You are on page 1of 57

Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar

Zakuan R.

KATA-KATA ALUAN

Terlebih dahulu berbanyak syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia dan izinNya,
maka terhasillah e-book ini yang diharap dapat menjadi sumber rujukan berguna kepada
semua pembacanya.

E-book ini dihasilkan atas usaha sendiri berpandukan pengalaman penulis yang terlibat
dalam Program Affiliate serta merujuk kepada pelbagai bahan rujukan yang terdapat di
Internet sama ada secara berbayar atapun percuma.

E-book ini diedarkan secara percuma kepada semua yang berminat memilikinya dan anda
boleh memberikannya kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan sama ada sebagai
hadiah, bonus ataupun saguhati dengan syarat segala isi kandungan e-book ini tidak
diubah dan ianya diberikan secara percuma. Anda boleh mengedarkannya secara sendiri
ataupun hubungkan mereka ke www.affiliatejaya.com untuk muat turun secara percuma.

Akhir kata, jadikanlah e-book ini sebagai salah satu daripada sumber rujukan untuk anda
menambahkan lagi ilmu berkaitan perniagaan Internet amnya, dan Program Affiliate
khususnya.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 2


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

KANDUNGAN

Subjek Mukasurat
Kata-kata Aluan 2

Kandungan 3

Pengenalan 4

Bab 1 : Program Affiliate 5

Bab 2 : Membina Website Bagi Program Affiliate 22

Bab 3 : Promosi 26

Bab 4 : Kelebihan Program Affiliate 38

Bab 5 : Tips Memilih Program Affiliate 40

Bab 6 : Panduan Bermula 42

BONUS : Google AdSense 45

Penutup 57

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 3


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

PENGENALAN

Tentu ramai orang sudah mengetahui tentang keupayaan internet untuk menjana
pendapatan yang sungguh lumayan dari rumah. Mungkin ramai juga yang sudah
memulakannya dan sedang memperolehi pendapatan lumayan hari demi hari. Baguslah
bagi mereka yang sudah mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan di
internet.

Bagaimana pula mereka yang tiada apa-apa yang boleh dipasarkan di internet? Adakah
ini bermakna mereka tidak boleh menjana pendapatan lumayan melalui internet?
Jawapannya tentu sekali tidak. Program Affiliate adalah penyelesai masalah!

Ingin tahu dan pelajari apakah Program Affiliate dan berminat menyertainya? Jika
jawapan anda ‘YA’, anda sebenarnya telah memilih satu e-book yang betul kerana inilah
e-book pertama dalam Bahasa Melayu yang menyediakan segala panduan yang
diperlukan berkenaan Program Affiliate.

Semoga segala maklumat dan ilmu yang diperolehi daripada e-book ini mampu
memberikan banyak manfaat kepada anda, dan seterusnya membolehkan anda
memulakan perniagaan Internet anda sendiri melalui Program Affiliate.

Ayuh kita bermula!!!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 4


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 1:
PROGRAM AFFILIATE

APAKAH PROGRAM AFFILIATE

Secara ringkasnya begini. Anda membawa seseorang (pelayar Internet) ke suatu website
dan mereka ini membeli produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh website tersebut
ataupun mereka ini 'sign-up' untuk sesuatu di website tersebut, maka anda dibayar
komisyen. Mudah bukan?

Atau dengan lebih jelasnya begini.

Program Affiliate adalah suatu program perkongsian keuntungan yang ditawarkan oleh
sesebuah syarikat yang memasarkan produk/perkhidmatan. Anda akan dibayar komisyen
jika berjaya 'menghantar' seseorang pelanggan ke syarikat tersebut sama ada secara
online (Internet) ataupun offline.

Satu lagi BONUS untuk anda! Ada juga sesetengah Program Affiliate yang membayar
komisyen cukup sekadar jika anda mampu membawa seseorang ke website mereka (iaitu
mereka klik pada ‘link’ yang anda sediakan), walaupun tidak membeli
produk/perkhidmatan yang mereka jual. Menarik bukan? Penerangan lanjut tentangnya
akan diterangkan dalam bahagian seterusnya.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 5


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAGAIMANA MENYERTAINYA?

Sebenarnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah sungguh mudah. Sekarang ini,
banyak syarikat yang menganjurkan program ini dengan tujuan meluaskan lagi pasaran
mereka dan secara tidak langsung ianya adalah suatu bentuk pengiklanan untuk
produk/perkhidmatan mereka. Setakat diketahui, hampir semua Program Affiliate ini
boleh disertai secara percuma. Ya! Percuma!!!

Perlu diingat, untuk menyertainya adalah sungguh mudah. Mudah menyertainya bukan
bermakna mudah juga untuk menjana pendapatan melalui program ini. Anda perlu
mempelajari dan mendalami selok-belok program ini supaya usaha dan masa yang anda
curahkan berbaloi.

Selain itu, tentu anda tidak mahu tergolong bersama ribuan orang yang menyertai
Program Affiliate tetapi gagal menjana pendapatan yang diidamkan. Namun, untuk
berjaya di dalam program ini tidaklah terlalu sukar dan sofistikated seperti mempelajari
teori sains.

Percayalah, jika anda mampu memiliki e-book ini dengan usaha sendiri (maksudnya tahu
menggunakan komputer dan Internet) dan diiringi keazaman kuat untuk berjaya dalam
program ini, tentu kejayaan besar menanti anda!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 6


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Secara umumnya, untuk menyertai Program Affiliate adalah mengikut langkah-langkah


berikut:-

1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai.

2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam
setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain) semasa
mendaftarkan permohonan.

3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke


website syarikat tersebut.

4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).

E-book ini hanya mennumpukan kepada salah satu cara yang boleh digunakan untuk
mempromosikan Program Affiliate yang anda sertai, iaitu melalui penggunaan website.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan seperti melalui
penggunaan artikel, e-book, newsletter/e-zine, e-mail, forum dan lain-lain lagi. Untuk
mencuba Program Affiliate tanpa penggunaan website, anda boleh dapatkan panduan
daripada Chris Carpenter's Google Cash

Langkah (1) hingga (3) sungguh mudah dan hampir semua orang mampu melakukannya.
Langkah (4) itulah yang membezakan kejayaan seseorang di dalam program ini.
Sebenarnya website anda adalah penentu bagi segalanya. Dari langkah (3) untuk sampai
ke langkah (4) sebenarnya memerlukan usaha yang bijak, sunguh-sunguh dan berterusan.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 7


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Sudah jelas dengan gambaran dan penjelasan yang diberikan? Tentu ada yang menjawap
'YA'...dan ada juga yang akan menjawap 'TIDAK'.

Tak mengapa, e-book ini akan terus membawa anda mendalami sedikit demi sedikit ilmu
yang berkaitan dengan program ini. Yang pastinya, anda tidak perlu bimbang untuk terus
membaca e-book ini kerana seperti dinyatakan awal-awal lagi di atas sana…semua
maklumat di sini adalah amat mudah diikuti!

Sekarang apa yang anda sudah pelajari?

(1) Pengertian tentang Program Affiliate


(2) Cara bagaimana untuk menyertainya.

Tentu No.(2) lebih menarik minat anda bukan? Jadi, marilah kita sama-sama terus
menerokainya. SELAMAT BELAJAR!

Untuk lebih memudahkan anda dan sebagai kesinambungan dari kandugan di atas, elok
jika kita dalami keempat-empat langkah tersebut satu demi satu. Mari bermula terus
tanpa membuang masa.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 8


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

1) Kenalpasti syarikat yang menawarkan Program Affiliate yang ingin anda sertai

Terdapat banyak syarikat di Internet yang menawarkan Program Affiliate untuk anda
sertai. Bermula dari syarikat yang terlibat dalam penjualan buku, muzik, DVD movies
atau games, barangan elektronik, makanan kesihatan, alatan sukan, pakaian, dan lain-lain
lagi.....sehinggalah kepada syarikat yang memasarkan perkhidmatan seperti web hosting,
web design, search engine optimization (SEO), direktori, seminar perniagaan, dan
bermacam-macam lagi. Pendek kata.....'MaCaM-mACaM Ada' .

Perlu diingat! Sertailah Program Affiliate dari syarikat yang menawarkan


produk/perkhidmatan paling bermutu kerana anda tentu sekali tidak ingin dilabelkan
sebagai orang yang mempromosikan sesuatu yang tidak bermutu atau dengan lain
perkataan, sesuatu yang 'hampeh'. Lebih dari itu, ini akan memberikan reputasi buruk
kepada website anda dan anda akan kehilangan pengunjung ke website anda.

Lebih bagus sekiranya anda mempromosikan syarikat yang anda sendiri adalah salah
seorang daripada pelanggan kepada produk/perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, anda
tentu tidak bermasalah untuk meyakinkan pelawat website anda untuk 'klik' pada link
yang menghubungkannya ke syarikat yang anda sertai Program Affiliate nya. Bukankah
selama ini (offline) kita lebih mudah membeli produk/perkhidmatan yang dipromosikan
oleh pengguna produk/perkhidmatan tersebut sendiri. Situasi yang sama juga sebenarnya
berlaku bagi produk/perkhidmatan yang dipasarkan secara online.

