You are on page 1of 27

Universiti Utara Malaysia

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN


KOLEJ SASTERA DAN SAINS
SGDU 2013
KEPIMPINAN PENDIDIKAN

TEORI LALUAN MATLAMAT


Latar belakang, ciri-ciri, Kekuatan dan kelemahan

DISEDIAKAN OLEH :
   
MUHAMMAD TAJUL AZHAR B TAJUDDIN 201385
TAJARAZHAR BIN ABU BAKAR 201406

PENSYARAH
EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN
Teori Laluan Matlamat

a. Definisi Kepimpinan
i. kepimpinan didefinisikan sebagai satu seni atau
proses mempengaruhi kegiatan manusia yang
berkaitan dengan tugas mereka

ii. Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu


mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang
lain untuk berusaha ke arah pencapaian sesuatu
objektif tertentu
iii. Antara definsi-definisi lain tersebut ialah:-
o Leadership is ‘The process of influencing group
activities toward the achievement of goals’ (Benard
M.Bass and Bruce J.Avolio, 1993)

o Leadership is ‘Influencing, Guiding in Direction,


Course, Action, and Opinion’ (Warren Bennis and
Burt Nanus, 1985)

o Leadership is ‘Effective Influence’ (Chris Argyris,


1976)

o Kepimpinan dalam Islam merupakan Tanggungjawab


dan Amanah,bukannya suatu “ tasrif”
(kebesaran/kebanggaan). (Dr.Siddiq Fadzil).
Takrif Kepimpinan Menurut Islam.
Surah Al-Baqarah : ayat 30.
Maksudnya :
Ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat aku akan
menjadikan manusia menjadi Khalifah di atas muka
bumi. Malaikat bertanya, “adakah tuan mahu
menjadikan Khalifah dari kalangan mereka yang sering
membuat kerosakan dan pertumpahan darah ?”
Sedangkan kami sentiasa memujimu dan memuliakanmu
.Tuhan berkata : “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.”
b. Pengenalan Teori laluan matlamat (Path-Goal Theory)
i. diperkenalkan oleh Martin G. Evans dan Robert House pada
tahun 1971.
ii. membincangkan tentang pendekatan-pendekatan luar jangka
terhadap kepemimpinan.
iii. menerangkan tentang bagaimana stail kepemimpinan yang
efektif mengikut situasi yang berlainan.
iv. Pendekatan teori ini lebih tertumpu kepada pemimpin dalam
mempengaruhi subordinat dalam mencapai matlamat yang
ditetapkan mengikut laluan matlamat.
v. pemimpin haruslah mengaplikasikan stail kepemimpinan
yang berbeza mengikut situasi dalam mempengaruhi
dorongan, prestasi dan kepuasan subordinat.
... Menurut Evans, ...

i. paling penting ialah kebolehan pengurus untuk


menyediakan ganjaran dan memperjelaskan apa yang perlu
dilakukan oleh para subordinat untuk mendapatkannya.

ii. gaya kepimpinan yang paling mendorongkan para


subordinat akan bergantung kepada jenis-jenis ganjaran
yang paling mereka ingini.
... Robert House mengembangkan ...
i. mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah luar jangka yang
membantu menentukan gaya pimpinan yang paling efektif.

ii. Kedua-dua pembolehubah yang telah dikenalpasti ialah ciri-ciri peribadi


para subordinat dan tekanan persekitaran dan tuntutan di tempat kerja
yang perlu dihadapi oleh para subordinat.

iii. gaya kepimpinan yang disukai oleh para subordinat sebahagiannya akan
ditentukan oleh ciri-ciri peribadi mereka sendiri.

iv. 3 faktor persekitaran yang membantu menentukan gaya kepimpinan


o ciri-ciri tugas para subordinat,
o sistem autoriti formal organisasi
o kumpulan kerja para subordinat.
c. Ciri-ciri Teori laluan matlamat

i. merupakan perspektif kontingensi.

ii. Namun begitu, ianya adalah berlainan dari Teori Kontingensi oleh Fiedler
dari segi fokusnya.

iii. Teori ini memfokuskan pada situasi dan tingkahlaku pemimpin lebih
daripada gaya personaliti pemimpin itu sendiri.

iv. Pada andaian awal, teori ini adalah mirip pada Teori Jangkaan Motivasi.

