You are on page 1of 62

Program Pendidikan Seni Visual

Fakulti Seni & Muzik


Universiti Pendidikan Sultan Idris

TAKLIMAT
LATIHAN
MENGAJAR
DPLI 2010
Hassan Mohd Ghazali
TARIKH LM
 1 MAC 2010 - 28 MEI 2010 (12 minggu)
 Pastikan mengambil Buku laporan Penyeliaan Latihan
Mengajar di Unit Latihan Mengajar & Jalinan Industri.
 Muat Turun surat lapor diri sekolah.
 Semak pensyarah penyelia kemudian memperkenalkan
diri dan berbincang.
 Hubungi penyelaras LM.
 Tel. 019- 2191659
 Hubungi Pejabat Am FSM,05.4506702;Fax 05.4583602.
Untuk perhatian En. Hafiz.

Hassan Mohd Ghazali


PENGENALAN

Program Latihan Mengajar (LM) yang


berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah
Pendidikan Negara adalah komponen penting
dalam kurikulum Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan di UPSI.

Hassan Mohd Ghazali


MATLAMAT
 Prog. LM menyediakan peluang bagi guru
pelatih DPLI mengaplikasikan ilmu yang
diperolehi dan dipelajari di UPSI dalam
konteks dunia pendidikan sebenar.

Hassan Mohd Ghazali


OBJEKTIF
 Prog. LM UPSI, bertujuan untuk memberikan peluang
kepada guru pelatih:-
 Mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan
mengajar dan melaksanakan Prog. LM.
 Mempraktikkan pelbagai pendekatan, teori, kaedah,
strategi dan teknik semasa LM.

Hassan Mohd Ghazali


 Memajukan pembelajaran guru pelatih dengan
menyatupadukan teori dan amali dalam situasi sebenar.
 Mengalami suasana sebenar untuk berinteraksi dengan
anggota masyarakat lain dalam komuniti sekolah; cth.
Pelajar, guru dan kakitangan.
 Membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta
meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai
profesional keguruan.
 Meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja
profesional perguruan.

Hassan Mohd Ghazali


 Mengaplikasi kemahiran merancang dan menjalankan
kegiatan ko-kurikulum untuk guru pelatih.
 Menambah pengalaman dan kecekapan melalui latihan
industri untuk diterapkan di dalam bilik darjah.

Hassan Mohd Ghazali


Apa yang perlu di buat?
 Melaporkan diri diawal sesi persekolahan iaitu 1 Mac
2010. (Sebaiknya berjumpa dengan pentadbiran sekolah
lebih awal)
 Berjumpa dengan Pengetua
 Berjumpa dengan Guru Pembimbing
 Berbincang dengan guru jadual waktu.
 Menyediakan pelan dan hantar email, pos atau fax jadual
waktu kepada pensyarah pembimbing.

Hassan Mohd Ghazali


Waktu mengajar
 10 -12 waktu seminggu
 Kirim salinan jadual waktu dan aktiviti ko-
kurikulum pada penyelia
 Beritahu segera pada penyelia sekiranya ada
pindaan jadual waktu

Hassan Mohd Ghazali


Kehadiran
 Wajib hadir ke sekolah pada waktu ditetapkan
 Cuti kecemasan – hubungan sekolah segera
 Cuti sakit – surat cuti sakit diserahkan pada
pentadbir sekolah secepat mungkin
 Cuti urusan penting – perlu mendapat kebenaran
penyelia, pengetua

Hassan Mohd Ghazali


CUTI
 Cuti sakit – surat cuti sakit doktor bertauliah
 Cuti kecemasan – kebenaran penyelia dan sekolah
 Wajib LM sepenuhnya
 Tidak menghadiri LM tidak lebih 4 hari dengan manasabah, kebenaran
UPSI
 Tidak menghadiri LM lebih 6 hari walaupun alasan perubatan atau
alasan lain disifatkan tidak memenuhi syarat LM. Perlu mengulang
semula LM.
 Masalah kesihatan, mengandung dll. Dinasihatkan menangguh LM.
Sekiranya memilih untuk meneruskan sebarang risiko tanggungan
sendiri
 Kes-kes tertentu fakulti boleh menangguhkan LM