Beberapa contoh program yang bagus untuk anda sertai adalah seperti yang dianjurkan
oleh Sitesell.com (terbaik) , Amazon.com , Wordtracker.com, dan banyak lagi.

Untuk rujukan lebih, anda boleh ke Affiliatejaya.com bagi mencari pelbagai senarai
Program Affiliate yang boleh anda sertai. Senarainya sentiasa dikemaskini.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 9


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Seterusnya....langkah ke-dua, iaitu:

2) Baca, fahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan dalam
setiap program (berbeza dari satu program ke satu program lain) semasa
mendaftarkan permohonan.

Ini amatlah mudah. Secara logiknya, sesuatu perjanjian antara dua pihak berjalan setelah
dipersetujui bersama. Sebagai contoh bila membuat pinjaman wang, anda perlu
menandatangani suatu perjanjian antara pihak peminjam (anda) dan juga pihak pemberi
pinjaman (bank). Biasanya dalam perjanjian ini akan dinyatakan apakah syarat-syarat
yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak seperti jumlah pinjaman, kadar faedah, cara
pembayaran dan sebagainya.

Samalah juga bila anda menyertai Program Affiliate, iaitu anda perlu mencapai
persetujuan bersama terhadap syarat-syarat berkaitan program tersebut seperti jumlah
komisyen, cara bayaran, cara promosi, dan sebagainya. Bezanya cumalah satu. Dalam
perjanjian Program Affiliate tidak memerlukan tandatangan kerana ianya dijalankan
secara online. Sebagai ganti, anda hanya perlu klik 'SETUJU (AGREE)' atau 'TIDAK
SETUJU (DISAGREE)' pada ruangan khas yang disediakan semasa anda mendaftar
untuk menyertai sesuatu Program Affiliate.

Ingat! Bacalah dengan teliti dan fahami segala isi kandungan perjanjian tersebut sebelum
membuat sebarang keputusan. Ini amatlah penting bagi mengelakkan sebarang masalah
di kemudian hari seperti masalah pembayaran, cara promosi, tempoh luput dan
sebagainya. Langkah ini yang nampaknya sungguh mudah tidak harus dipandang remeh
sama sekali.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 10


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Seterusnya langkah ke-tiga iaitu:

3) Masukkan link di dalam website anda untuk menghubungkan pelanggan ke


website syarikat tersebut.

Sebelum bermula ingin dinyatakan di sini bahawa langkah ke-tiga inilah sebenarnya yang
amat memerlukan perhatian paling serius dan teliti jika anda betul-betul ingin menjadikan
Program Affiliate sebagai suatu sumber pendapatan yang berkesan.

Untuk memudahkan anda, eloklah dibahagikan langkah ini kepada dua bahagian iaitu:-

Langkah A- Bagi mereka yang sudah mempunyai website.

Langkah B- Bagi mereka yang belum mempunyai website.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 11


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Penerangan lanjut untuk Langkah A:-

Jika anda sudah mempunyai website yang memasarkan sesuatu produk/perkhidmatan,


anda sebenarnya sudah berada hampir separuh daripada perjalanan yang perlu ditempuhi
di dalam Program Affiliate.

Namun, perlu diingatkan bahawa tema website anda perlulah selari dengan
produk/perkhidmatan yang anda rujukkan melalui Program Affiliate yang anda sertai.
Sebagai contoh, anda mempunyai website yang sedang giat memasarkan buku-buku di
Internet atau dengan kata mudah 'Online Bookstore'. Sudah tentu Program Affiliate yang
terbaik untuk anda sertai adalah berkaitan dengan pemasaran buku, contohnya yang
ditawarkan oleh Amazon.com.

Samalah juga jika anda mempunya website dengan tema-tema lain seperti muzik, sukan,
pelancongan, handphone, kereta, web services, agama, kesihatan, dan lain-lain....anda
perlulah hanya menyertai Program Affiliate yang tema produk/perkhidmatannya adalah
selari dengan tema website anda.

Ironinya, cuba bayangkan jika anda sedang melayari website berkaitan pelancongan, dan
anda di'link'kan ke website yang memasarkan handphone. Sudah tentu anda akan
meninggalkan website tersebut tanpa berlengah lagi kerana apa yang anda harapkan
adalah sesuatu maklumat berkaitan pelancongan, bukannya pasaran handphone
(walaupun mungkin ada yang terfikir bahawa handphone amat penting untuk
melancong).

Jika anda adalah pemilik laman web tersebut, sekarang cuba lihat kesan daripada
tindakan anda di atas yang kurang bijak itu. Pengunjung website anda akan terus
meninggalkan website syarikat Program Affiliate yang anda hubungkan itu dengan satu
klik sahaja.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 12


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Usah kata nak bayangkan komisyen yang bakal anda terima melalui pembelian di website
yang anda hubungkan itu, peluang untuk pengunjung yang anda rujukkan itu melayarai
website tersebut pun agak mustahil.

Lebih parahnya lagi, kemungkinan besar pengunjung laman web anda akan turut sama
meninggalkan website anda kerana bosan dengan link dari website anda dan mungkin dia
merasa tertipu.

Jadi, anda sudah kehilangan pelanggan berpotensi untuk produk pelancongan anda.
Kedua-duanya anda terlepas. Seperti kata pepatah, 'Yang Dikejar Tak Dapat, Yang
Dikendong Berciciran'.

Jadi,

Kata kunci yang pertama dalam Program Affiliate adalah.......

'SELARIKAN TEMA WEBSITE ANDA DENGAN PROGRAM AFFILIATE ANDA'


atau
'SELARIKAN PROGRAM AFFILIATE ANDA DENGAN TEMA WEBSITE ANDA'

O.K……..

Sekarang anda sudah mempunyai website sendiri, dan telah pun berjaya menjumpai
Program Affiliate dengan tema yang selari dengan website anda. Ini sudah bagus!
Adakah ini saja sudah cukup untuk menjamin anda menjana pendapatan yang diidamkan
melalui Program Affiliate yang anda sertai? Tentu sekali tidak!

Kenapa pula? Ikuti penerangan seterusnya…

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 13


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Memanglah anda sudah mempunyai website sendiri yang memasarkan


produk/perkhidmatan anda. Persoalannya ialah….berapakah bilangan pengunjung ke
website anda setiap hari? Adakah seramai 10, 50, 100, 500 atau lebih dari 1000 orang
sehari? Ataupun susah untuk mendapatkan seorang pengunjung ke website anda?

Jika website anda sedang dikunjungi oleh lebih dari 500 orang sehari, anda bolehlah
mengabaikan maklumat berkaitan seterusnya, dan bolehlah terus menuju selangkah ke
hadapan. Ini kerana kajian mendapati, untuk menjamin kejayaan cemerlang sesuatu
Program Affiliate yang disertai, website anda perlulah dikunjungi tidak kurang dari 500
orang sehari. Ada juga yang kata angka sesuai adalah tiga kali ganda lebih dari itu!

Walau apa pun angkanya, apa yang kita perlu diberi perhatian di sini ialah jumlah
pengunjung yang ramai. Lagi ramai yang mengunjungi website anda, lagi tinggi lah
kebarangkalian mereka yang akan ‘klik’ pada website Program Affiliate yang anda sertai.
Seterusnya, semakin ramai yang ‘klik’ pada website yang anda hubungkan, maka
semakin tinggi lah kebarangkalian untuk mereka membeli produk/perkhidmatan yang
ditawarkan. Jika ini berlaku, maknanya anda sekarang sudah berada di langkah ke-empat
(iaitu menunggu bayaran komisyen).

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 14


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Penerangan lanjut untuk Langkah B:-

Bagi yang belum mempunyai website, anda tentu sekali perlu melakukan usaha yang
lebih berbanding dengan mereka yang sudah mempunyai website. Ini kerana secara
logiknya, anda sebenarnya ketinggalan satu langkah ke belakang kerana masih tidak
mempunyai website. Apa yang lebih memeritkan lagi ialah langkah yang anda tertinggal
itu, iaitu membina website, adalah langkah yang paling banyak memerlukan kemahiran
dan masa anda.

Tidak lupa juga, inilah satu-satunya langkah yang mungkin memerlukan duit. Anda boleh
menjalankan Program Affiliate dari sebuah website yang percuma, namun untuk nampak
lebih professional dan supaya anda lebih bersungguh-sungguh, adalah dinasihatkan untuk
anda memiliki website berbayar bagi tujuan ini.

Perlu diingat, bagi anda yang belum mempunyai website, peluang untuk anda berjaya di
dalam Program Affiliate tetap cerah sekiranya anda melengkapkan diri anda dengan
segala ilmu yang diperlukan secukupnya dan memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan
sejak awal-awal lagi di dalam e-book ini.

O.K. Sekarang anda belum lagi mempunyai website. Jadi, mudah saja…

Anda perlulah membina website anda!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 15


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Tentu ada pula yang berkata, bagaimana nak bina website kalau tak reti. Jawapannya, ada
dua cara:-

1- Belajar cara buat websiste sehingga pandai dan membinanya sendiri.


2- Sediakan sedikit duit untuk mengupah pereka web melakukanya untuk anda.

Apa pun pilihan anda, ia tentunya baik bagi anda. Namun, yang mana satu pilihan anda
itu sebenarnya tidak lah terlalu penting dalam menentukan kejayaan sesuatu Program
Affiliate yang anda sertai. Asalkan anda memiliki website untuk memulakan Program
Affiliate (tak kisah cara 1 atau 2), itu sudah memadai. Jadi, janganlah terlalu lama
menghabiskan masa memikirkan pilihan mana yang hendak diikuti.

