Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacanalisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar.Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca.Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itukerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.DEFINISI RETORIK Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai carauntuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.JENIS-JENIS RETORIK i. PemerianPemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuanmenyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.ii. PemujukanRetorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayaisesuatu perkara yang diperkatakan.iii. PeneranganRetorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkahyang lain.iv. PenceritaanRetorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan.v. PendedahanRetorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara ataumaklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorangkepada khalayak dengan berkesan.vi. PenghujahanRetorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.PRINSIP-PRINSIP WACANATujuanSetiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yangdigunakan. Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisiatau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dansebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pulayang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.TautanTautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuahwacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacanatersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehinggamembentuk satu kesatuan.Runtutan