Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
26Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan

Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 2,419 |Likes:
Published by jeffieman

More info:

Categories:Types, Brochures
Published by: jeffieman on Feb 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/25/2013

pdf

text

original

 
 
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPARAS 7, BLOK JPUSAT BANDAR DAMANSARA50604 KUALA LUMPUR 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (14)27 November 2002Semua Pengarah Pendidikan Negeri
 
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002 :
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003
Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan pendidikanwajib di peringkat sekolah rendah 2003..2. Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaituSeksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah dinegara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa
setiap ibu bapa yang merupakanwarganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasaanak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terusmenjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib
.3. Kementerian Pendidikan menetapkan untuk melaksanakan pendidikan wajib diperingkat rendah berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan buku Garis Panduan PelaksanaanPendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 untuk diguna pakai sebagai panduan Y.Bhg.Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah yangbermula pada Januari 2003. Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut :4.1 Mekanisme permohonan penempatan, pengesahan penempatan danpendaftaran murid Tahun 1;4.2 Mekanisme penyiasatan murid cicir;4.3 Risalah atau
’pamplet’ 
untuk hebahan pendidikan wajib; dan4.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.5. Bagi melicinkan pelaksanaan tersebut, khususnya dalam penyiasatan murid cicir,Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 136 telah memperuntukkan pemberian
kuasauntuk menyiasat
seperti berikut :-”Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta550), Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada Pendaftar Sekolahdan Guru, Pegawai Pendidikan di daerah dan kawasan, guru besar, pengetua, gurupenolong kanan (HEM), dan guru bimbingan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaanuntuk menyiasat apa-apa perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A AktaPendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002,
 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
tertakluk kepada apa-apa garis panduan dan arahan yang dikeluarkanoleh KetuaPendaftar dari semasa ke semasa mulai 1 Januari 2003. (Rujuk
Lampiran 1
).6. Kerjasama daripada Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon supaya memberiperhatian khusus terhadap kanak-kanak yang didapati tercicir dan mengambil tindakansewajarnya bagi kes-kes berikut :-6.1 Murid-murid yang telah mengesahkan penempatan tetapi tidak hadir mendaftar disekolah yang telah diluluskan selepas empat belas (14) hari dari hari pertamapersekolahan tahun berkenaan;6.2 Aduan/laporan mengenai murid cicir yang diterima daripada orang awam; dan6.3 Kes murid cicir yang ada dalam pengetahuan Sekolah/Pejabat PendidikanDaerah/Pejabat Pendidikan Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri.7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah dibawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaMerangkapKetua Pendaftar Sekolah dan Gurus.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin MohamadMenteri Pelajaran Malaysia2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia3. Y.B. Dato’ Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia6. Timbalan-Timbalan Ketua SetiausahaKementerian Pendidikan Malaysia7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
 
 
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Activity (26)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
awangbakhtiar liked this
Lovely Self liked this
azris_4 liked this
razak_ipg ik liked this
Faizma Emma liked this
ewilliecharles liked this
Kavi Sutha liked this
Pai Jay Garage liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->