Kalau begitu apa pula yang penting dalam langkah ini? Soalan yang bagus!

Jawapan nya sama seperti bagi mereka yang sudah mempunyai website sendiri iaitu
‘TEMA’.

Ya betul, tema website anda adalah paling penting untuk menentukan keberkesanan
Program Affiliate yang anda sertai itu. Dengan lain perkataan penentu kejayaan anda.

Seperti dinyatakan di atas sana, tema website anda mestilah selari dengan Program
Affiliate yang anda sertai, atau sebaliknya. Jadi, bagi anda yang belum mempunyai
website, satu kelebihan untuk anda ialah anda boleh:-

1 Bina website dan kemudian cari Program Affiliate dengan tema yang selari.
atau
2- Cari Program Affiliate dan kemudian bina website dengan tema yang selari.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 16


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Supaya anda tidak lupa, eloklah diulangi sekali lagi kata kunci pertama kerana ianya
sangat penting (sama ada anda sudah mempunyai website ataupun belum) iaitu:-

'SELARIKAN TEMA WEBSITE ANDA DENGAN PROGRAM AFFILIATE ANDA'


atau
'SELARIKAN PROGRAM AFFILIATE ANDA DENGAN TEMA WEBSITE ANDA'

Untuk meringkaskannya, setelah memiliki website yang bersesuaian dengan Program


Affilite, anda juga perlulah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan website
anda dikunjungi oleh bilangan pengunjung yang ramai setiap hari. Ini kerana, faktor
kebarangkalian untuk anda menjana pendapatan dalam Program Affiliate adalah sama
seperti diterangkan sebelum ini (dalam bahagian mereka yang sudah mempunyai
website).

Jadi, sebelum meninggalakan langkah ketiga, eloklah anda semua fahami secara
mendalam kata kunci kedua bagi Program Affiliate iaitu:-

‘UNTUK BERJAYA DALAM PROGRAM AFFILIATE, WEBSITE ANDA


PERLU MEMILIKI JUMLAH PENGUNJUNG YANG RAMAI’

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 17


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Sekarang timbul pula satu persoalan baru tentang website yang sudah dibina, iaitu
bagaimana pula caranya unutk menarik seramai mungkin pengunjung ke website anda.
Untuk menjawap persoalan ini, mari kita kaji statistik di bawah:

Sehingga Disember 2005, jumlah pengguna Internet mencecah 1.0 billion orang di
seluruh dunia dan diramalkan mencecah 1.8 billion pada 2010. Amerika Syarikat
mempunyai pengguna Internet paling ramai (200 juta) diikuti China (120 juta) dan Jepun
(86 juta).

Bagaimana pula dengan Malaysia? Jumlahnya menghampiri 10 juta pengguna pada 2005
dengan penetrasi berbanding populasi sebanyak 36.7%.

Bagi Asia Tenggara pula, statistic penggunaan Internet adalah seperti jadual berikut:-

Negara Tahun 2000 Tahun 2005 Peningkatan (%)


Myanmar 1 000 63 000 6 000
Indonesia 2 juta 18 juta 800
Filipina 2 juta 7.8 juta 291
Thailand 2.3 juta 8.4 juta 266
Malaysia 3.7 juta 10 juta 171
Singapura 1.2 juta 2.4 juta 101
Brunei 30 000 56 000 86

Sebenarnya, apa yang paling dicari oleh majoriti pengguna Internet baik di seluruh dunia
mahupun di Malaysia ialah ‘Informasi’. Jadi, secara logiknya, website yang
menyediakan banyak ‘Informasi’ kepada pengunjungnya pasti menjadi popular untuk
dikunjugi.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 18


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Perlu anda ingat, ‘Informasi’ yang dicari oleh mereka ini meliputi semua perkara. Tak
perlulah dinyatakan di sini satu persatu, kerana apa yang mereka cari itu pastinya sesuatu
yang berguna kepada mereka sama ada untuk hiburan, keuntungan perniagaan, kesihatan,
dan sebagainya. Percayalah, mereka ini sanggup membayar harga untuk setiap
‘Informasi’ yang mampu memberikan pulangan yang nilainya jauh lebih tinggi dari apa
yang dibayar.

Sebagai contoh, jika anda mampu menyediakan kaedah bagaimana unutk memiliki asset
bernilai ratusan ribu ringgit tanpa mengeluarkan wang dari poket sendiri, tentu ramai
yang sanggup membayar untuk ‘Informasi’ tersebut.

Kesimpulannya, semakin banyak dan bernilai ‘Informasi’ yang anda sediakan dalam
website anda, maka semakin tinggilah kebarangkalian untuk website anda mendapat
ramai pengunjung. Malah, jika ianya sunguh bernilai, tak mustahil mereka akan
membelinya dari anda.

Anda boleh layari dan dapatkan khidmat Sitesell.com untuk menghasilkan website yang
amat bermutu (bermaklumat, dikunjungi ramai dan mampu membuat jualan).

Seperti dinyatakan di atas, langkah menyediakan website dengan tema yang selari
dengan Program Affiliate yang anda sertai merupakan kaedah yang memerlukan banyak
kemahiran dan usaha. Jadi, anda boleh mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi
dalam bab seterusnya iaitu Bab 2 : ‘MEMBINA WEBSITE BAGI PROGRAM
AFFILIATE’.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 19


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Kata kunci ketiga bagi Program Affiliate adalah:

‘DALAM PROGRAM AFFILIATE, JUALAN TIDAK DILAKUKAN DARI WEBSITE


ANDA.’

Ramai mungkin menganggap apabila memasuki Program Affiliate, anda perlu melakukan
promosi 'melampau' bagi jualan sesuatu produk/perkhidmatan di website anda.
Tanggapan ini sama sekali adalah salah kerana cara ini adalah merujuk kepada sistem
promosi secara konvensional (offline) iaitu anda bertindak sebagai wakil sesebuah
syarikat yang akan mendapat komisyen hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang
anda promosikan.

Sebenarnya di dalam Program Affiliate, tugas menjual produk/perkhidmatan bukan


merupakan tanggungjawab anda. Sebalikya jualan akan dilakukan oleh syarikat yang
memasarkan produk/perkhidmatan itu sendiri. Sebagai peserta kepada Program Affiliate,
tugas anda sangat mudah iaitu hanya menghubungkan seseorang bakal pelanggan yang
mengunjungi website anda ke website yang menganjurkan Program Affiliate tersebut. Ini
dapat dilakukan dengan mendorong seseorang ‘klik’ pada link yang terdapat di dalam
website anda.

Setelah anda berjaya menghantar pelanggan anda ke sana, tugas anda sudah selesai.
Biarkan syarikat tersebut menjalankan tugas mereka untuk menjual produk/perkhidmatan
kepada bakal pelanggan tersebut. Proses jualan hanya boleh dilakukan oleh syarikat yang
menyediakan produk/perkhidmatan itu sendiri kerana mereka lah lebih berkemahiran dan
berpengetahuan untuk mencipta keuntungan yang mereka ingini.

Jika jualan berjaya dilakukan, maka anda akan mendapat komisyennya. Sebagai
kesimpulannya, website anda bukan melakukan proses jualan, tetapi hanya melakukan
proses pra-jual.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 20


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Sekarang, anda sudah melengkapkan ketiga-tiga langkah yang diperlukan. Program


Affiliate anda hanya akan sempurna dengan adanya langkah ke-empat iaitu:-

4) Tunggu bayaran komisyen anda (jika ada).

Sebenarnya tiada apa yang perlu dipelajari di sini kerana ianya adalah milik anda,
bukannya milik sesiapa yang lain. Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk
menerima bayaran komisyen tersebut, dan seterusnya terpulanglah kepada anda apa nak
dibuat dengan duit tersebut. Ini semua adalah hasil dari usaha anda sendiri dan bukannya
orang lain. Jadi hanya anda lah saja yang berhak!

Cuma satu perkara yang perlu diingat, cara dan tempoh penerimaan komisyen perlu
dinyatakan (dipilih) semasa anda mengisi borang permohonan untuk menyertai Program
Affiliate.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 21


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 2:
MEMBINA WEBSITE BAGI PROGRAM AFFILIATE

* Perlu diingatkan, bab ini bukannya bertujuan untuk menunjuk cara-cara membuat grafik website

Sama ada anda membina website dahulu dan kemudian mencari Program Affiliate yang
selari, ataupun mencari Program Affiliate dahulu kemudian baru membina website
dengan tema yang selari, kedua-duanya menjadi tidak bermakna jika website anda tidak
mampu menarik bilangan pengunjung yang ramai.

Oleh kerana majoriti pengguna Internet melayari mana-mana website adalah untuk
mencari informasi, maka untuk menarik pengunjung ke website anda, ianya perlulah
penuh dengan informasi yang dicari-cari. Untuk mengetahui informasi apakah yang
paling dicari-cari mudah sahaja sebenarnya. Berpandukan statistik, populasi pengguna
Internet adalah terlalu besar iaitu satu billion orang di seluruh dunia.