Hassan Mohd Ghazali


Sahsiah dan Rupa Diri (7B)
 Berwatak
 Berdisiplin
 Berhemah
 Bermotivasi
 Berdaya maju
 Berkeyakinan
 Berketrampilan

Hassan Mohd Ghazali


BUKU RANCANGAN MENGAJAR
 Baca semua maklumat dalam BRM
 Lengkapkan segala butiran guru pelatih
 Sediakan gambar tekini
 Lengkapkan Butiran Peribadi
 Lengkapkan Sukatan Pelajaran
 Dapatkan Rancangan Tahunan
 Sediakan Rancangan Mingguan
 Sediakan Rancangan Harian sebelum masuk kelas
 Lengkapkan Jadual Waktu Harian
 Senarai Nama Pelajar/Kelas/Markah Hasil Kerja Pelajar
 Senarai Buku Rujukan

Hassan Mohd Ghazali


Butiran Peribadi Guru Pelatih
 Lengkapkan Biodata Anda
 Sediakan gambar terkini
 Lengkapkan alamat tempat tinggal
 Lengkapkan alamat perhubungan
 Rekodkan kerja pelajar
 Lengkapkan kegiatan ko-kurikulum

Hassan Mohd Ghazali


Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Tahunan
 Sukatan Pelajaran Terkini (Salinan)
 Rancangan Tahunan Terkini (salinan)
 Lengkapkan Jadual Waktu P&P
 Senarai nama pelajar/kelas/markah
 Lengkapkan dan pamerkan
 Fail Latihan Mengajar
 Buatkan kocek pada buku LM

Hassan Mohd Ghazali


Petikan kata pengantar buku HSP PSV

‘Pendidikan Seni Visual Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah
mengandungi pelbagai aktiviti untuk
membentuk keperibadian murid yang
celik budaya, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif dan inventif’.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV

Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih


menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah


adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia
yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang
tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Pendidikan Seni Visual menyarankan penggunaan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang bersepadu dengan mata pelajaran lain.
• Penggunaan strategi pengajaran adalah digalakkan bagi memupuk minat
murid.
• strategi pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai,
Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme,
Pembelajaran Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT),
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Belajar Cara Belajar, dan
Pembelajaran Masteri
• Pemilihan dan penentuan aktiviti seni visual hendaklah yang terdekat
dengan murid dari segi pengalaman, imaginasi, alat dan bahan.
• Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan,
kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian
murid.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV
• Sesuatu projek yang diperkenalkan perlu selaras dengan kesediaan,
kemampuan, kebolehan, penumpuan, pengalaman dan pemerhatian
murid.
• Kegiatan yang menarik minat seperti kegiatan yang mencetus idea
melalui aktiviti penerokaan amatlah digalakkan sama ada secara manual
atau berbantukan komputer.
• Proses penghasilan karya dan peningkatan pembelajaran yang
berterusan perlu diberi penekanan dan penilaian.
• Hasil kerja murid hendaklah dipamerkan sebagai penghargaan.
• Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil
kerjanya sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis,
sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.
Rekod ini juga akan membolehkan guru membantu dan menilai
perkembangan pembelajaran murid.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV
Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran memaparkan beberapa aktiviti yang sesuai dan
boleh dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual mengikut bidang tertentu.

Penjelasan tentang aras adalah seperti berikut:

Aras
Aras 1 Pemahaman yang jelas tentang konsep, fungsi dan
penghayatan.

Aras 2 Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk


penghasilan bahan.

Aras 3 Aktiviti di aras ini menitikberatkan peningkatan penghasilan


bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat
kritikan. Hassan Mohd Ghazali
Petikan buku HSP PSV
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Penilaian dibuat secara keseluruhan untuk membolehkan


murid menggabungkan kefahaman kognitif, psikomotor
dan afektif .

• Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni,


prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat serta
teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan
pemahaman dan penghargaan.
• Aspek psikomotor pula melibatkan penilaian proses
dalam penghasilan.
• Aspek afektif pula dijalankan melalui pemerhatian,
sikap dan perlakuan murid yang direkod.
Hassan Mohd Ghazali
Petikan buku HSP PSV
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni
Visual iaitu:

• pemerhatian,
• lisan dan interaksi dan
• penulisan.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV
1. Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah proses penilaian yang


melibatkan guru secara aktif.
Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses
penghasilan karya. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir,
mengelola idea, pewujudan idea dan cara mereka menggunakan
alat. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu
memberi bimbingan yang sewajarnya. Perkara-perkara yang perlu
dititikberatkan adalah pew ujudan idea di mana proses murid
menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira.

Hassan Mohd Ghazali


Petikan buku HSP PSV
2. Penilaian secara lisan
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah
penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk
mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni,
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai
potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan
yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz,
temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan
sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara
lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman
konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar,
kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan
daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi,
perasaan dan perubahan sikap murid.
Hassan Mohd Ghazali
Petikan buku HSP PSV
3. Penilaian Secara Penulisan

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan


mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam
pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam
bentuk portfolio.

Hassan Mohd Ghazali


Rancangan Mingguan
 Merancang Berapa Minggu LM dijalankan
 Pilih tajuk yang sesuai (Bincang dengan
guru/ Panatia Pendidikan Seni Visual)
 Rancang dengan teliti dan teratur mengikut
keperluan dan perancangan tahunan
sekolah.

Hassan Mohd Ghazali


Menyediakan Rancangan Mengajar
Harian/Persediaan mengajar
 Guru perlu merancang dan menyediakan
persediaan mengajar sebelum memulakan sesuatu
pengajaran, ia bertujuan untuk membolehkan guru
betul-betul bersedia dengan kaedah, aktiviti dan
contoh serta bahan atau sumber yang sesuai bagi
memenuhi objektif ditetapkan.

Hassan Mohd Ghazali


Peringkat-peringkat persediaan
mengajar/ rancangan Mengajar

Melibatkan 3 peringkat:
a) Perancangan mengajar
b) Perancangan penyampaian pengajaran
c) Perancangan penilaian

Hassan Mohd Ghazali


Perancangan Pengajaran
1.Maklumat Umum
A) Kelas (tingkatan)
B) Tahap
C) Masa
D) Bilangan pelajar

PERINGATAN: guru perlu tahu kelas yang akan diajar kelas yang
berbeza menunjukan tahap kebolehan yang berbeza. Faktor masa akan
mempengaruhi tahap kecerdasan pelajar, tempoh masa yang sesuai
akan membantu guru dalam merancang aktiviti yang sesuai.

Hassan Mohd Ghazali


2. Topik dan aktiviti
Perlu tahu topik dan subtopik supaya dapat merancang kesesuaian
tempoh masa, strategi pengajaran, sumber atau alat bantuan mengajar.

3. Pengetahuan Sedia ada


Merujuk kepada pengalaman (topik yang sudah disampaikan),
pengetahuan dan kebolehan yang sudah ada pada murid sebelum
pelajaran baru dirancang oleh guru.

4. Objektif Hasil Pembelajaran


Objektif Hasil Pembelajaran ialah suatu keterangan mengenai
‘performance’ yang perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap
berupaya (competent). Ia adalah huraian cadangan hasil daripada
pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager 1990)

Hassan Mohd Ghazali


Penulisan Objektif Hasil Pembelajaran

Tujuan:
 Untuk memberikan arah guru yang mengajar bagi mengetahui
apa yang diharapkan daripada murid
 Dapat menilai di akhir pengajaran sejauh mana murid dapat
melakukan sesuatu yang diingini
 Murid-murid dapat menilai kemajuannya sendiri di sepanjang
masa pengajaran disampaikan dan dengan itu mengatur
strateginya untuk mencapai matlamat
 Objektif-objektif menolong guru merancang bahan-bahan
pengajaran, aktiviti dan alat bantuan mengajar yang sesuai

