauh dan asing didalam kehidupan mahasiswa IPT.Apabila akhbar 
Utusan Malaysia
 beberapa bulan lalu menyiarkan rencana penulis bertajuk "Menjana Modal Insan Mahasiswa", ramai menghantar email kepada penulis. Banyak  pandangan diberikan.Penulis bersetuju dengan pandangan beberapa mahasiswa yang menyatakan bahawa universitikita pada hari ini jangan dirancang menjadi seperti sekolah tinggi. Konsep kebebasanakademik di universiti mestilah diiktiraf oleh kerajaan.
 
Malangnya keadaan sebaliknya berlaku. Para pelajar semakin disogokkan dengan pembelajaran bermodul. Mereka tidak lagi berani belajar dalam bentuk yang lain selain berkuliah. Nota mereka disediakan, pembentangan bukan lagi menjadi keutamaan. Modul semakin rigiddan statik. Pembelajaran eksplorisasi dan inovasi ilmu kurang mendapat sambutan.Maka program seperti khidmat masyarakat, projek perbincangan isu semasa di kolejkediaman, keaktifan berpersatuan serta perbincangan isu semasa luar dewan kuliah dianggaphanya membuang masa belajar.Memang benar universiti adalah sebuah 'sekolah' dalam erti kata yang luas. Tetapi apabiladefinisi sekolah yang digunakan sekarang sudah lebih terbatas seperti sekolah rendah,menengah dan tinggi, maka mewujudkan makna sekolah kepada sebuah universiti akanmenjadi kabur kepada masyarakat.Maka itu pemisahan budaya belajar antara sekolah dan universiti harus dilakukan untuk meningkatkan keupayaan intelektual para pelajar. Jika di sekolah tujuan asasnya untuk mendidik pelajar kepada kemahiran asas dalam kehidupan.Oleh itu, di peringkat sekolah rendah diutamakan tentang membaca, menulis dan mengiramanakala di peringkat sekolah menengah pelajar diajarkan tentang bidang-bidang ilmukhusus seperti sejarah, bahasa kedua, matematik lanjutan dan sains khusus dan seterusnyadikembangkan di sekolah tinggi atau matrikulasi.Seharusnya budaya ilmu universiti adalah tempat berlakunya cetusan ilmu baru. Kebebasanakademik menjadi tunggak mencari ilmu baru.Sedih dan kecewa rasanya jika di universiti, pelajar masih perlu diajar dan dilatih berkaitan perkara asas.Jika perlanggaran terhadap perkara ini asas ini masih berlaku maka sudah jelas bahawa sistem pendidikan peringkat rendah dan menengah telah gagal mendidik kemahiran hidup dansosialisasi yang betul.Malangnya jika kita berkesempatan meninjau keadaan di semua kampus IPT kita masih akan berjumpa dengan keadaan sebegini.Di universiti, seharusnya budaya ilmu menuntut pelajar melakukan perbincangan tentang perkara baru berkaitan pemikiran, dasar kemasyarakatan sama ada yang bersifat teori atauamali khususnya di dalam bidang pengajian masing-masing.Di Barat, peluang ini digunakan sepenuhnya. Bukan pelik untuk pelajar di sana menjemputahli politik, pakar ekonomi, CEO syarikat, peguam, pejuang hak asasi, aktivis masyarakatuntuk berhujah dan berdebat tentang sesuatu dasar baru atau isu semasa.Bukan sesuatu yang janggal juga pihak universiti ruang pengucapan umum untuk pelajar meluahkan aspirasi mereka.Tentu juga kebebasan akademik ini ada had dan peraturannya. Menyentuh soal sensitiviti,menghasut dan menimbulkan ketegangan awam tentulah perlu dielakkan sama sekali tetapitidak menjadi kesalahan untuk membicarakan soal kesihatan, politik semasa, kemunduran pendidikan, patriotisme atau apa sahaja yang sebenarnya akan membentuk jiwa untuk mencari bahan-bahan di perpustakaan sebagai modal pengucapan.Maka bila budaya berpidato, berhujah semakin kuat di kalangan mahasiswa maka budayamembaca dan membuat penyelidikan juga akan meningkat. Keadaan ini akhirnya akanmenggalakkan pembinaan pemikiran kritis dan kreatif khususnya pemimpin pelajar.Maka jangan lagi universiti dilihat sebagai sebuah sekolah. Jika meneliti AUKU selepas pindaan dilakukan, kita akan sedari bahawa akta dan peraturan tersebut tidak pernahmempunyai semangat untuk 'menyekolahkan' universiti.