Jadi, sudah tentunya informasi yang dicari oleh mereka ini adalah berbeza-beza. Ini
merupakan berita baik bagi anda kerana secara tidak langsung kategori informasi yang
dicari-cari juga adalah sangat luas. Maka, anda pilih sahaja mana-mana kategori
informasi unutuk diletakkan di dalam website anda, pasti akan ada mereka diluar sana
yang sedang mencari informasi tersebut.

Perkara paling penting dalam proses membina website ialah kandungannya. Satu konsep
utama bagi memudahkan prosess membina website ialah dengan memilih tema yang anda
mempunyai banyak maklumat tentangnya. Apa yang dimaksudkan di sini ialah anda
perlulah mempunyai kemahiran dan minat yang sangat tinggi tentang kandungan yang
ingin anda letakkan dalam website tersebut.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 22


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Ini kerana lebih berkemahiran anda tentang sesuatu perkara maka lebih mudahlah bagi
anda untuk menjelaskan perkara tersebut kepada orang lain. Tambahan pula, lagi tinggi
minat anda kepada sesuatu perkara maka lebih menyeronokkan lagi lah untuk anda
menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.

Dengan ini, anda mungkin tidak lagi menganggap membina website tersebut adalah suatu
‘kerja’, tetapi lebih kepada melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Lebih beruntung
lagi ialah apabila hasil daripada website tersebut nanti mampu meberikan anda
pendapatan melalui Program Affiliate yang anda sertai.

Jika inilah situasinya, maka anda sebenarnya telah berjaya menukarkan hobi anda(yang
selama ini hanya sekadar hobi) kepada suatu kegiatan yang memberikan anda wang tanpa
perlu bekerja keras.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 23


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

TEMA

Apakah perkara-perkara yang boleh anda jadikan tema dalam website anda? Sebenarnya
semuanya boleh. Tetapi untuk lebih realistik, biarlah perkara yang ingin anda pilih
sebagai tema itu mempunyai nilai tersendiri ataupun dicari oleh ramai orang.

Cuba fikirkan sesuatu yang anda lakukan setiap hari, atau apa anda lakukan di tempat
kerja, atau apa yang pernah anda lakukan pada zaman kanak-kanak atau remaja dulu, atau
apa yang anda selalu perhatikan rakan atau ahli keluarga anda lakukan. Pasti ada antara
perkara-perkara tersebut yang memang menjadi kegemaaran anda, lantas anda tentu
penuh bermaklumat tentang perkara tersebut.

Bagi membantu membuka minda anda untuk mencari perkara-perkara yang boleh
dijadikan tema website anda, di sini disenaraikan antara perkara-perkara yang boleh anda
pertimbangkan:

*Sukan *Games *Elektronik


*Seni *Hobi *Perundingan
*Kesihatan *Muzik *Pelaburan
*Kosmetik *Pelancongan *Makanan/minuman
*Hiburan *Komunikasi *Pembangunan
*Agama *Kanak-kanak/bayi *Keselamatan
*Pendidikan *Ubat *Undang-undang
* Buku *Perniagaan *Kerjaya
*Sains *Kejuruteraan *Fesyen
*Teknologi *Hartanah *Lain-lain

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 24


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Nah! Sekarang kenapa tidak jadikan salah perkara tersebut sebagai tema untuk
kandungan dalam website anda. Kemudian, dari website tersebut anda sertai Program
Affiliate yang berkaitan dan untuk melengkapkannya, anda sediakan ‘link’ untuk
menghubungkan pengunjung website anda ke website syarikat tersebut. Tidakkah ini
semua sungguh mudah?

Tahukah anda? SiteBuildIt menyediakan khidmat 'brainstorming' untuk anda mencari


tema yang sesuai bagi website anda.

Perlu anda ingat, jika pengunjung website anda tidak pergi kepada website yang anda
hubungkan lantas tidak membeli produk yang syarikat Program Affiliate anda jual, maka
anda tidak mengalami sebarang kerugian. Yang berlaku hanyalah anda tidak mendapat
komisyen dari Program Affilaite yang anda sertai.

Apa nak dipedulikan sangat kerana anda menyertainya secara percuma dan apa yang anda
lakukan (membina website) adalah suatu perkara yang anda seronok dengannya dan anda
sudah tidak menganggapnya suatu ‘kerja’. Jadi anda tidaklah berharap sangat pada
pendapatan melaluinya. Kalau ada ianya suatu bonus, dan kalau tiada, tidak mengapa.
Biarkan saja dan teruskan hidup anda seperti biasa. Untuk lebih baik, anda boleh
mengambil usaha untuk memperbaiki atau meningkatkan mutu website anda pada masa
akan datang. Mana tahu…….‘Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam’.

Anda boleh menggunakan pelbagai software yang terdapat di pasaran untuk membina
website(jika anda memilih untuk melakukannya sendiri). Antara software yang amat
mudah digunakan (user friendly) untuk tujuan tersebut ialah Microsoft Frontpage.

E-book dalam Bahasa Melayu tentang kaedah membina website dengan menggunakan
Microsoft Frontpage akan diedarkan secara PERCUMA di www.affiliatejaya.com tidak
lama lagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkannya!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 25


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 3:
PROMOSI

Sesudah anda menyedikan website, tahukah anda apa yang perlu dilakukan untuk
memastikan orang ramai tahu akan kewujudan website anda di Internet. Adakah dengan
mengiklankannya di suratkhabar, majalah ataupun media elektronik? Ataupun dengan
mengedarkan poster, pamplet atau brochure berkaitan website anda di tempat-tempat
awam?

Memanglah tidak salah untuk mengikut kaedah-kaedah tersebut, tetapi usaha itu sahaja
tidak cukup jika anda berurusan di zaman informasi ini iaitu berurusan di Internet.
Terdapat banyak lagi cara-cara lain yang lebih berkesan (efektif) untuk mempromosikan
website anda yang hampir kesemuanya boleh dilakukan melalui Internet. Cara-cara ini
adalah lebih bersesuaian dan mudah dilakukan disamping boleh dilakukan secara
percuma ataupun hanya memerlukan modal yang amat minimum.

Antara cara-cara utama yang boleh anda lakukan untuk mempromosikan website anda
ialah melalui Search Engine, Email, E-Zine/Newsletter, Directory, Newsgroup, Forum,
Link dan tempahan iklan di website lain. Tak lupa juga satu lagi cara yang paling
berkesan adalah menyediakan Program Affiliate di website anda.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 26


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Search Engine (Enjin Pencari)

Apa yang dimaksudkan di sini adalah mendaftarkan website anda ke Search Engine, dan
ini merupakan langkah paling utama yang harus anda lakukan. Ini adalah suatu kemestian
kerana Search Engine lah yang akan digunakan oleh seseorang untuk mencari website
yang berkaitan dengan perkara yang mereka cari. Tugas sebenar Search Engine ialah
menyenaraikan semua alamat website yang berkaitan dengan kata kunci yang telah di
berikan oleh pengguna Search Engine tersebut.

Sebagai contoh, jika anda memberikan kata kunci ‘bolasepak’, maka Search Engine
tersebut akan menyenaraikan semua website yang berkaitan dengan bolasepak. Jika ada
beribu ataupun berjuta website berkaitan bolasepak, maka sebanyak itulah yang akan
disenaraikan oleh Search Engine tersebut di dalam ‘result’nya. Antara Search Engine
yang paling popular di masa ini ialah :-

1 www.google.com
2 www.yahoo.com
3 www.msn.com

Sedarkah anda bahawa menggunakan Search Engine mungkin adalah perkara pertama
yang kita pelajari di dalam ilmu Internet?

Jadi, sekarang anda tentu sudah jelas tentang kepentingan mendaftarkan website anda ke
dalam Search Engine. Perlu diingat, anda perlu menunggu giliran untuk Search Engine
tersebut memasukkan website anda ke dalam database mereka kerana terdapat terlalu
banyak website yang sedang menunggu giliran untuk didaftarkan di dalam Search Engine
tersebut. Ini kerana pendaftarannya adalah secara percuma. Kadang-kadang memakan
masa berminggu atau berbulan lamanya. Jadi anda perlulah bersabar!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 27


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Jika anda ingin website anda didaftarkan dengan lebih cepat (kurang dari satu jam), anda
boleh melakukannya dengan membayar kepada Search Engine tersebut untuk setiap klik
yang anda terima. Kaedah ini di panggil pay-per-click. Search Engine yang paling
popular dalam menyediakan perkhidmatan ini ialah Google melalui Google AdWords.
Kaedah ini akan memastikan kedudukan website anda sentiasa pada bahagian atas atau
tepi (‘Sponsored Links’) dalam Search Engine tersebut, jika anda membuat bidaan
tertinggi.

Sungguh mudah untuk menyertainya, hanya klik pada logo yang


anda jumpa di mana-mana website atau blog (contohnya: Dollar4all) dan ikuti langkah
seterusnya.

Pilihan lain yang anda ada untuk memastikan website anda tersenarai dengan cepat dan
mempunyai ranking yang baik di Search Engine adalah dengan penggunaan ‘meta-tag’
dan SEO (Search Engine Optimization). Antara yang pakar dalam bidang ini adalah
seperti SEO Elite dan EZ SEO.