Hassan Mohd Ghazali


Pembahagian Objektif Hasil
Pembelajaran
mengikut
1. PenulisanDomain
Objektif berdasarkan tiga domain iaitu:
Domain Kognitif, Domain afektif dan Domain
psikomotor.

a) Domain Kognitif - menegaskan hasil intelek seperti


pengetahuan dan pemahaman sesuatu
istilah,fakta,konsep,prinsip,hukum,kaedah,cara dan prosedur
serta kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Hassan Mohd Ghazali


B. Domain afektif - menegaskan aspek rohani dan emosi seperti
sikap, nilai dan perasaan
C. Domain psikomotor - menegaskan tingkahlaku atau kemahiran
pengerakan seperti melukis,menampal,
menjahit,memasang,membina,mengecat dan mengoperasi
mesin dan alat.

Hassan Mohd Ghazali


Jenis-jenis Objektif Hasil
Pembelajaran
Dua jenis Objektif P&P iaitu
1. Objektif Implisit
2. Objektif Eksplisit

Objektif Implisit
Objektif yang menyatakan perubahan-perubahan dalaman,
iaitu tingkah laku yang tidak nyata seperti:
mengetahui, menikmati, memahami, mengetahui

Nota: Tidak digalakkan penulisan Implisit kerana tidak dapat dinilai

Hassan Mohd Ghazali


Cara menulisan Objektif hasil
Pembelajaran

Menurut Mager (1981) 3 kriteria yang perlu diikuti


semasa menulis objektif eksplisit:

1. Menggunakan kata kerja tindakan yang khusus untuk


memperjelaskan niat guru
2. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah
laku yang boleh dilihat
3. Menggunakan bahasa yang boleh dihuraikan tingkah
laku yang boleh dinilai.

Hassan Mohd Ghazali


Cara menulisan Objektif Hasil
pembelajaran
Secara ideal, objektif tingkah laku menggandungi empat unsur:

1. Siapakah yang menunjukkan tingkah laku yang diajar


(murid-murid)
2. Tingkah laku atau kebolehan terakhir murid - misalnya
menyiapkan catan cat air teknik basah atas basah dengan
baik.
3. Situasi atau keadaan murid melakukan sesuatu misalnya:
murid dapat menyusun bongkah batu untuk dijadikan arca.
4. Tingkatkan pencapaian yang digunakan untuk menilai
kejayaan prestasi iaitu misalnya: 70% murid menghasilkan
dengan baik. Boleh menjawab 8 dari 10 soalan yang
dikemukakan.

Hassan Mohd Ghazali


Cara menulisan Objektif Hasil
Pembelajaran
Beberapa tokoh pendidikan menyatakan secara
praktis, objektif tingkah laku dibuat mengandungi 3
unsur:

1. Situasi
2. Tingkah laku
3. Tingkat pencapaian atau standard

Hassan Mohd Ghazali


Cara menulisan Objektif Hasil
Pembelajaran
Tingkatan: 2
Bidang/ Unit: Seni Halus
Huraian Sukatan: Ms 11 dan 12
Aktiviti : Catan Cat Air - Teknik Basah atas basah
Tema/Tajuk: Kampung ku
OTL: Di akhir pengajaran murid boleh menghasilkan catan cat air bertajuk
kampung ku dengan menggunakan teknik basah atas basah. Dijangka
70% murid-murid boleh menyiapkan catan cat air dengan teknik yang
betul.
Analisis:
l Situasi - murid menghasilkan catan cat air - kampung ku
l Tingkah laku - menggunakan teknik basah atau basah
l Tingkat pencapaian atau standard - 70 % menyiapkan
dengan teknik betul
Hassan Mohd Ghazali
Cara menulisan Objektif Hasil
pembelajaran
Aspek penting dalam penulisan Objektif:

1. Apa ?
2. Bagaimana ?
3. Banyak Mana ?

Contoh:
Diakhir pengajaran murid dapat:
Menghasilkan corak teracang dengan menggunakan cat air,
dijangka 70 % dapat menghasilkan dengan baik.

