Professional Documents
Culture Documents
PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT
POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK
4.1 Pengenalan
Rajah di bawah menunjukkan satu contoh peralatan pengukuran pneumatik. Masukan sistem
adalah dari isyarat keluaran penghantar(transmitter) yang kemudian isyarat msukan tersebut
ditukar kepada isyarat dalam bentuk daya oleh belos. Tuil masukan sistem ini digerakkan oleh
isyarat daripada belos dan dihantar kepada satu penyambung (link). Penyambung ini
kemudiannya menggerakkan tuil yang lain dan akhirnya la akan menggerakkan Jarum
penunjuk. Umumnya mekanisma perangkai dan tuil bagi recorder melibatkan sistem
penghantaran dan pengukuran isyarat.
Tuil Perangkai
Tuil
Belos
i. Tuil Masukan
Bahagian yang berputar terhadap pada pangsi. Terdapat beberapa jenis tuil masukan:
Masukan isyarat adalah dari gerakan putaran aci. Putaran aci menyebabkan tuil
masukan turut berputar. Rajah 4.2 menunjukkan tuil masukan sebelah.
Masukan isyarat adalah dari salah satu tuil. Pergerakan tuil akan menyebabkan tuil
keluaran berputar. Tuil masukan akan berputar dipangsi dan menyebabkan tuil keluaran
juga berputar. Rajah 4.3 dan 4.4 menunjukkan tuil dua belah dan tuil dua hujung 90°.
iii. Perangkai
Perangkai menyambungkan isyarat masukan kepada tuil. Perangkai biasanya lurus, jadi
tuil-tuil yang disambungkan oleh perangkai hendaklah berada pada satah yang sama
supaya offset tidak akan berlaku.
Biasanya pengerakan tuil masukan dalam sesuatu peralatan (jangka) adalah kecil jika
dibandingkan dengan pergerakan tuil keluaran. Sebagai contoh bagi sudut putaran tuil
masukan sebanyak 10° akan menyebabkan sudut putaran tuil keluaran boleh mencapai 40°.
Ini bermakna isyarat masukan telah digandakan pada kadar 4 kali oleh mekanisma tersebut.
Contoh 1
Katakan putaran tuil keluaran adalah 40°, panjang tuil masukan adalah 3 inci dan sudut
putaran tuil masukan adalah 30°. Kirakan panjang tuil keluaran.
Penyelesaian:
30° x 3 In = 40° x X
X = 90/40
= 2 1/2 in
Contoh 2
Cari sudut putaran tuil keluaran jika diberi data-data seperti berikut:
Penyelesaian:
= 400
Perangkai
Tiga perkara penting yang perlu dikenalpasti dalam kendalian mekanisma tuil dan rangkai. Perkara ini adalah tuil
fizikal, tuil sebenar dan tuil berkesan.
a. Tuil Fizikal
Tuil ini terdiri daripada bahan yang boleh dilihat dengan mata kasar di dalam
mekanisma. Bagaimanapun tuil ini tidak semestinya tuil sebenar.
b. Tuil Sebenar
Tempat titik paksi disambungkan pada perangkai dinamakan tuil sebenar. Tuil sebenar
dapat dikenali dengan menyambungkan garis luaran pangsi dari titik tempat
perangkai disambungkan ke tuil fizikal
c. Tuil berkesan
Tuil berkesan bermula dari titik pangsi dan bertemu pada perangkai dengan
membuat sudut 900 dengan tuil berkesan akan berubah apabila tuil fizikal berpusing.
Panjang tuil menentukan pengerakan. Apabila nisbah pengerakan masukan kepada
pengerakan keluaran bertukar dengan pusingan tuil, ralat akan berlaku dan ini
dinamakan ralat kesegian.
Perangkai Perangkai
Perangkai
Rajah 4.8: Penggunaan tuil fizikal, tuil sebenar dan tuil berkesan
Bagaimanapun dalam keadaan praktikal keadaan di atas tidak mungkin wujud. Ini
disebabkan oleh:
Selisih kesudutan ialah perubahan nisbah sudut masukan dan sudut keluaran.
Contohnya bagi mekanisma tertentu nisbah yang tersebut ialah 1 : 2 maka jika nilai sudut
masukan = 400 sepatutnya nilai sudut keluaran = 800. Tetapi nilai sudut keluaran yang didapati
berbeza daripada nilai yang sepatutnya. Apabila ini berlaku, mekanisma tersebut dikatakan
mempunyai masalah selisih kesudutan.
Masalah ini wujud apabila tuil berkesan bukan lagi tuil sebenar. Pada pengerakan sudut
yang kecil masalah ini biasanya boleh diabaikan. Masalah ini dapat diatasi dengan melakukan
pelarasan.
Ralat kesegian berlaku disebabkan oleh panjang tuil masukan dan keluaran yang
berlainan. Bacaan yang tepat hanya boleh diambil jika kedua-dua tuil bergerak selari dan
bersudut tepat. Apabila kedua-dua tuil berputar ke satu titik maka ralat kesegian akan timbul,
pelarasan perlu dibuat untuk mengurangkan ralat tersebut.
Bacaan yang tepat diperolehi ketika tuil masukan dan tuil keluaran selari dan bersudut tepat
dengan perangkai. Cara pelarasan dilakukan ialah dengan mengubah panjang perangkai.