DOMAIN NAME DAN KATA KUNCI

Dua perkara utama semasa mendaftarkan website ke Search Engine adalah domain name
dan juga kata kunci. Anda dinasihatkan memiliki domain name sendiri (berbayar) sebagai
identiti website anda. Jika anda inginkan perkhidmatan domain name dan webhosting
tempatan, anda boleh memilih MercuMaya kerana ianya adalah penyedia perkhidmatan
domain name dan webhosting #1 di Malaysia. Untuk perkhidmatan antarabangsa #1 anda
boleh gunakan GoDaddy.

*Portal Affiliatejaya.com amat berpuashati dengan khidmat domain name dan hosting
GoDaddy. Untuk mencubanya, KLIK DI SINI

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 28


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, senarai keputusan dari sesebuah Search Engine
bergantung kepada kata kunci yang ditaip pada Search Engine tersebut.

Bagaimanakah anda ingin mengetahui kata kunci yang paling sesuai yang anda perlu
gunakan semasa mendaftarkan website anda ke dalam Search Engine? Jika anda
merasakan anda boleh meletakkan apa saja kata kunci yang berkaitan website anda (yang
anda rasakan sesuai) ke dalam Search Engine, anda sebenarnya telah memilih jalan yang
salah.

Jika kata kunci yang anda daftarkan ke dalam Search Engine bersama website anda
adalah kata kunci yang tidak popular (maknanya jarang ditaipkan di Search Engine), ini
bermakna akan kurang lah kebarangkalian untuk Search Engine menyenaraikan website
anda di dalam ‘result’nya. Jadi, website anda akan terus terpinggir dan tidak diketahui
orang.

Di sini, petua yang paling mudah sekali untuk anda ingat bagi mempopularkan website
anda ialah ‘daftarkan website anda ke Search Engine yang popular dengan
menyertakan kata kunci yang popular’.

Jadi, untuk mengetahui bagaimana cara menentukan kata kunci yang popular di Internet,
anda tentu sekali memerlukan khidmat Wordtracker

Dengan Wordtracker juga anda boleh mencari apakah perkataan yang paling kerap ditaip
di search engine setiap hari. Ini penting bagi sesiapa yang sedang mencari idea untuk
memulakan perniagaan di Internet kerana salah satu petua memulakaan perniagaan di
Intenet ialah dengan menentukan permintaan terlebih dahulu, kemudian barulah
menentukan produknya Bukan itu saja, anda juga boleh menentukan berapakah bilangan
pesaing yang sudah wujud untuk sesuatu produk.

Sebagai BONUS kepada anda, dapatkan 'free trial' perkhidmatan Wordtracker DI SINI!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 29


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

E-mail

Ini merupakan salah satu lagi aplikasi Internet yang paling popular di serata dunia
pada hari ini. Ini mungkin disebabkan oleh keupayaannya dari segi penyampaian
dan penerimaan sesuatu maklumat atau berita dengan amat pantas. Jadi,
penggunaan E-mail adalah ‘wajib’ untuk tujuan mempromosikan website anda.

Sebenarnya anda boleh menggunakan E-mail sebagai alat promosi melalui dua
cara, iaitu:-

1) Menuliskan alamat website anda di bahagian ‘signature’ untuk setiap email


yang anda hantar. Dengan cara ini anda dapat memastikan yang promosi
untuk website anda dijalankan setiap kali anda menghantar E-mail kepada
semua orang.

Satu lagi kelebihannya adalah apabila anda menghantar E-mail dengan cerita
atau gambar yang menarik, mungkin penerimanya (kawan-kawan atau
kenalan anda) ingin berkongsi apa yang anda hantarkan dengan orang lain
pula (kawan-kawan atau kenalan mereka). Untuk itu, mereka akan forwardkan
E-mail yang anda hantarkan (bersama ‘signature’ yang tertera alamat website
anda) kepada orang lain yang mungkin anda tidak kenali.

Jadi, secara tak langsung mereka telah menjadi agen promosi untuk website
anda tanpa mereka sedari. Bukankah ini semua amat menarik? Contoh
‘signature’ yang anda boleh buat adalah seperti di bawah.

Thanks and Regards,


Zakuan R.
www.affiliatejaya.com
-Pendapatan Tanpa Sempadan-

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 30


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

2) Menuliskan E-mail kepada kenalan anda dan nyatakan secara terus-terang


tentang kewujudan website anda. Seelok-eloknya, ceritakan serba sedikit
tentang kandungan website anda kepada mereka agar mereka mendapat
gambaran ringkas sebelum berkunjung ke website anda. Jangan lupa
memberikan alamat website anda yang betul.

E-zine/Newsletter

E-zine/Newsletter merupakan satu lagi cara yang amat berkesan untuk


mempromosikan website anda dan telah diperakui serta menjadi amalan para
‘sifu’ Internet sejak bertahun dulu.

Apa itu E-zine/Newsletter? Biasanya E-zine/Newsleter adalah satu bentuk email


yang mengandungi informasi tertentu yang dihantar kepada orang tertentu pada
masa-masa tertentu.

Informasi yang dimaksudkan adalah sebarang informasi yang berkaitan dengan


website anda yang ingin disampaikan untuk menarik minat orang mengunjungi
website anda.

Saluran ini biasa juga digunakan untuk memaklumkan tentang sebarang


perubahan (update) dalam website anda untuk menarik perhatian mereka yang
pernah mengunjungi website anda agar berkunjung semula ke website anda.

Anda boleh menulis sendiri artikel di dalam E-zine/Newsletter tersebut ataupun


mendapatkannya secara percuma di Internet. Pastikan artikel tersebut adalah
berkaitan dengan tema website anda.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 31


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Di dalam E-zine/Newsletter ini anda perlu lah menyatakan dengan jelas URL
website anda ataupun paling terbaik anda sediakan terus ‘link’ ke website anda.

Perlu diingat, hantarkan E-zine/Newsletter anda hanya pada mereka yang


bersetuju untuk menerimanya. Ini penting bagi mengelakkan E-zine/Newsletter
yang anda hantar dianggap sebagai ‘Junk Mail’.

Selain itu, ini juga dapat menggambarkan sikap anda yang lebih professional
berbanding dengan mereka yang menghantar email promosi kepada sesiapa sahaja
yang mereka suka.

Tentu anda pernah melayari website dan diminta mengisikan email address anda
untuk menerima sesuatu secara percuma dari website tersebut kan? Contohnya
keahlian percuma, ebook percuma, laporan percuma, E-zine/Newsletter percuma
dan bermacam-macam lagi.

Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan email address dari
ramai orang. Dari senarai email address yang anda terima ini, anda boleh
mengedarkan E-zine/Newsletter bagi tujuan promosi website anda. Senang
bukan?

Biasanya E-zine/Newsletter akan dihantar secara berjadual sama ada setiap hari,
minggu atau bulan bergantung kepada anda. Paling baik adalah tetap secara
mingguan ataupun bulanan.

Anda boleh juga menghantar E-zine/Newsletter pada bila-bila masa yang anda
rasakan sesuai terutamanya jika ada sebarang perubahan (update) dalam website
anda. Jangan pula menghantar E-zine/Newsletter secara tahunan kerana ini pasti
akan membuatkan orang lupa pada website anda!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 32


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Directory

Apa yang dimaksudkan di sini adalah anda perlu mendaftarkan (submit) website
anda ke pelbagai directory yang wujud di Internet pada hari ni. Secara mudahnya,
directory adalah seperti suatu database yang menyimpan senarai URL website
mengikut kategori-kategori tertentu.

Sebagai contoh, jika website anda berkaitan sukan, maka directory tersebut akan
menyenaraikan URL website anda dalam kategori sukan.

Sebenarnya ada dua kelebihan yang akan anda dapat jika anda mendaftarkan
website anda ke directory:

1) Membolehkan orang lain tahu akan kewujudan website anda apabila mereka
mencarinya di dalam directory yang berkaitan.

2) Memudahkan website anda mendapat index (bagi website yang baru di submit
ke Search Engine) dan menaikkan Page Rank website anda kerana website
anda mempunyai backlink dengan website (directory) yang mempunyai Page
Rank lebih tinggi.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 33


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Forum

Menyertai forum-forum yang terdapat di Internet juga merupakan salah satu cara
untuk anda mempromosikan website anda dengan berkesan. Tapi ingat, sebelum
membuat promosi, anda kena pastikan dahulu bahawa forum tersebut
membenarkan anda berbuat demikian. Lagi satu, pilihlah forum dan thread yang
bersesuaian untuk anda membuat promosi tentang website anda.

Ada tiga cara anda boleh gunakan forum untuk tujuan promosi:-

1) Membuka thread baru dan terangkan tentang website anda.

2) Memberi maklumbalas (respond) kepada post-post dari orang lain sambil


menyelitkan informasi tenang website anda. Gunakan kreativiti sendiri untuk
mengolah ayat-ayat bersesuaian. Jangan lupa, sertakan URL anda!

3) Gunakan signature anda. Letakkan informasi ringkas tentang website anda


ataupun URL website anda pada bahagian signature. Setiap kali anda postkan
artikel ke forum tersebut, signature anda akan mempromosikan website anda
secara automatik.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 34


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Link

Langkah ini adalah antara yang paling simple sekali. Anda berbaik-baik dengan
webmaster lain dan minta diletakkan link ke website anda dalam website mereka.
Sebagai balasan, anda perlulah pula meletakkan link ke website mereka dalam
website anda. Ini dianggap sebagai pertukaran link suka sama suka. Sebaiknya,
anda letakkanlah link anda di dalam website yang popular dan mempunyai ramai
pengunjung.