v. dua faktor yang mempengaruhi keupayaan seseorang untuk mencapai


jangkaan yang diharapkan.
o Faktor jangkaan - jangkaan seseorang terhadap tingkah
lakunya akan memimpin subordinatnya menghasilkan
sesuatu
o kuasa penyatuan - bagaimana hasil output seseorang itu dapat
menarik perhatian.
c. Ciri-ciri Teori laluan matlamat ..... (sambungan...)

v. Teori laluan matlamat ini yakin bahawa ...


o seseorang pemimpin dapat mengubah jangkaan
subordinatnya dengan memperjelaskan matlamat .

o matlamat yang hendak dicapai hasil dari tindakan


pengikut dan output yang diperolehi.

o tingkahlaku pemimpin akan memberi kesan yang effektif


adalah bergantung pada faktor situasi

o tingkahlaku pemimpin dapat diterima sebagai sumber


kepuasan subordinat sekiranya pemimpin itu sendiri
dirujuk sebagai sumber.
d. tingkahlaku pemimpin dalam teori laluan matlamat.

Terdapat empat tingkahlaku pemimpin dalam teori ini


Tingkah laku Pemimpin Definisi
i. Tingkahlaku Arahan seseorang pemimpin yang memberi
arahan dan penjelasan yang lengkap
bagi sesuatu tugasan atau matlamat
yang hendak dicapai.
ii. Tingkahlaku Sokongan menumpukan pada perasaan dan
hubungan individu di mana pemimpin
lebih cenderung untuk memberi
kepuasan dan keseronokan kepada
pengikut
iii. Tingkahlaku Penglibatan menganggap pengikut atau orang
bawahan adalah sama dengannya
iv. Tingkahlaku Pencapaian harapan dan jangkaan pemimpin
terhadap subordinat untuk lebih ke
hadapan dari jangkaann
e. Perubahan Teori Laluan Matlamat

... pada tahun 1996 ...

House telah membuat beberapa pembaharuan terhadap teorinya.

i. Beliau telah mengembangkan teorinya

ii. 4 tingkahlaku kepada 10 tingkahlaku

iii. memodenkan konsep motivasi subordinat dan keupayaan


1. Tingkahlaku Penjelasan Laluan Matlamat
Dalam tingkahlaku ini,

a. kemampuan pemimpin mengikut keperluan dan kecenderungan pengikut


akan menghasilkan keberkesanan perlaksanaan.

b. Bagi mencapai matlamat ini mengikut keperluan dan kecenderungan,


seseorang pemimpin itu haruslah menjelaskan apakah matlamat yang
dikehendaki.

c. Penjelasan yang mesti dijelaskan adalah dari segi perlaksanaan matlamat,


maksud matlamat, tahap matlamat, harapan matlamat, ganjaran dan
hukuman terhadap subordinat.

d. Penjelasan laluan matlamat dari pemimpin boleh menjadi sumber bagi


penjelasan di mana kepuasan pengikut dapat dimotivasikan.

e. Selain itu, ganjaran dan hukuman yang bakal diterima juga diperjelaskan
kepada subordinat sekiranya matlamat yang dikehendaki tercapai atau tidak.
2. Tingkahlaku Kepemimpinan Penentuan Pencapaian
Dalam tingkahlaku ini ...

a. lebih menumpukan lebih pada motivasi subordinat dari hanya


menekankan prestasi atau matlamat.

b. penentuan pencapaian akan lebih berkesan apabila dilakukan oleh


pemimpin yang mentadbir subordinat yang mempunyai tanggungjawab
individu dan kawalan terhadap kerja yang dilakukan.

c. pemimpin juga haruslah menunjukkan keyakinan terhadap subordinat .

d. Pihak pentadbiran juga tidak mengabaikan hal ini kerana kawalan


terhadap kerja juga dilakukan agar penentuan pencapaian itu tercapai.
3. Tingkahlaku Kepemimpinan Menyokong

Bagi tingkahlaku ini pula ....

a. pemimpin haruslah memberi sokongan psikologi kepada subordinat dengan


menunjukkan perhatian.

b. Perhatian dari aspek kebajikan, wujudkan suasana mesra dan sokongan


psikologi bagi persekitaran kerja.

c. perlu bila wujud situasi yang merbahaya, membosankan, tekanan atau pun
mengecewakan.

d. mendapatkan hasil output maka sesuatu tugasan atau kerja dan persekitaran
kerja mestilah berada dalam suasana bahaya, membosankan, tekanan ataupun
mengecewakan.