Pelarasan ini memastikan tuil-tuil berkesan selari dan bersudut tepat dengan perangkai.
a. Mengubah panjang tuil. Laraskan kedudukan perangkai pada skru berdasarkan rajah 4.10.
b. Memusingkan tuil keluaran berasaskan acinya. Tuil-tuil tidak selari antara satu sama lain dan
tidak tepat dengan kedudukan perangkai.
c. Menukarkan paksi pusingan tuil masukan supaya selari dengan tuil keluaran.
Tuil
sebenar/
tuil
berkesan
Apabila aci masukan berputar pada sudut putaran maksima maka tuil keluaran iaitu
pengerakan pen pada carta sepatutnya maksima iaitu meliputi skala penuh carta. Jika ia tidak
maksima maka panjang tuil perlu dilaraskan.
Apabila menukarkan panjang tuil ini, ia akan mengubah nisbah masukan dan keluaran dan
seterusnya mendapat rentang yang sepatutnya. Pelarasan rentang juga boleh dibuat hanya
dengan mengubah kekuatan spring. Kesimpulannya pelarasan rentang digunakan untuk
melaraskan nisbah keluaran dan masukan sesuatu sistem.
Contoh 3
Ubahkan kadar masukan dari 10 ke 90 peratus pada pelarasan rentang. Perhatikan pengerakan
pen yang sepatutnya bergerak sebanyak 80 peratus. Sekiranya pen bergerak lebih 80%,
kurangkan panjang tuil masukan atau lebihkan panjang tuil keluaran. Sekiranya kurang 80%
maka tambahkan panjang tuil masukan atau kurangkan panjang tuil keluaran.
Pelarasan sifar dibuat dengan menganjakkan kedudukan tuil masukan atau tuil
keluaran. Dengan menganjakkan kedudukan salah satu tuil, aci keluaran akan berputar
supaya penunjuk atau pen perakam berada pada kedudukan permulaan iaitu di mana keluaran
0%. Dengan itu, ia akan dapat mengimbangi tuil masukan dan tuil keluaran.
Contoh 4
Apabila masukan 50% atau berpusing 50%, perhatikan kedudukan pen pada carta. Sekiranya
pen tidak menunjukan pada 50 % pada carta maka laraskan kedudukan tuil masukan atau tuil
keluaran sehingga kedudukan pen menunjukan 50% pada carta.
Hentian mekanikal dapat ditakrifkan sebagai gangguan atau halangan mekanikal yang
memberhentikan pengerakan mekanisma daripada pengerakan biasa atau memberhentikan
dalam had-had tertentu sahaja.
Contoh 5
Pen perakam akan disekat oleh hentian mekanikal apabila keluaran melebihi 100% atau kurang
dari 0%.
Fungsinya ialah untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku pada alat-alat berkenaan
dengan menghadkan pengerakan pen perakam, penunjuk jangka ampere, penunjuk volt dan
sebagainya.
Digunakan sebagai pengawal julat iaitu dengan melaraskan kedudukan hentian pada
kedudukan yang dikehendaki.
Tujuan hentian mekanikal dipasang ialah untuk memastikan pengerakan pen supaya tidak
melebihi julat yang ditetapkan dan mengelakkan kerosakan yang boleh berlaku pada
pengerakan perakam.
Selain daripada mekanisma perangkai dan tuil yang telah dibincangkan, terdapat beberapa lagi
mekanisma yang boleh mengantikan perangkai dan tuil. Mekanisma tersebut digunakan
mengatasi masalah kemampuan pengerakan perangkai dan tuil.Mekanisma tersebut adalah
seperti berikut:
Selisih kesudutan tidak wujud jika tuil sebenar berkedudukan sejajar (kedudukan yang sama)
dengan tuil berkesan. Keadaan ini boleh dicapai sekiranya sistem rak gear digunakan.
Apabila sudut masukan kecil kehendaki memberikan sudut keluaran yang sangat besar
diperlukan. Contohnya bagi sudut masukan 100°, sudut keluaran sebanyak 300° dikehendaki.
Ini dapat dicapai dengan menggunakan sistem dua gear. Jangka tekanan (pressure gauge)
adalah merupakan mekanisma yang menggunakan dua gear atau juga dikenali sebagai
mekanisma pendarab.
Mekanisma Anti-lengkung
Pada kebanyakan jangka apabila pen perakam bergerak ianya membentuk garis lengkung pada
jangka carta dengan paksi lengan pen sebagai pusat lengkung tersebut. Untuk menimbal
lengkung garisan masa pada carta juga turut melengkung. Dengan itu tiada ralat vang timbul.
Jika kesan lengkung ini dihapuskan satu mekanisma anti lengkung perlu dibina.
Biasanya apabila masukan berubah keluaran akan berubah pada kadar yang sama. Tapi bagi
setengah jangka, perubahan yang didapati tidak pada kadar yang sama. Contohnya pengukuran
cecair, apabila membuat pengukuran menggunakan 'oriffice plat' adalah perlu menggunakan
cara gandaan dua isyarat masukan. Jika isyarat masukan ialah 4, aliran yang sebenarnya ialah
punca ganda dua bagi 4 dan 2.
Satu cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengunakan sesondol (cam). Tuil
akan bertukar jarak (panjang) apabila sesondol berputar. Dengan ini bentuk putaran keluaran
dengan masukan adalah berbeza. Bentuk sesondol yang digunakan menentukan perubahan
nisbah di antara masukan dan keluaran.