ValueExchange menyediakan perkhidmatan pertukaran link dengan website yang


benar-benar bermutu dan berkaitan dengan website anda. Pendaftaran adalah
sungguh mudah dan ianya 100% PERCUMA! Untuk mencubanya, KLIK DI SINI

Banner

Satu lagi cara adalah dengan mereka cipta satu banner untuk website anda.
Kemudian letakkan banner tersebut di website lain untuk mempromosikan
website anda. Anda boleh meletakkan banner anda di website yang menyediakan
kemudahan ini sama ada secara percuma ataupun berbayar. Pastikan banner
tersebut mempunyai link untuk menghubungkan orang lain ke website anda.
Banner yang simple dan ringkas boleh di rekacipta secara percuma sahaja di
Internet. Anda boleh cuba di Animationonline

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 35


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Iklan Berbayar

Terdapat banyak website yang menyediakan perkhidmatan iklan berbayar di mana


anda boleh meletakkan iklan website anda di dalam website mereka. Iklan-iklan
ini boleh disediakan dalam pelbagai bentuk, sama ada text, grafik, banner dan
lain-lain. Kadar bayaran yang dikenakan juga berbeza-beza. Anda pilih saja mana
yang anda mampu.

Program Affiliate

Ya...anda tidak sepatutnya melupakan kaedah ini. Mengikut kajian, Program


Affiliate mampu mempromosikan bukan sahaja produk anda, malahan website
anda juga berkali ganda lebih dari cara promosi yang lain.

Jika anda menjual produk yang bermutu dan mempunyai banyak permintaan,
jangan berlengah lagi. Sediakan Program Affiliate dan dapatkan seramai mungkin
orang menyertainya.

Disamping mempromosikan produk anda, mereka juga sebenarnya


mempromosikan website anda!

Untuk menganjurkan Program Affiliate, anda memerlukan suatu perisian khas


yang anda boleh dapatkannya di Internet. Contoh terbaik adalah
AffiliateTrackingSystem.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 36


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Lain-lain

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda gunakan unutk
mempromosikan website anda sama ada secara percuma mahupun berbayar. Saya
hanya menerangkan beberapa cara yang utama sahaja.

Percayalah, jika anda mempraktikkan cara-cara yang telah dinyatakan di atas,


anda sebenarnya sudah mampu mempromosikan website anda kepada umum
dengan jayanya.

Ingat, langkah mempromosikan website bukanlah hanya dilakukan sekali sahaja.


Ianya perlu diulang secara konsisten untuk memastikan supaya ramai orang tahu
akan kewujudan website anda.

Jangan lupa sentiasa membuat analisa tentang bilangan pengunjung website anda
dan lakukan penambahbaikkan langkah promosi.

Selagi anda belum rasa jemu untuk makan nasi setiap hari, selagi itulah
sepatutnya anda tidak boleh jemu untuk mempromosikan website anda.

INGAT!

Kejayaan sesuatu perniagaan di Internet bergantung kepada kejayaan anda


menarik bilangan pengunjung ke website anda!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 37


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 4:
KELEBIHAN PROGRAM AFFILIATE

Seperti diketahui umum, terdapat bermacam-macam peluang perniagaan di Internet yang


wujud pada zaman ini. Salah satunya ialah Program Affiliate yang terbukti mempunyai
banyak kelebihannya seperti tersenarai di bawah:-

1. Tidak memerlukan produk sendiri. Ya, memang benar! Anda tidak perlu
memeningkan kepala memikirkan untuk menghasilkan produk sendiri untuk
dijual.

2. Mudah disertai dan boleh bermula dengan segera. Berbeza dengan jenis
perniagaan lain di Internet yang memerlukan bayak masa sebelum boleh
dimulakan, Program Affiliate boleh dimulakan dalam masa yang amat singkat.
Jangan terkejut jika dikatakan ada yang boleh dimulakan dalam masa kurang dari
10 minit!

3. Boleh disertai secara PERCUMA!!! Selain itu, tiada had untuk anda menyertai
seberapa banyak Program Affiliate yang ada di Internet. Dalam lain perkataan,
tiada had bagi anda menjana pendapatan sebanyak mungkin.

4. Teknik pemasaran sudah disediakan oleh syarikat. Apa yang anda cuma perlukan
ialah, pilih mana yang sesuai dan letakkan dalam website anda. Lebih menarik
lagi, ada juga sesetengah syarikat yang menyediakan website bagi anda bila anda
menyertai Program Affiliate mereka.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 38


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

5. Tidak perlu terlibat dalam urusan jual-beli, sokongan teknikal mahupun khidmat
lepas jualan bagi produk tersebut kerana ianya akan diuruskan oleh pemilik
produk. Lebih penting dari itu anda tidak perlu risau tentang komen dari
pelanggan kerana semuanya akan pergi kepada pemilik produk.

6. Tidak memerlukan sebarang perisian atau teknik untuk mengesan jualan yang
berjaya anda hasilkan kerana semuanya akan disediakan oleh syarikat yang
menawarkan Program Affiliate tersebut.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 39


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 5:
TIPS MEMILIH PROGRAM AFFILIATE

Terdapat banyak sekali Program Affiliate yang anda boleh sertai di Internet pada hari ini
dan ianya akan terus bertambah dari hari ke hari tanpa kita sedari. Namun, bagi
memastikan hasil yang diperolehi dari Program Affiliate yang kita sertai adalah berbaloi,
kita perlulah membuat pilihan yang bijak sebelum menyertai mana-mana Program
Affiliate. Beberapa tips mudah yang menjadi amalan mereka yang telah berjaya dalam
Program Affiliate adalah:-

1. Memilih Program Affiliate yang menawarkan komisyen yang lumayan, sekurang-


kurangnya 30% daripada hasil jualan yang dibuat.

2. Memilih Program Affiliate yang menawarkan produk yang mempunyai


permintaan tinggi di pasaran. Contoh terbaik adalah produk informasi kerana
tujuan utama orang menggunakan Internet adalah untuk mencari informasi.

3. Memilih Program Affiliate yang mempunyai website menarik serta strategi jualan
yang berkesan. Tiada gunanya jika kita berjaya menghantar ramai orang ke
website Program Affiliate yang kita sertai, tetapi tiada satu pun jualan berjaya
dilakukan kerana syarikat tersebut tidak mempunyai startegi jualan yang
berkesan.

4. Memilih Program Affiliate yang menyediakan statistik menyeluruh berkenaan


prestasi peserta Affiliate (anda). Paling penting adalah statistik bilangan orang
yang telah klik pada ‘link’ dari website anda dan juga bilangan jualan berjaya
dihasilkan. Pastikan juga statistik tersebut sentiasa dikemas kini bagi menilai
sejauh mana prestasi semasa anda.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 40


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

5. Memilih Program Affiliate yang menyediakan bantuan semaksimum mungkin


kepada anda, bermula daripada teknik bagaimana cara menyertai, teknik
pemasaran berkesan sehinggalah kepada teknik meningkatkan potensi jualan.

6. Memilih Program Affiliate yang menyediakan peluang untuk anda mengajukan


sebarang pertanyaaan ataupun memohon apa-apa bantuan yang berkaitan Program
Affiliate yang anda sertai. Biasanya syarikat yang bagus akan memberikan respon
dalam masa yang amat singkat. Yang terbaik adalah dalam masa kurang dari 48
jam.

7. Memilih Program Affiliate yang menawarkan komisyen lebih dari satu level. Ini
bermaksud jika ada orang yang klik pada link di website anda kemudian turut
menyertai Program Affiliate yang sama dan mampu menghasilkan jualan dari
websitenya, anda juga turut menerima komisyen. Program Affiliate yang
membayar komisyen sepanjang masa (lebih dari sekali) juga amat bagus untuk
disertai.

8. Memilih Program Affiliate yang menyediakan pelbagai bentuk ‘text link’, grafik,
banner dan iklan yang menarik untuk anda letakkan di dalam website anda.

9. Memilih Program Affiliate yang menunjukkan bukti sahih tentang kejayaan


peserta-pesertanya. Jika ramai pesertanya memperolehi hasil yang lumayan, ini
bermakna Program Affiliate tersebut adalah program yang bagus untuk disertai.
Biasanya, contoh teknik pemasaran yang digunakan oleh peserta yang berjaya ini
juga akan dikongsi atau diajar kepada anda.

10. Memilih Program Affiliate yang menyediakan newsletter atau e-zine khas untuk
pesertanya. Ini penting bagi memudahkan anda memperolehi sebarang maklumat
terkini berkenaan program yang anda sertai.
*Untuk menyertai Program Affiliate yang memenuhi kesemua kriteria diatas KLIK DI SINI

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 41


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAB 6:
PANDUAN UNTUK BERMULA

1. Tetapkan Matlamat
- Seperti setiap pekerjaan lain yang kita lakukan, matlamat yang ingin
dicapai dari Program Affiliate perlu ditetapkan dengan jelas. Pastikan anda
mempunyai target untuk dicapai dalam suatu tempoh tertentu daripada
Program Affiliate yang disertai.
Contohnya:
“ Saya ingin memperolehi pendapatan RM100 sebulan melalui Program
Affiliate yang disertai”

2. Cari Tema (Niche)


- Ingat, anda sekarang sedang merancang suatu perniagaan. Jadi pastikan
memilih tema yang mampu meberikan keuntungan kepada anda.
Wordtracker pastinya mampu membantu anda dalam memilih niche yang
sesuai manakala SiteBuildIt mampu membantu anda membangunkan idea
tersebut. Jika masih buntu mencari ‘niche’ anda, dapatkan khidmat
percuma SearchIt.