 
Dakyah-dakyah golongan tertentu sahaja yang cuba mengaitkan bahawa AUKU (khususnya berkaitan perkara kemahasiswaan) telah melemahkan pelajar. Itu tidak benar, tetapi jika ada pelajar yang sudah terdakyah maka hal ini akan menjadi seperti "benar-benar" belaka.Jika kita berkesempatan melawat IPT dalam negara hari ini, kita akan kagum dengan bangunan-bangunan serta persekitaran yang indah, tidak kalah berbanding universiti hebat didunia. Namun, bila di congak-congak secara kasar peruntukan universiti, tentulah bahagiankewangan yang besarnya disalurkan kepada membina prasarana universiti bertaraf dunia.Soalnya adakah bahan-bahan keilmuan yang ada di dalam sesebuah universiti juga bertaraf dunia. Berbanding dengan universiti luar negara, bukan sahaja perpustakaan di kebanyakanIPTA kita masih menyimpan buku-buku rujukan yang lama, kita juga masih kurangmenganjurkan seminar, persidangan akademik serta bengkel berstatus tahunan yang benar- benar bertaraf dunia.Walaupun perpustakaan atas talian sedang berkembang, membaca buku secara fizikal masihkuat pengaruhnya di dalam membina budaya ilmu di universiti.Semua universiti di negara ini ingin menjadi antara universiti terbaik di dunia. Oleh itu semuawarga universiti perlu bersatu hati, kekal fokus serta memahami aspirasi kemunculanuniversiti jika ingin mencapai matlamat bersama tersebut.Penulis merupakan Timbalan Pengarah (Akademik Kolej) Pusat Perkembangan Pelajar,Universiti Kebangsaan Malaysia
Cabaran fatwa dalam era moden
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR  pengarang@utusan.com.myINSTITUSI fatwa merupakan institusi yang sudah lama wujud di Malaysia dan merupakansatu sumber perundangan Islam selain daripada enakmen undang-undang bertulis di negaraini.Walaupun fungsi dan tanggungjawab institusi ini berbeza daripada Majlis Agama Islam danMahkamah Syariah, daripada aspek perundangan, institusi ini mempunyai kuasa sertakedudukan tersendiri seperti yang ditetapkan dalam undang-undang Islam di setiap negeri.Institusi ini juga mempunyai peranan dan tanggungjawab khusus untuk menyelesaikansebarang persoalan mengenai hukum syarak serta menjelaskan kekeliruan dan kesamaransesuatu hukum.Fatwa mengikut
 Ensiklopedia Islam
didefinisikan sebagai keputusan tentang sesuatu hukumagama (yang belum pernah diputuskan) berdasarkan al-Quran, hadis dan sumber hukum laintermasuk ijtihad mufti (atau mereka yang berhak tentang membuat keputusan hukum syarak).Fatwa merupakan suatu keputusan yang dibuat oleh mufti atau penjelasan hukum syarak sesuatu kumpulan yang terdiri daripada mereka yang mahir dalam agama sepertiJawatankuasa Fatwa dan Jawatankuasa Syariah bagi sesuatu masalah sebagai jawapan kepadasesiapa yang bertanya secara sendirian atau berjemaah.Pada sesi pembentangan kertas kerja pada Simposium Kebangsaan mengenai Fiqh, Sains danTeknologi (FST) 2009 di Johor Bahru baru-baru ini, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsuddin berkata, fatwa berperanan memberikan penjelasan tentang hukum untuk peganganmasyarakat di samping membuat penyeragaman hukum bagi kepentingan semua.Terdapat empat sumber rujukan utama bagi digunakan untuk mengeluarkan sesebuah fatwaiaitu al-Quran, sunah, ijmak dan qias.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->