Hassan Mohd Ghazali


Cara menulisan Objektif Hasil
Pembelajaran
Cara Penulisan menurut Baker (1971):

A - Audience ( Kumpulan Sasaran - siapa yang belajar)


B - Behaviour (Pelakuan - gerak kerja semasa belajar)
C - Conditions ( Syarat - keadaan yang ada semasa penilian)
D - Degree ( Ukuran - sasaran yang boleh tercapai dlm P&P)

Contoh:
1. Pada akhir pengajaran - C
2. Pelajar - A
3. Dapat melukis - B
4. Menghasilkan catan bertajuk ‘bunga’ - C
5. Sekurang-kurangnya 70% dapat melukis dengan baik - D

Hassan Mohd Ghazali


Pendekatan dalam P & P
 Konstruktivisme
 Kontekstual
 Pembelajaran berasaskan projek

Hassan Mohd Ghazali


Konstruktivisme
 Membina pengetahuan melalui proses
psikologi yang aktif
 Hasil pengalaman pancaindera dengan alam
 Apa yang pelajar lihat, lalui,

Hassan Mohd Ghazali


Kontekstual

 Menggabungkan isi pelajaran dengan


pengalaman harian induvidu, masyarakat dan
alam perkerjaan
 Aktiviti hands on dan minds on.
 Berlaku apabila memberi makna kepada
pelajar iaitu perkaitannya dengan
pengalaman.

Hassan Mohd Ghazali


Pembelajaran Berasaskan Projek

 Untuk mencapai sesuatu tujuan


 Menyelesaikan sesuatu tugasan dalam
jangka masa yang agak panjang.
 Dilakukan dalam bentuk amali.
 Proses, hasil dan sahsiah

Hassan Mohd Ghazali


Pengajaran dan pembelajaran

 Pendekatan- objektif jangka panjang


 Strategi-kaedah dan teknik yang dirancang
 Kaedah-siri tindakan guru yang bersistematik
serta berturutan dan bertujuan memcapai
objektif yang spesifik
 Teknik-unit kecil dalam sesuatu kaedah-
aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang
digunakan.

Hassan Mohd Ghazali


Strategi P & P

 Berpusatkan murid- simulasi, lakonan,


permainan, lawatan, projek dll
 Berpusatkan guru- syarahan, kuliah,
penerangan, demontrasi, tunjukcara dll
 Berpusatkan bahan- pembelajaran bermodul,
tayangan video, tayangan slide dll.

Hassan Mohd Ghazali


Projek / amali
 Pastikan bahan dan peralatan disediakan
serta mudah diperolehi.
 Pelajar dibimbing dalam memilih dan
melaksanakan projek mereka.
 Objektif projek jelas.
 Penyeliaan perlu untuk memastikan projek
berjaya dilaksanakan.
 Penilaian projek dibuat oleh guru. Murid turut
diberi peluang untuk menilai.

Hassan Mohd Ghazali


DEMONSTRASI / TUNJUK CARA

 Tujuan demonstrasi dan hasil diharapkan


dijelaskan kepada pelajar.
 Perancangan dan persiapan awal hendaklah
dibuat dahulu.
 Bahagikan kelas kepada kumpulan.
 Ulang semula jika terdapat kekeliruan.
 Galakkan penglibatan pelajar.
 Di akhir demonstrasi adakan perbincangan
serta rumusan.
Hassan Mohd Ghazali
PENEKANAN DALAM KERJA
AMALI
 Menekankan langkah keselamatan.
 Sifat ketegasan dalam setiap aktiviti.
 Melakukan pemantauan.
 Berstrategi.
 Penggunaan pakaian keselamatan yang
sesuai.
 Berkemahiran.