3. Pilih Syarikat Affiliate


- Anda boleh merujuk ke pelbagai directory di Internet untuk mencari
Program Affiliate yang bersesuaian dengan topik yang telah anda pilih.
Ingat! Tumpukan pada program yang menawarkan komisyen tertinggi
hasil daripada jualan produk/perkhidmatan yang bermutu.
‘5 Pillar’ adalah Program Afiliate No.1 (terbaik) setakat hari ini.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 42


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

4. Bina Website
- Mulakan usaha membina website berdasarkan topik yang telah anda pilih.
Jika membinanya sendiri, dapatkan panduan dari James Martell. Jika
perlukan pihak lain membangunkannya untuk anda, saya rekemenkan
SiteBuildIt. Yang pastinya kedua-dua contoh ini khas membantu anda
menyediakan website untuk Program Affiliate.

5. Masukkan Affiliate Link


Untuk semua artikel yang anda tulis berkenaan website anda, pastikan
anda memasukkan Affiliate Link dengan ID anda yang betul ke dalamnya.
Anda tentu sekali tidak mahu komisyen anda dibayar kepada orang lain
akibat kesilapan memasukkan Affiliate Link dengan ID orang lain.

6. Promosikan Website
- Letakkan usaha yang paling banyak di peringkat ini. Pastikan ianya
berterusan kerana kejayaan sesuatu Program Affiliate paling banyak
bergantung kepada sejauh mana ketekunan dan kejayaan anda
mempromosikan website anda kepada orang lain. Gunakan segala kaedah
promosi yang dinyatakan di dalam e-book serta kaedah-kaedah lain yang
anda ketahui. Penggunaan search engine, e-mail, newsletter, directory dan
link dengan website lain adalah kaedah-kaedah yang wajib anda lakukan.
Ingat! Lakukannya secara professional dan elakkan SPAM.

7. Tambah Informasi Dalam Website


- Sentiasa mengemaskini website anda dengan menambahkan informasi
atau maklumat terkini. Jangan biarkan website anda ‘kaku’ dengan
kandungan yang tak pernah berubah-ubah sejak sekain lama. Pengunjung
akan hanya berkunjung lagi ke website kita jika ada apa-apa perubahan
baru.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 43


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

8. Luaskan Rangkaian Link


- Cuba kenali dan mulakan networking anda dengan pemilik-pemilik
website yang lain dan sentiasa mencari website-website baru untuk anda
masukkan link ke website anda. Dengan ini anda akan mampu meluaskan
lagi promosi website anda.
Untuk kemudahan mencari link sesuai, seterusnya memulakan networking
website anda dengan meluas secara percuma, sila KLIK DI SINI

9. Bersabar
- Ingat! Kemunculan website anda adalah hanya salah satu daripada
berpuluh ribu website baru yang muncul setiap hari. Jadi, jangan mudah
berputus asa jika website anda masih belum mendapat jumlah pengunjung
yang memuaskan hati dalam 3-4 bulan pertama. Teruskan usaha anda
menambah baik mutu website dan kerja-kerja promosi. Pastikan anda
sentiasa memantau prestasi anda. Sentiasa tanamkan dalam diri anda
bahawa setiap kejayaan itu adalah beralaskan kesabaran.

10. Mulakan Langkah Pertama


- Ini merupakan penentu segalanya kerana jika anda tidak bermula dengan
langkah pertama, tiada apa pun yang akan berlaku untuk mengubah nasib
anda. Tiada gunanya segala teori dan ilmu yang anda pelajari kerana ianya
tak akan memberikan ganjaran kepada anda selagi anda tidak
BERMULA!!!

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 44


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BONUS:
‘GOOGLE ADSENSE’

Jika anda sudah mempunyai website, sama ada memasarkan produk/perkhidmatan sendiri
ataupun menjalankan perniagaan melalui Program Affiliate, ‘Google AdSense’ adalah
satu lagi cara mudah untuk menjana pendapatan di Internet.

Adalah satu kerugian yang besar jika anda tidak menyertai ‘Google Adsense’
terutamanya jika website anda sentiasa dikunjungi oleh ramai pengunjung.

APA ITU GOOGLE ADSENSE?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dari ABC dahulu,
barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari
Google, kenalah tahu dulu apa itu ‘Google AdSense’.

‘Google AdSense’ sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang


dijalankan oleh Google. Menerusi program ini, Google akan membayar semua pemilik-
pemilik website yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran Google di website mereka.
Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau
ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. No Click No Pay.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu
ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 45


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Opsss! Jangan risau. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik
website itu bukanlah duit dari Google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari
pihak yang ingin mengiklankan website mereka di Google.
Pada mulanya, Google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website
Google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website Google, anda akan
dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan
yang bertajuk ‘Sponsored Link’ seperti di bawah:

Iklan-iklan yang dipaparkan dibahagian tersebut sebenarnya adalah merupakan iklan-


iklan yang berbayar. Pemilik-pemilik iklan tersebut akan membayar Google dengan
amaun tertentu setiap kali orang ramai klik pada iklan tersebut.

Tetapi kini, dengan program AdSense, Google telah membuka peluang pengiklanan
tersebut kepada pemilk-pemilik website yang lain pula.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 46


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Jika dulu, iklan tersebut hanya dipaparkan di website Google, kini iklan-iklan berbayar
tersebut boleh dipaparkan di website anda.

Jika dulu Google yang mendapat wang apabila orang ramai klik pada iklan-iklan tersebut,
tetapi kini anda pula yang akan mendapat duit apabila orang ramai klik pada iklan-iklan
tersebut.

Wah!! Bodohnya Google…orang bagi dia buat duit suruh buat iklan, dia bagi pulak duit
tu kat orang lain!

Oh tidak. Google bukan sebodoh itu. Sebenarnya, bayaran yang dibuat oleh pengiklan-
pengiklan itu tidak lah 100% masuk ke dalam poket anda. Google sebenarnya telah
memecahkan wang tersebut kepada 2 bahagian iaitu satu bahagian untuk anda dan satu
bahagian lagi untuk Google.

Peratusan pecahan itu pula tidak diketahui berapa jumlahnya, mungkin 40-60, mungkin
30-70, atau mungkin 20-80. Itu hanya anggaran sahaja, pecahan peratusan yang sebenar
tidak didedahkan oleh pihak Google.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 47


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

BAGAIMANA MENYERTAINYA?

Mudah sahaja, hanya dua langkah sahaja:

Langkah Pertama: Mempunyai Website

Anda perlulah mempunyai sebuah website. Sebaik-baiknya, website anda menggunakan


Bahasa Inggeris. Jika anda masih tidak mempunyai sebuah website, binalah satu. Jika
anda tidak tahu membinanya, anda boleh belajar atau mengupah orang lain untuk
membinanya.

Kemudian, dapatkan webhosting & nama domain yang berbayar. Jangan meletakkan
website anda di tapak-tapak webhosting yang percuma seperti Geocities atau Freewebs.
Google tidak akan menerima website-website yang menggunakan perkhidmatan
webhosting percuma.

Oleh itu, dapatkanlah perkhidmatan webhosting berbayar. Untuk mendapatkan


perkhidmatan webshosting dan nama domain No.1 di Malaysia, KLIK DISINI! Kos
untuk mendapatkan webhosting & nama domain kini sungguh murah, lebih-lebih lagi
dengan kemunculan pelbagai penyedia perkhidmatan webhosting di Malaysia seperti
Mercumaya dan banyak lagi.

Jangan anggap wang yang anda keluarkan itu sebagai kos, tetapi anggaplah ia sebagai
modal pelaburan. Ini kerana wang yang anda boleh dapati dari program AdSense ini lebih
banyak dan jauh lebih besar lagi nilainya berbanding modal pelaburan anda.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 48


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Walaubagaimanapun jika anda sememangnya seorang yang sangat miskin dan kedekut
serta tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kos, ada satu lagi cara untuk anda
memiliki website, iaitu dengan menggunakan penyedia perkhidmatan weblog percuma.

Anda boleh menghasilkan sebuah weblog untuk diri anda sendiri secara percuma di
Blogspot.com, Blogdrive.com, Danchan.com atau penyedia-penyedia weblog yang lain.
Terdapat beratus-ratus penyedia perkhidmatan weblog di internet yang menawarkan
perkhidmatan mereka secara percuma.

Anda hanya perlu daftar dan bina weblog anda.

Sebagai contoh anda boleh lawati weblog berikut untuk melihat bagaimana Google
Adsense dimanfaatkan:

http://dollar4all.blogspot.com

http://affiliatejaya.blogspot.com

http://freegolftips.blogspot.com

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 49


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Langkah Kedua : Jadi Ahli AdSense

Setelah anda mempunyai website@weblog, anda perlulah memohon menjadi ahli


AdSense (membuka akaun AdSense).