e. Apabila perkara ini berlaku maka subordinat akan dimotivasi secara tidak
langsung bagi mewujudkan suasana mesra dan persekitaran kerja yang
selesa.
4. Tingkahlaku Kepemimpinan Berasaskan Nilai

Dalam tingkahlaku ini ...

a. Nilai bukan sahaja terhad pada nilai individu bahkan melibatkan nilai yang
perlu ada pada sesuatu tugasan atau matlamat yang hendak dicapai.

b. Tingkahlaku ini menggalakkan subordinat menghargai nilai dan


meningkatkan keyakinan diri serta ketekalan.

c. menzahirkan harga diri subordinat dalam mencapai misi yang ditetapkan oleh
pemimpin.

d. memerlukan usaha luar biasa dan pengorbanan serta penglibatan moral dari
pemimpin dan subordinat.

e. Nilai-nilai semulajadi yang dimiliki serta pengalaman pemimpin dan


subordinat dapat menghadapi ancaman, krisis dan tekanan dalam mencapai
matlamat.
5. Tingkahlaku Kepemimpinan Perkongsian

Bagi Tingkahlaku ini ...

a. Pemimpin yang dilantik akan berkongsi dengan subordinat dalam


tingkahlaku kepemimpinan termasuklah melakukan tugasan atau kerja
secara bersama.

b. Oleh itu matlamat yang ditetapkan akan cuba dicapai dengan sokongan dan
perkongsian antara pemimpin dengan subordinat.

c. Ianya tidak akan mewujudkan rasa ketidakpuasan antara pemimpin dengan


subordinat kerana apabila matlamat yang hendak dicapai itu dilakukan
dengan rasa tanggungjawab bersama.

d. meningkatkan kerjasama dan prestasi subordinat dalam mencapai matlamat


yang ditetapkan.

e. Output yang terhasil akan meningkatkan kerjasama dan prestasi subordinat.


f. Kekuatan Teori Laluan Matlamat

Teori Laluan Matlamat tidak mengongkong seseorang pemimpin untuk


menggunakan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada
penggunaan pelbagai gaya mengikut kesesuaian situasi. Cuma ia lebih
tertumpu kepada pemberian motivasi kepada pekerja agar mereka lebih
bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.

Teori Laluan Matlamat menggariskan tentang empat gaya kepimpinan yang


boleh dimanfaatkan untuk memotivasikan pekerja iaitu
i. Gaya Kepimpinan berorientasikan arahan (Directive Leadership)

o Ia dikaitkan dengan gaya menyampaikan atau memberi


penjelaskan kepada pekerja. Pemimpin memberikan arahan
mengenai sesuatu tugas. Dengan menyertakan mengenai apakah
harapannya berkaitan tugas tersebut. Pemimpin juga turut
memberikan klu mengenai bagaimana tugas itu boleh
disempurnakan dan juga penetapan waktu yang diperuntukkan
untuk menyelesaikannya. Arahan yang baik disampaikan kepada
pekerja secara spesifik supaya pekerja mendapat gambaran awal
dan kefahaman yang jelas untuk memulakan sesuatu tugasan yang
diberikan.
iii. Kepimpinan berorientasikan penyertaan (Participative Leadership)

o Gaya ini pula merujuk kepada pemimpin yang mengalu-alukan


penyertaan pekerja untuk mereka berkongsi menetapkan sesuatu
keputusan. Pemimpin membuka ruang untuk rundingan kepada pekerja
agar mereka dapat menyumbang idea serta pandangan. Begitu juga
dengan peluang untuk meningkatkan cadangan dalam sesuatu
keputusan berdasarkan persetujuan organisasi.
ii. Gaya Kepimpinan berorientasikan sokongan (Supportive Leadership)

o Ia merujuk kepada tingkah laku memberi pertimbangan kepada


pekerja. Iaitu dengan gaya beramah mesra dan prihatin sebagai seorang
pemimpin. Tingkah laku ini bertujuan untuk mewujudkan suasana
kerja yang menyenangkan kepada pekerja. Di samping itu, seorang
pemimpin melayan pekerja tanpa berdasarkan mobiliti sosial dan turut
menghormati status kedudukan mereka. Gaya kepimpinan ini mampu
mewujudkan suasana mesra agar pekerja termotivasi dengan penuh
rela hati bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
iv. Gaya Kepimpinan berorientasikan pencapaian (Achievement-Oriented
Leadership)

o Kepimpinan dengan gaya ini memberikan cabaran kepada pekerja untuk


melaksanakan tugasan pada peringkat tertinggi kemampuan mereka.
Pemimpin akan sentiasa mencari peningkatan dan pencapaian yang
berkesinambungan. Ini melalui langkah menyatakan keyakinan yang
tinggi bahawa pekerja mempunyai kemampuan untuk mencapai
matlamat bagi cabaran tersebut.
g. Kelemahan Teori Laluan Matlamat