Hassan Mohd Ghazali


sambung

 Sejarah seni; latar belakang P&P.


 b) tunjuk cara – syarahan P&P
 c) demo – guru @ pelajar
 d) contoh- alat bantuk mengajar (ABM)
 e) pengukuhan: soal jawab/kuiz
 f) aktiviti: kumpulan atau individu
 g) apresiasi dan kritikan hasil pelajar
 h) akhir P&P: Tercapai atau tidak?
 i) sediakan ruang ulasan penyelia/pengetua/GP
 i) semak, beri markah dan rekod kerja pelajar

Hassan Mohd Ghazali


NILAI DAN KEMAHIRAN
 Nilai Kemahiran
 KBKK (Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis)
 Jenis Aktiviti: Kognitif, efektif dan psikomotor.
 Emosi
 Keintelektualan

Hassan Mohd Ghazali


16 Nilai-Nilai Murni (KBSM)
 Baik hati
 Berdikari
 Rasional
 Keadilan
 Kejujuran
 Kerajinan
 Kebebasan
 Keberanian
 Kesyukuran
 Kasih sayang
 Bekerjasama
 Kesederhanaan
 Kemasyarkatan
 Berhemah tinggi
 Hormat menghormati
 Kebersihan fizikal dan mental

Hassan Mohd Ghazali


KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF
DAN KRITIS (KBKK)
 Kreatif:
 Menjana idea
 Menghubungkaitkan
 Membuat inferens
 Membuat hipotesis
 Mensintesiskan
 Membuat gambaran mental
 Menganalogikan
 Merekacipta

Hassan Mohd Ghazali


Kritis
 Mencirikan
 Membanding dan membezakan
 Mengumpul dan mengkelaskan
 Membuat urutan
 Menyusun mengikut keutamaan
 Menganalisis
 Mengesan kecondongan
 Menilai
 Membuat kesimpulan
Hassan Mohd Ghazali
STRATEGI BERFIKIR

 Mengkonsepsikan fikiran
 Menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan tepat

Hassan Mohd Ghazali


Menaakul

 Etika – sahsiah dan rupa diri


 Logika – penerimaan akal fikiran
 Rasional – sebab dan alasan

Hassan Mohd Ghazali


Sistem Penilaian Latihan
Mengajar
a) Pensyarah Penyelia
b) Guru Pembimbing

Hassan Mohd Ghazali


Pensyarah Penyelia (PP)
 Mesti berjumpa PP sebelum LM
 Mohon pandangan dan idea dari PP
 Hantar plan dan jadual waktu secepat mungkin
 Hubungi PP sekiranya anda MC,sukan, cuti
peristiwa, bengkel dll. dengan segera.
 Tujukkan prestasi yang cemerlang ketika LM.
 Nyatakan dengan ikhlas apa-apa masalah yang
timbul.
 Penyeliaan dilakukan sebanyak 2 kali (tertakluk
pada kes tertentu)

Hassan Mohd Ghazali


Guru Pembimbing (GP)
 Kenali GP anda
 Dapatkan nasihat berkaitan P&P
 Berikan kerjasama yang baik pada GP
 Guru pembimbing memantau dan
menjalankan penilaian prestasi sebanyak 4
kali.
 Tunjukkan contoh dan jaga nama baik UPSI.

Hassan Mohd Ghazali


Jadual Penggredan
Jumlah Markah Gred Taraf

80 – 100 A Cemerlang
75 - 79 A-
70 -74 B+ Kepujian
65 – 69 B
60 - 64 B-
55 – 59 C+ Lulus
50 - 54 C
54 – 49 C- Lulus Lemah
40 – 44 D+
35 -39 D
34 ke bawah F Gagal

Hassan Mohd Ghazali


Selamat Praktikum

Hassan Mohd Ghazali


019-2191658

Hassan Mohd Ghazali

You might also like