Untuk membuka akaun Google AdSense, mudah sahaja. Pergi ke salah satu weblog di

atas (dollar4all, affiliatejaya atau freegolftips) dan cari logo .

Kemudian klik pada logo tersebut, anda akan dihnatar ke Google AdSense Page.

Kemudian klik pada butang ‘Click Here To Apply’ untuk memohon menyertainya.
Masukkan maklumat anda dengan lengkap. Pastikan maklumat yang anda masukkan
adalah betul dan tepat. Jangan tipu-tipu, kalau tidak, cek anda tidak akan sampai nanti
ataupun sampai pada orang lain.

Setelah anda selesai mengisi borang dan mendaftar, anda perlulah menunggu 1-2 hari
untuk Google menyemak permohonan anda dan kemudiannya memberikan kata putus
kepada anda sama ada permohonan anda diterima atau tidak. Keputusan akan
dimaklumkan menerusi email.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 50


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Jika permohonan anda diluluskan… TAHNIAH! Anda sudah boleh menjana pendapatan
sampingan yang lumayan. Anda sudah boleh mulakan ‘copy & paste’ kod HTML yang
diberikan oleh Google ke dalam website anda.

Anda boleh memaparkan iklan tersebut secara menegak atau melintang di mana-mana
sahaja bahagian di website anda. Anda juga boleh menukarkan warna iklan tersebut
supaya ia bersesuaian dengan tema warna website anda.

Iklan-iklan yang dipaparkan pula adalah merupakan iklan-iklan yang berkaitan dengan
website anda.

Untuk makluman anda, Google telah berjaya membina satu teknologi yang dapat
mengesan topik serta kandungan di dalam website anda. Jika website anda bercerita
mengenai komputer, maka, iklan-iklan yang akan dipaparkan adalah iklan-iklan yang
berkaitan dengan komputer sahaja.

Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana iklan-iklan yang dipaparkan tidak berapa
berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam website anda. Ini kerana, ia juga
bergantung kepada iklan-iklan yang terdapat di dalam database pengiklanan Google.

Contohnya, anda telah membina sebuah website yang menyediakan maklumat mengenai
silat melayu, oleh itu, Google sepatutnya memaparkan iklan-iklan yang berkaitan dengan
silat di website anda.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 51


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Tetapi malang, tiada satu pun iklan yang berkaitan dengan silat di dalam database
Google. Dalam erti kata yang lain, tiada satu pun pihak yang menjual peralatan-peralatan
seni bela diri mengiklankan website mereka di Google.

Oleh itu, tidak akan ada iklan yang berkaitan silat dapat dipaparkan di website anda.
Sehubungan itu, anda mungkin akan melihat iklan-iklan lain pula seperti iklan mencari
teman atau pun iklan-iklan yang tertulis ‘Iklan Layanan Masyarakat’.

Untuk makluman, anda tidak akan menerima sebarang bayaran jika orang klik pada
iklan-iklan yang mempunyai tag ‘Iklan Layanan Masyarakat’ di website anda. Oleh itu,
anda perlulah mengubah topik yang terdapat di website anda kepada topik yang lain yang
dirasakan lebih sesuai.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 52


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Itu cerita bagi permohonan mereka yang berjaya diluluskan. Bagaimana pula jika
permohonan anda ditolak? Jika permohonan anda ditolak, jangan mudah berputus asa.
Anda mungkin boleh cuba lagi kerana ianya adalah percuma. Antara sebab-sebab
mengapa permohonan anda ditolak ialah mungkin:-

1. Anda menggunakan webhosting percuma

2. Website anda menggunakan Bahasa Melayu.

3. Website anda tidak teratur dan terlalu banyak broken link.

4. Website anda adalah website peribadi yang menceritakan tentang hal-hal peribadi
anda. Google biasanya tidak menerima website seperti ini kerana ia tidak
mempunyai topik yang spesifik.

5. Website anda adalah website ciplak atau fotostat atau template.


Terdapat banyak pihak di Internet yang menjual template-template website yang
kononnya mempunyai katakunci yang bagus yang mampu memberikan wang
yang banyak apabila orang ramai klik pada iklan Google yang terdapat di dalam
website template tersebut. Jangan menggunakan website seperti ini, permohonan
anda bukan sahaja tidak diterima, malahan jika anda sudah mempunyai akaun
Google AdSense, akaun anda mungkin akan digantung dan dibatalkan.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 53


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

PANDUAN DAN ETIKA

Ini adalah merupakan amaran keras kepada mereka yang mempunyai nafsu yang tamak,
gelojoh, ingin cepat kaya serta bodoh, yang cuba menipu atau mengambil kesempatan
terhadap program AdSense.

Saya telah menjumpai ramai orang-orang seperti ini yang telah mengambil tindakan
bodoh dengan cara menipu supaya mereka dapat duit yang banyak dari program ini
dengan cepat. Kebanyakkan dari mereka mengalami nasib yang serupa di
penghujungnya, iaitu, akaun mereka dibatalkan.

Antara tindakan-tindakan bodoh yang dilakukan oleh mereka ini ialah:-

1. Klik sendiri pada iklan-iklan yang dipaparkan diwebsite mereka.

2. Menyuruh atau mengupah orang lain atau rakan-rakan mereka klik pada
iklan Google di website mereka.

3. Pergi ke cybercafe dan kemudiannya klik pada iklan Google di website


sendiri.

4. Pergi ke komputer orang lain dan klik pada iklan di website sendiri lagi.

5. Menggunakan template/website fotostat yang sama yang telah digunakan


oleh beribu-ribu orang yang lain di Internet.

6. Menyertai komuniti yang berpakat untuk klik pada iklan Google sesama
mereka.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 54


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

Saya menyeru kepada anda supaya kita sama-sama menggunakan kaedah yang telus dan
benar. Jaga nama baik rakyat Malaysia. Saya tidak mahu perkara yang sama yang berlaku
di Clickbank berulang.

Tahukah anda, suatu masa dahulu Clickbank adalah merupakan sebuah program
penjanaan wang yang amat berkesan di Internet. Pada ketika itu, ramai rakyat malaysia
berpeluang mengaut keuntungan dari Internet dengan menyertai program ini.

Namun begitu, disebabkan oleh tindakan orang-orang Malaysia yang tamak, gelojoh dan
nak cepat kaya, pihak Clickbank telah menyekat program mereka dari disertai oleh
orang-orang dari Malaysia. Ini kerana, mereka dapati, terdapat terlalu banyak penipuan
yang dilakukan oleh akaun-akaun yang didaftarkan di Malaysia.

Oleh itu, jangan biarkan perkara yang sama berlaku kepada program Adsense! Jadilah
orang yang jujur. Buangkan pemikiran jumud dan songsang yang mengatakan anda boleh
jadi kaya dengan cepat. Tidak ada perkara seperti itu di dunia ini.

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 55


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

TIPS

Sebenarnya terdapat banyak cara ataupun tips yang berguna yang boleh anda pelajari dan
praktikkan bagi menambahkan pendapatan anda melalui Google AdSense.

Jika anda betul-betul serius inginkan pendapatan lumayan daripada Google AdSense,
saya cadangkan anda berguru dengan Joel Comm. atau lebih terkenal dengan nama
panggilan Dr. AdSense. Pendapatannya melalui Google AdSense tidak boleh diragui lagi
seantero dunia. ‘The AdSense Code’ adalah salah satu #1 Best-selling di Amazon.com

Selain itu, blog Dollar4all juga menyediakan tips yang amat berguna sebagai rujukan
anda untuk berjaya dalam Google AdSense. Paling menarik, anda boleh dapatkan semua
tips tersebut secara percuma dan site tersebut hanya menempatkan artikel-artikel
berkenaan Google AdSense sahaja. Tak perlu buang masa lagi. Yang pasti, Dollar4all
betul-betul menjimatkan masa anda!

(Diedit dari artikel asal wangcyber.com)

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 56


Pelita Affiliate : Panduan & Rahsia Sebenar
Zakuan R.

PENUTUP

Semoga segala isi kandungan e-book ini telah sedikit sebanyak dapat membantu
membuka minda anda dalam perkara berkaitan Program Affiliate, iaitu salah satu
daripada berpuluh jenis perniagaan Internet yang boleh diceburi pada hari ini.

Ingatlah bahawa kita sekarang berada di zaman informasi dan Internet. Jika anda tidak
menggunakan Internet sebagai salah satu sumber pendapatan, sesungguhnya anda
tergolong dalam golongan yang rugi.

Sekalung penghargaan buat:

• Keluarga dan rakan-rakan


-Hidup pasti tak bermakna tanpa anda semua-

• Portal tuahemas.com
-Bantuan dan panduan yang diberikan tak terhingga banyaknya-

• Anda semua, pembaca budiman.

• Semua yang melayari www.affiliatejaya.com

• Dan akhir sekali, semua yang terlibat dalam penghasilan e-book ini serta website
www.affiliatejaya.com sama ada secara langsung dan tidak langsung.

*Sebarang maklumbalas, pertanyaan, komen, dan apa sahaja berkenaan e-book ini boleh dihantar terus
ke webmaster@affiliatejaya.com

-Salam Affiliate-

Copyright 2006 AFFILIATEJAYA.COM 57

You might also like