Walaupun Teori Laluan Maklumat mempunyai kekuatan namun ia masih


mempunyai beberapa kelemahan

i. Kompleks
 Teori Laluan Matlamat adalah kompleks dan mempunyai pelbagai
aspek kepimpinan dan apabila ia salah diinterpretasikan hanya
membingungkan pengamalnya.

 pekerja yang mempunyai pelbagai jenis kecerdasan dan organisasi


dengan kepelbagaian dalam kuasa atau autoriti formal.

 mempunyai skop vang luas dan mengandungi pelbagai andaian,


maka adalah sukar untuk dilaksanakan secara optima dalam
peningkatan proses kepimpinan dalam konteks sebuah organisasi
ii. Kurang mendapat sambutan

o kurang mendapat sambutan daripada para penyelidik empirikal yang


menguji kesahihannya.

o kurang mendapat sambutan daripada para penyelidik yang unggul dalam


bidang ini.

o bukan semua aspek dalam teori ini diberi penekanan atau perhatian vang
sama oleh para penyelidik.

o Sementara itu perolehan daripada teori laluan maklumat tidak


menunjukkan banyak perubahan dalam kepimpinan kerana hasil
penyelidikan terkini tidak membuktikan kesahihan serta memberi
gambaran yang menyeluruh mengenai teori ini.
iii. Perhubungan antara teori tingkah laku kepimpinan dan teori
motivasi pekerja

o gagaI menunjukkan perhubungan atau perkaitan antara teori tingkah


laku kepimpinan dan teori motivasi pekerja

o Walaupun teori ini adalah unik atas dasar harapan, Namun ia masih
dikritik kerana ia tidak menerangkan secara eksplisit bagaimana
kepimpinan boleh dikait-kan dengan dasar-dasar motivasi itu.

o tidak menyatakan bagaimana pemimpin dapat memotivasikan


subordinatnya supaya mempunyai keupayaan serba boleh di samping
memenangi kepercayaan mereka pada diri sendiri.

o ia tidak menyatakan bagaimana kepimpinan menyokong boleh


membantu meningkatkan motivasi subordinat semasa tugasan yang
menjemukan atau membosankan.
iv. Hasil praktikal

o Akhir sekali, Teori Laluan Matlamat menunjukkan kebimbangan hasil


dari praktikalnya.

o pendekatan ini mengakui kepimpinan sebagai peristiwa sehala

o para pemimpin terpaksa memikul fanggungjawab yang berat manakala


tanggungjawab subordinat adalah ringan.

o kepimpinan jenis ini adalah tidak produktif kerana ia menggalakkan


tanggungan yang terpaksa dipikul oleh pemimpin dan gagal
mempamerkan keupayaan subordinat dengan sepenuhnya.
h. Kesimpulan

i. Perubahan teori laluan matlamat ini haruslah dimanipulasikan oleh pemimpin dalam
mencapai matlamat yang hendak dicapai.
ii. House menyatakan bahawa pemimpin berkesan akan memilih tingkahlaku yang
bersesuaian dengan matlamat.
iii. sesetengah tingkahlaku itu bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh visi
yang bersambungan atau berhubungan dengan model tingkahlaku yang bersesuaian
dapat digantikan dengan tingkahlaku penjelasan matlamat.
iv. pengetahuan tentang tugasan bersesuaian dapat ditukar dengan struktur matlamat.
Oleh itu pemimpin perlu memanipulasi faktor-faktor yang ada bagi mencapai
matlamat sepertimana yang ditetapkan.
v. Antara faktor yang boleh dimanipulasikan pemimpin ialah seperti tarikan kepada
ganjaran subordinat, perasaan dalaman subordinat, ketepatan dalam persepsi peranan
subordinat, kesaksamaan dalam memberi ganjaran kepada subordinat dan jangkaan
subordinat.
vi. Apabila faktor ini dimanipulasikan oleh pemimpin dengan bijak mengikut
kesesuaian maka output yang terhasil adalah bermutu dan berkualiti serta mencapai
matlamat yang ditetapkan.
Terima Kasih

You might also like