You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

UJIAN SELARAS DUA


BAHASA MELAYU
TAHUN 3 2008

Nama:…………………………………….. Tahun: 3………………

Kertas soalan ini membunyai 40 soalan.


Jawab semua soalan dibawah.

1. Hassan __________adiknya sedang memancing ikan.

A. sambil C. dan
B. atau D. lalu

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

2. Puan Sally sedang menyiram pokok bunga _______________suaminya pula


sedang membasuh kereta.

A. manakala C. sejak
B. tetapi D. sementara

3. Semua murid Tahun 3 Ehsan berada di padang sekolah___________Imran.

A. tetapi C. atau
B. dan D. kecuali

4. Kamal membuka kasut ___________masuk ke dalam rumah.

A. dan B. lalu C. tetapi

5. Abang membaca buku _____________________ lewat malam.

A. sambil B. hingga C. lalu

1
6. Ayah baru pulang _______________pejabat.

A. dari C. ke
B. daripada D. di

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

7. Tabung itu diperbuat _______________ buluh.

A. dari B. oleh C. daripada

8. Nasi lemak itu dimasak _________ kakak saya.

A. akan C. dari
B. pada D. oleh

9. Hari Kantin sekolah akan diadakan ___________bulan Ogos nanti.

A. oleh C. pada
B. akan D. di

10. Maznah rindu _________ibunya di kampung.

A. oleh C. akan
B. demi D. dengan

11. _____________, bergaya sungguh kamu hari ini !

A. Wah C. Hai
B. Eh D. Amboi

2
12. _______________, kamu telah berjaya mendapat tempat pertama!

A. Takziah B. Cis C. Tahniah

13. ________________ anak-anakku , belajarlah dengan tekun !

A. Wah B. Amboi C. Wahai

Soalan 14 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

14. Pak Arman membelah kayu menggunakan se____________kapak.

A. laras C. bilah
B. pucuk D. batang

15. Abang membeli se____________jagung di pasar malam itu.

A. batang C. ulas
B. biji D. tongkol

16. Kakak menerima se__________surat daripada sahabat lamanya.

A. keping C. pucuk
B. laras D. buah

17. Pak Zainal menjolok buah mangga dengan menggunakan


se__________galah.

A. pucuk B. batang C. bilah

3
Soalan 18 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

18. Ayah saya sedang ___________________ baja di sawah padi.

A. menanam B. menabur C. membajak

Soalan 19 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

19. Nur Azman sedang _________________padi di tepi sawah.

A. menuai B. membanting C. menanam

20. Baju pengemis itu __________________.

A. calar-balar B. kusut-masai C. compang-camping

21. Suasana di pasar pagi itu __________________.

A. tunggang-langgang B. kacau-bilau C. riuh-rendah

22. Pak Tasrim menjual_______________di pasar tani.

A. rumput-rampai C. sampah-sarap
B. sayur-sayuran D. batu-batan

4
23. Baju Kasim __________________kerana bermain bola sepak di dalam
hujan.

A. basah-kuyup C. compang-camping
B. haru-biru D. kusut-masai

24. Suara penyanyi itu sungguh _________________.

A. cantik C. canggih
B. merdu D. anggun

Soalan 25 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

25. Kaki adik _____________seketul batu.

A. disepak C. menyepak
B. tersepak D. bersepak

26. Gadis itu bekerja sebagai _______________ rumah.

A. bantuan C. membantu
B. pembantu D. dibantu

27. Puan Norazua sedang __________________ikan di dapur.

A. digoreng C. gorengan
B. bergoreng D. menggoreng

Soalan 28 hingga Soalan 29


Pilih lawan kata bagi perkataan yang bergaris.

28. Cik Venga sangat risau kerana adiknya belum pulang ke rumah.

A. curiga C. sedih
B. takut D. bimbang

5
29. Adik berasa takut apabila berada di tempat yang gelap.

A. gerun B. berani C. bimbang

30. Encik Azman membawa keluarganya ____________________di Pulau


Redang.

A. makan suap B. makan angin C. makan hati

Soalan 31 hingga 35

Jawab soalan berdasarkan petikan di bawah.

Encik Muaz seorang pekebun sayur . Dia sangat rajin bekerja. Ada pelbagai jenis
sayur yang ditanam oleh Encik Muaz seperti sawi, bayam,kangkung, petola dan
kacang panjang.

Setiap pagi, Encik Muaz akan ke kebunnya.Dia ditemani oleh isterinya, Puan
Zakiah.Mereka sangat tekun bekerja semasa di kebun sayur tersebut.

Encik Muaz akan meminta bantuan dua orang anaknya untuk memetik sayur-
sayuran yang telah matang.

Encik Muaz akan menjual sayur-sayuran tersebut di pasar tani yang berdekatan
dengan rumahnya.Ramai pembeli suka membeli sayur Encik Muaz yang segar itu.

31. Apakah pekerjaan Encik Muaz?

A. penternak haiwan
B. penjual daging
C. pekebun sayur
D. pembeli sayur

32. Sayur-sayur berikut ditanam oleh Encik Muaz kecuali….

A. bayam
B. sawi
C. kangkung
D. peria

6
33. Apakah sikap yang perlu ada pada setiap pekebun?

A. ringan mulut
B. ringan tangan
C. ringan tulang
D. berat tulang

34. Siapakah Puan Zakiah?

A. anak Encik Muaz


B. sepupu Encik Muaz
C. adik Encik Muaz
D. Isteri Encik Muaz

35.. Di manakah Encik Muaz menjual sayur-sayurannya?

A. di pasar raya yang berdekatan dengan rumahnya.


B. di tepi jalan yang berdekatan dengan rumahnya
C. di rumahnya yang berdekatan dengan rumahnya
D. di pasar tani yang berdekatan dengan rumahnya

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca dan jawab soalan berikut.

Pada cuti sekolah yang lalu, Farah sekeluarga melawat ke Pulau


Langkawi.Mereka bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang.

Farah tiba di Lapangan Terbang Langkawi.Kemudian, mereka sekeluarga menaiki


teksi ke hotel.Mereka bermalam di hotel itu.Pada hari pertama Farah melawat Makam
Mahsuri,Padang Mat Sirat dan Tasik Dayang Bunting.

Pada hari kedua pula, Farah sekeluarga berkelah di Pantai Cenang.Pantai itu
bersih dan indah.Mereka membina istana pasir yang cantik.

Ibu Farah membelikan cenderamata sebelum pulang.Mereka sekeluarga


mengambil gambar di Dataran Lang.Di situ ada sebuah patung burung helang yang
menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.

7
36. Bagaimanakah Farah ke Pulau langkawi?

A. dengan menaiki kereta


B. dengan menaiki kereta api
C. dengan menaiki kapal
D. dengan menaiki kapal terbang

37.Di manakah mereka bermalam di Pulau Langkawi?

A. rumah tumpangan
B. chalet
C. hotel
D. rumah sepupunya

38. Apakah yang dilakukan oleh Farah sekeluarga di Pantai Cenang?

A. berkelah
B. membina khemah
C. memancing
D. memanggang daging

39. Apakah yang dibeli oleh Ibu Farah sebelum pulang?

A. kuih-muih
B. kerepek
C. cenderamata
D. kain sutera

40. Patung apakah yang ada di Dataran Lang?

A. patung ikan
B. patung anjing laut
C. patung burung bangau
D. patung burung helang

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like