atau kumpulan harus berperanan untuk mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil,harmoni dan tenteram. Peraturan-peraturan ini di iktiraf dan di terima oleh masyarakat.Masyarakat akur bahawa sebarang bentuk perlanggaran terhadap peraturan-peraturan iniakan mengakibatkan mereka di kenakan tindakan berbentuk hukuman atau denda.Berbeza dengan peraturan yang bersifat norma-norma budaya yang di ikuti dan diamalkan dalam masyarakat yang tidak berkuatkuasa sebagai undang-undang, perlanggaran ke atas nya tidak di kenakan denda atau hukuman akan tetapi pelaku-pelakutersebut mungkin di pandang serong atau mendapat cemuhan dari masyarakat sekeliling.
1.2KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG
Undang-undang boleh di klasifikasikan kepada dua bentuk iaitu undang-undangawam dan undang-undang persendirian. Undang-undang awam berfungsi mengatur perhubungan di antara individu dengan Negara manakala undang-undang persendirianyang juga di kenali sebagai undang-undang sivil berfungsi mengatur hubungan di antaraindividu dengan individu yang lain. Contoh undang-undang awam dan undang-undang persendirian adalah seperti senarai berikut:
Undang-Undang Awama. Undang-Undang Perlembagaan;
mentakrifkan struktur kerajaan dan hak-hak asasirakyat atau individu di bawah pemerintahan nya.
b. Undang-Undang Pentadbiran
; mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan eksekutif atau pentadbiran kerajaan.
c. Undang-Undang Jenayah;
menggariskan pelbagai jenis kesalahan yang mungkin dilakukan oleh rakyat terhadap Negara serta denda atau hukuman yang menanti merekayang melakukan jenayah. Ianya bertujuan untuk menghalang rakyat dari melakukan jenayah.
Undang-Undang Persendirian (Sivil)a.Undang-Undang Kontrak;
menggariskan hak dan tanggungjawab yang wujudakibat perjanjian yang boleh di kuatkuasakan di sisi undang-undang.
b.Undang-Undang Tort;
berkaitan dengan pemberian pampasan berikutan daripadakecederaan peribadi atau kerosakan harta benda yang di akibatkan oleh kecuaian atau perlanggaran hak peribadi atau harta seseorang individu oleh individu yang lain.
c.Undang-Undang Amanah;
berkaitan dengan hak dan tanggung jawab serta perhubungan di antara pemegang amanah dengan waris
(beneficiary).
d.Undang-Undang Tanah;
berkaitan dengan urusan pentadbiran tanah, hak-hak dantanggung jawab tuan punya tanah, pendaftaran, penyewaan, cagaran, syarat-syaratdan sekatan ke atas tanah dan lain-lain.
e.Undang-Undang Keluarga
; berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, hak dantanggung jawab ke atas harta dan anak-anak.
f.Undang-Undang Syarikat;
berkaitan penubuhan, pendaftaran, pembubaran syarikat,hak-hak dan tanggung jawab syarikat sebagai warganegara korporat yang mempunyai2